Siti Saida

Siti Norsaida Tarudin juga dikenali sebagai Siti Saida atau Saida Tarudin (lahir 13 Disember 1976) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau salah seorang daripada bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam dan terkenal sebagai kakak kepada penyanyi legenda Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza.

Siti Saida
Nama lahirSiti Norsaida binti Tarudin
Kelahiran (1976-12-13) 13 Disember 1976 (umur 47)
Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Siti Nurhaliza Productions
Pengkarya berkait
Siti Nurhaliza, Siti Sairah

Kehidupan dan kerjaya

Saida dilahirkan pada 13 Disember 1976 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang sebagai anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail (11 April 1942–15 Februari 2009), seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik (lahir 31 Disember 1948), seorang surirumah dan peniaga. Adiknya, Dato' Seri Siti Nurhaliza merupakan penyanyi popular era 1990an dan berjaya sehingga kini, adik-beradiknya, Saiful Bahri, dan Siti Nursairah juga bergiat aktif dalam bidang muzik, adik-beradiknya yang lain termasuk Saiful Suhairil (meninggal dunia), Saifullizan, Mohd Hafiz dan Mohd Ali.

Beliau memulakan kerjayanya di Siti Nurhaliza Productions sewaktu penubuhannya pada 1998, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengurus Akaun.

Beliau bersama adiknya, Siti Sairah muncul dengan album Apresiasi pada Mac 2010 yang mana beliau merakamkan dua lagu - "Sedalamnya Cinta" dan "Dicuri Malam".

Pada tahun 2016, beliau muncul dengan single "Setia" bersama pelakon Maya Matahari hasil nukilan Adi Priyo Sambodo (vokalis kumpulan 6ixth Sense).

Persembahan Akademi Fantasia

Saida telah terpilih menjadi peserta dalam Akademi Fantasia musim keenam namun tersingkir pada Konsert kelima. Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Minggu 1: "Terlalu Cinta" nyanyian Rossa
  • Minggu 2: "Dokter Cinta" nyanyian Dewi Dewi
  • Minggu 3: "Sepi Sekuntum Mawar Merah" nyanyian Ella
  • Minggu 4: "Hati Kama" nyanyian Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
  • Minggu 5: "Bila Bunga Berguguran" nyanyian Ogy Ahmad Daud

Kehidupan peribadi

Saida berkahwin dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, sehari selepas beliau meraikan ulang tahunnya ke-20, namun bercerai dengan cara tebus talak pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa (lahir 1997), Anas (lahir 1999), Khalid (lahir 2003), dan Siti Nurul Mashitah (lahir 2006). Pada 5 Oktober 2016, beliau berkahwin kali kedua dengan Hafiizh Che Mat, dengan sekali lafaz, beliau dan Hafizh yang mesra dengan panggilan Apit sah menjadi suami isteri selepas dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Norhafizi Ab Rahim di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras, di sini pada jam 2.40 petang. Apit mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu.

Beliau berkahwin buat kali ketiga bersama Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember 2021.

Diskografi

Album

Single

  • "Sedalamnya Cinta"

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Siti Saida, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Siti Saida Kehidupan dan kerjayaSiti Saida Kehidupan peribadiSiti Saida DiskografiSiti Saida CatatanSiti Saida RujukanSiti Saida Pautan luarSiti SaidaAkademi Fantasia Musim 6Siti Nurhaliza binti Tarudin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Duerra MitildaTeknologiKugiran MasdoJoe FlizzowPolitik MalaysiaGunung KinabaluJam 24 jamR.A. KartiniKulitNabi Yusuf a.s.Kerajaan Persekutuan MalaysiaBerlari merentas desaPerjanjian HudaibiyahPitt HanifSeks oralUniversiti Kebangsaan MalaysiaLiga Europa UEFAEtnik MelayuKuantanFadhli MasootAmelia HendersonNasha AzizKementerian Kesihatan MalaysiaMustapha KamalAbdul Hadi AwangMaya KarinBendera PalestinRita NadiraIslam di IranAbdul Taib MahmudBunga kertasRevolusi PerancisWan SharmilaZiana ZainAbu Bakar as-SiddiqPolis Diraja MalaysiaTahun Baru CinaBenuaMustaqim BahadonKedahPantang larang MelayuKumpulan Wang Simpanan PekerjaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaSharifah AiniMohd Noor Helmy Abdul HalemSari YantiTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahAzzim ZahidPadiKucingSolat sunatKL GangsterAzhar IdrusAhli Sunah WaljamaahChempaka Emalin PahaminNajua NasirSejarah SingapuraSenarai negara mengikut keluasanPulau TiomanJalaluddin HassanOrang Cina MalaysiaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaKelapa sawitSophia LianaTakwim HijrahSumber primerSemenanjung MalaysiaBerkhalwatSyafiq YusofAiman Hakim RidzaNabi Ibrahim a.s.Jabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaMy Lovely DriverOrang BanjarAdam CorrieTamrin Abdul GhafarSyarikat swasta🡆 More