Siput Sarawak: Pelakon veteran wanita Singapura-Malaysia

Siput Sarawak (lahir Ramlah Mohamad; 1921 – 3 Jun 1999) merupakan seorang seniwati filem Melayu.

Siput Sarawak
Siput Sarawak: Kerjaya, Kehidupan peribadi, Kematian
Kelahiran
Ramlah binti Mohamad

1921
Meninggal dunia3 Jun 1999 (berumur 77–78)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi Lim Chu Kang, Jalan Bahar, Singapura
PekerjaanPelakon, penulis
Tahun aktif1947–1999
Pasangan
  • Biduan Ismail Kassim (k. 1945; c. 1947)
  • Dato' S. Roomai Noor (k. 1951; c. 1953)
  • Khuzir Hasan (k. 1962; c. 1962)
  • Alias Congo (k. 1962; m. 1972)
Anak-anakMurni Sarawak & Anita Sarawak + 15 anak angkat
BapaDollah Sarawak

Beliau berlakon kali pertama dalam filem arahan B.S. Rajhans, Filem Cinta bersama S. Roomai Noor pada 1948. Filem Cinta memberi makna kerana selepas itu beliau dan S. Roomai Noor berkahwin, lalu dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak.

Kerjaya

Siput Sarawak: Kerjaya, Kehidupan peribadi, Kematian 

Mengimbas sejarah awalnya, Siput mula berlakon bangsawan Siput Kuyung bersama bapanya Dollah Sarawak (nama sebenar Mohamad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun. Dollah Sarawak adalah nama besar dalam dunia bangsawan yang kemudian menjadi pelakon filem.

Beliau merupakan seorang yang buta huruf tetapi mampu menghafal semua skripnya yang dibacakan oleh orang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, Siput menjadi penyanyi kabaret di Singapura sebelum berpeluang berlakon dalam filem pertamanya berjudul Singapura Waktu Malam.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon lebih kurang 50 filem terbitan Malay Film Productions, Cathay-Keris dan juga Studio Merdeka. Antara lakonan beliau yang paling menonjol ialah Hujan Panas, Muda Mudi, Racun Dunia, Korban Fitnah, Patung Chendana, Hujan Gerimis, Naga Tasik Chini, Jiran Sekampung'' dan Mangsa. Beliau juga pernah berlakon di bawah terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur untuk Filem Keluarga 69 bersama P. Ramlee. Filem Hujan Panas adalah antara filem yang paling digemarinya. Keberkesanan lakonannya dalam filem itu membuatkan beliau terus mendapat peluang berlakon watak jahat.

Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Seniman Salleh Kamil, Siput adalah pelakon yang dibenci kerana keberkesanan watak jahatnya. Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan pengarah berkaliber, Shuhaimi Baba pada tahun 1997.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama Biduan Ismail Kassim pada tahun 1945. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Murni atau lebih dikenali sebagai Murni Sarawak. Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila berpisah pada tahun 1948.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 1999 pada usia 78 tahun di blok 9 Kempas Road, Singapura dan jenazah beliau selamat disemadikan di Pusara Abadi di kawasan Lim Chu Kang, Singapura. Pada masa itu juga, beliau berjiran dengan seniwati Hashimah Yon.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1947 Singapura di Waktu Malam Filem pertama
1948 Chinta Chinta
1949 Nasib
Nilam Puteri Nilam @ Dilara
1950 Pembalasan
Rachun Dunia Aishah
Bakti Edah
1951 Berdosa Salmah
1953 Hujan Panas Aminah
Sengsara
Mangsa
1955 Menyerah
Insan
1956 Pencuri Jamilah
1959 Korban Fitnah Munah
Raden Mas Mas Ayu
1960 Noor Islam Melor
Hantu Rimau
1961 Hang Jebat Isteri Hang Tuah
Yatim Mustapha Permaisuri Tengah
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Tun Tijah
Siti Zubaidah
Lela Satria
1962 Dang Anom
Korban Kasih Zainab
Mata Syaitan Juga sebagai penulis
1963 Bunga Tanjung
1964 Pontianak Gua Musang Rafeah
Wan Perkasa
1965 Jiran Sekampung
Patung Cendana
Ikan Emas Ibu Kiambang
Muda Mudi Dayang
1966 Naga Tasik Chini
1967 Keluarga 69 Siti Mariam
Under The Stars of Singapore Makcik Filem Jepun; penampilan khas
1968 Pop Muda
1975 Pontianak
1997 Layar Lara Ibu Seniwati Zai Filem terakhir, pelakon undangan

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1947-50 Pesta Filem Malaya/Singapura Rachun Dunia Pelakon Wanita Terbaik Menang
1953-54 Pesta Filem Malaya/Singapura Hujan Panas Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
1955 Pesta Filem Malaya/Singapura Menyerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1956 Pesta Filem Malaya/Singapura Pencuri Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
1959 Pesta Filem Malaya/Singapura Korban Fitnah Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
1961 Pesta Filem Malaya/Singapura Yatim Mustapha Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
1962 Pesta Filem Malaya/Singapura Korban Kaseh Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
1964 Pesta Filem Malaya/Singapura Wan Perkasa Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
1965 Pesta Filem Malaya/Singapura Muda Mudi Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
1991 Festival Filem Malaysia ke-9 Dirinya sendiri Khas Juri - Anugerah Artis Veteran Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Siput Sarawak KerjayaSiput Sarawak Kehidupan peribadiSiput Sarawak KematianSiput Sarawak FilemografiSiput Sarawak Anugerah dan pencalonanSiput Sarawak RujukanSiput Sarawak Pautan luarSiput SarawakEtnik Melayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kota BharuSenarai mukim di PerakSurah al-FatihahEpistemologiMenteri Pendidikan MalaysiaMustapha KamalBahasa ArabKhulafa al-RasyidinTengku Permaisuri NorashikinGerak KhasPenggunaGanjaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaDaiyan TrishaDaerah LangkawiTahun Baru CinaPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaSophia LianaYusof HaslamFattah AminAisha RetnoLumut, PerakPersekutuan Tanah MelayuSabah F.C. (Malaysia)Mahathir MohamadSusukUniversiti MalayaTeknologi hijauJoseph KurupIsteri-isteri Nabi MuhammadSenarai Kementerian di MalaysiaAmelia HendersonJangan Menangis Cinta (drama)Ketupat palasAshraf SinclairKerajaan Persekutuan MalaysiaRespirasi selKL GangsterSenarai haiwanThe Original GangsterMuhammad bin Idris al-SyafiiPerjanjian PangkorTerengganuSyamsul YusofSiti NurhalizaKlangSolat hajatJesus ChristSinonimSlot AkasiaAl Nassr FCUndang-undangAdlin Aman RamlieTakdir Itu Milik AkuNegeri SembilanMasya-AllahFrekuensi radio di MelakaSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaSejarah MelakaEurocopter FennecTengku Zafrul Abdul AzizHujan asidNabila RazaliGolongan yang terawal memeluk IslamParti Rakyat India MalaysiaWawasan 2020Adat resam kahwin MelayuSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPemancutan maniSarah SuhairiHari Kebangsaan MalaysiaKesan rumah hijauIsham JalilLaksamana ArmadaKerajaan SalakanagaraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahJanna Nick🡆 More