Siti Sarah: Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia (1984-2021)

Siti Sarah Raissuddin (15 September 1984 - 9 Ogos 2021) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003). Selain itu, beliau juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003). Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Siti Sarah
Kelahiran
Siti Sarah binti Raissuddin

(1984-09-15)15 September 1984
Meninggal dunia9 Ogos 2021(2021-08-09) (umur 36)
Sebab kematianCOVID-19
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusu, Gombak, Selangor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2001–2021
PasanganShuib Sepahtu (k. 2011–2021)
Anak-anak4
Ibu bapa
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop rock, balada, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
NAR Records
Indigital Music
Pengkarya berkait
Ajai, Deja Moss, Jamal Abdillah, Zahid Baharuddin

Kehidupan awal

Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada 3 beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya kepada pasangan Raisuddin Hamzah dan Noor Aini Mohamed. Sarah mempunyai seorang abang, Ahmad Firdous dan seorang adik lelaki, Ahmad Yazeed.

Kerjaya

Bapanya, Raisuddin juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau menyertai pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu. Bakat Siti Sarah dalam industri muzik mula dicungkil menerusi pertandingan Bintang URTV 2001 peringkat Zon Timur di mana beliau merupakan juara setelah menyanyikan lagu Indonesia, "Ku Akui". Kejuaraan itu turut membawanya ke peringkat akhir pertandingan itu yang berlangsung pada September 2001.

Selepas menyertai Bintang RTM dan Bintang URTV 2001, Siti Sarah menandatangani kontrak rakaman bersama NAR Records pada awal 2002. Album sulungnya, yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan pada tahun yang sama dengan lagu "Kesetiaan" dikeluarkan sebagai single pertama.

Album keduanya, Mimpi Pun Sama dikeluarkan pada Disember 2003, yang mana ia telah mencatat jualan sebanyak 12,000 unit. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Jangan Kau Mimpi" dan "Saat Hilang Cintamu".

Beliau ialah salah seorang daripada beberapa artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor, AC Mizal, Spider, Ning Baizura dan Anita Sarawak.

Pada Jun 2005, album ketiga dan terakhirnya, Tiada Dikau Tiada Makna telah dikeluarkan. "Bersamamu" dan "Tinggal Serpihan" dikeluarkan sebagai single utama. Album kompilasi pertamanya, Suatu Perjalanan dikeluarkan pada 2008 dengan memuatkan lagu-lagu hits beliau dari 3 album terdahulunya.

Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.

Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts (WCOPA) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia. Selain artis ketika itu Bob AF juga menyumbang 5 emas buat negara.

Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi filem Man Sewel Datang KL (2011) yang dibintangi oleh suaminya, Shuib Sepahtu. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Salbiah.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan Kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai Layu di Tasik Madu (Fauziah Latiff) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.

Pada tahun 2018, Siti Sarah muncul dengan lagu bertajuk "Semakin" ciptaan suaminya, Shuib. Beliau juga berduet bersama suaminya menerusi lagu "Semakin Benci Semakin Cinta" hasil nukilan Ajai, ia dikeluarkan pada Jun 2021.

Kehidupan peribadi

Siti Sarah pernah bertunang dengan pelumba motosikal New Zealand, Muhammad Harith Fuad Robinson pada Januari 2007 namun pertunangan mereka berakhir pada awal 2008. Mereka sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan pada sekitar November 2006.

Beliau berkahwin dengan pelawak bodoh, Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011. Pasangan ini dikurniakan 4 anak – Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. Pada 26 Februari 2017, Shuib dan Siti Sarah bersanding sempena ulang tahun ke-6 perkahwinan mereka. Beliau mula bertudung pada Mei 2018.

Ibunya, Noor Aini Mohamed meninggal dunia pada 26 Jun 2013.

Kematian

Ketika Malaysia dilanda wabak COVID-19, Siti Sarah telah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19. Beliau meninggalkan suaminya iaitu Shuib Sepahtu dan 4 orang anak termasuk anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya. Sarah menjadi peserta Gegar Vaganza ketiga yang kembali ke Rahmatullah selepas Nassier Wahab pada 2019 dan Maya Matahari pada 2020 serta Gmie Screen pada 2021 dan Adibah Noor pada 2022. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas waktu Zuhur.

Diskografi

Album studio

Tajuk Butiran album
Sarah
Mimpi Pun Sama
  • Dikeluarkan: Disember 2003
  • Label: NAR Records
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Tiada Dikau Tiada Makna
  • Dikeluarkan: Jun 2005
  • Label: NAR Records
  • Format: CD, kaset, muat turun digital

Album kompilasi

Tajuk Butiran album
Suatu Perjalanan

Single

Tahun Tajuk Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2002 "Kesetiaan" 1 1 Sarah
"Ku Teruskan" 6
"Ke Hujung Dunia"
2003 "Pesan Mamaku" 4
"Sandarkan Pada Kenangan"
duet bersama Jamal Abdillah
1 Raja Pop
"Saat Hilang Cintamu" 1 Mimpi Pun Sama
2004 "Jangan Kau Mimpi" 1
"Kenangi Daku"
"Mimpi Pun Sama"
"Tinggalkan Diriku" 2
"Loka Logiknya"
bersama Ajai & Deja Moss
Terbaik Ajai
2005 "Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Jaclyn Victor, Ning Baizura, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaakob, kumpulan
Rabbani, Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsudin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood, Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Phynne Ballerz, Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va, dan pelajar Akademi Fantasia
CD Amal Tsunami
"Malis Cinta" Tiada Dikau Tiada Makna
"Bersamamu" 1
2006 "Menari Denganku"
duet bersama Zahid Baharuddin
1
"Cinta Usia Kita"
2007 "Pasti Berbeza" Suatu Perjalanan
2012 "Cinta Itu Nyawa"
duet bersama Shuib Sepahtu
20 Bukan album single
2019 "Semakin"
2020 "Manis"
"Terakhir Buat Teman"
duet bersama Hazama
2021 "Semakin Benci Semakin Cinta"
duet bersama Shuib Sombong

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Man Sewel Datang KL Salbiah Filem pertama dan terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Cinta Apa Di Pagi Raya? Mawar Desa TV1 Telefilem pertama
2009 Geng Raya Zizan Melah Astro Ria Telefilem terakhir

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2001 Bintang RTM Peserta TV2
2012 Karoot Komedia X Artis Jemputan Astro Warna Episod 7: "Batu Belah Batu Bertangkup"
2013 Romantika Dirinya sendiri Astro Ria bersama suaminya Shuib Sepahtu
2016 Gegar Vaganza (musim 3) Peserta
2018 Mentor Otai Mentor TV3
MeleTOP Artis Jemputan Astro Ria
Salam Baitullah TV1
2019 Tanya Cik Man (Musim 2) Astro Oasis Episod: "Suami Mengaku Bujang"
Sepahtu Reunion Live Cameo Astro Warna Episod: "Esok Belum Tentu Ada"
Rasa Anak Emak Anak Bapak Dirinya sendiri Astro Prima bersama Ayahnya Raisuddin Hamzah
Al-Hidayah Artis Jemputan TV3
Seri Murni Dapur Duet
Jom Berbuka
I Can See Your Voice Malaysia (musim 2)
Di Balik Idola Astro Ria
2020 Trek Selebriti
Wanita Hari Ini TV3
2021 Hujung Ke Hujung TV Okey
Anugerah Malam Ini Awesome TV
Malaysia Hari Ini TV3
Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom TV1
MeleTOP Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah Planet Muzik 2003 Artis Baru Wanita Terbaik Dirinya sendiri Menang
Anugerah Industri Muzik ke-10 Artis Baru Terbaik Menang
Album Terbaik Sarah Menang
Album Pop Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Siti Sarah Kehidupan awalSiti Sarah KerjayaSiti Sarah Kehidupan peribadiSiti Sarah KematianSiti Sarah DiskografiSiti Sarah FilemografiSiti Sarah Anugerah dan pencalonanSiti Sarah RujukanSiti Sarah Pautan luarSiti SarahAnugerah Industri Muzik ke-10Anugerah Planet Muzik 2003Bintang RTMSiti Nurhaliza

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AssalamualaikumNajis dalam IslamJabatan Akauntan NegaraSultanah Nur Diana Petra AbdullahHantu dalam masyarakat MelayuJenis darahAaron AzizKeluaran dalam negara kasarPontianak Harum Sundal Malam IICabang dan mazhab IslamSijil Tinggi Agama MalaysiaKedah TuaHazama AzmiSultan PerakPerjanjian Inggeris-Belanda 1824IndonesiaKelapa sawitJ RevolusiKarbon dioksidaSumpahan JeruneiAl-QuranLembuAn-Nuayman bin AmrPerlembagaan MalaysiaHisteriaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSlot SamarindaAbang Long Fadil 3Adat resam kahwin MelayuPetronasLiga Super MalaysiaProton SatriaKesan rumah hijauBandaraya MelakaAgama di MalaysiaSejarah SingapuraRangka manusiaJangkitanNina JurenPendidikan di IndonesiaLee Chong WeiRinggitPak Ketipak KetipungKetupat palasPenebangan hutanTahun Baru CinaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Daniella SyaMichael (malaikat utama)Daerah di MalaysiaKetumPolis Diraja MalaysiaCinema (Slot TV3)Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPertubuhan Keselamatan SosialKesultanan Johor-RiauSyed Mokhtar Al-BukharyPASKAL (filem)Seks oralKata kerjaRuhainiesSenarai syarikat MalaysiaDasar Ekonomi BaruCarles PuigdemontNadia AqilahShiqin KamalNaim DanielNegarakuSenarai buahMyKadSherry AlhadadCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahBatu Bersurat TerengganuFauzi Nawawi🡆 More