Senarai Watak Ejen Ali

Ini merupakan senarai watak dalam siri animasi Ejen Ali.

Watak Utama

  • Ali (Ida Rahayu Yusoff):
    • Ali merupakan seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang secara tidak sengaja menjadi ejen MATA selepas menggunakan I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligent System), sebuah alat prototaip dicipta oleh M.A.T.A., yang mana dikawal dengan isyarat otak membolehkan pemakai untuk melakukan aksi yang diaturcarakan oleh komputer, tetapi menggunakan tenaga pemakai untuk berfungsi. I.R.I.S. sudah diselaraskan untuk Ali, jadi hanya Ali sahaja yang mampu memakainya. Kemudian, dia menjadi ejen tetap dalam agensi rahsia M.A.T.A. dan berlatih sebagai seorang ejen yang sebenar. Dia merupakan seorang pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam kelas, selalu datang lambat ke sekolah dan tidur dalam kelas. Dia mempunyai seorang kawan baik bernama Viktor. Senjata Ali ialah sebiji yoyo yang boleh mengeluarkan gelombang. Ali juga mempunyai sepasang kasut Aero Boots yang bersambung pada I.R.I.S. untuk membantu Ali melompat lebih jauh. Skuter Ali juga diubahsuaikan dan mempunyai booster. Pada musim 2, Ali mencipta ATLAS (peranti yang mencerminkan I.R.I.S). ATLAS membolehkan mana-mana ejen MATA memakainya dan menggunakannya terhadap lawannya. Masalah dengan ATLAS adalah bahawa ia akan mengunakan tenaga Ali dengan cepat.
  • Bakar (Syafiq Isa):
    • Bakar merupakan pakcik kepada Ali, seorang ejen dan mentor dalam KOMBAT M.A.T.A., dan adik kepada arwah ibu Ali. Beliau mempunyai badan yang kuat dan hebat dalam berlawan. Beliau merupakan pakcik yang penyayang kepada Ali. Dia biasanya bertarung secara fizikal dan memakai sarung tangan yang dapat mengaktifkan perisai plasma untuk mempertahankan dirinya dari serangan musuh. Bakar pernah dikawal oleh Dr. Aaron untuk mencetak blueprint I.R.I.S., dan difitnah atas kejadian itu. Bakar juga telah ditewaskan Dos dan Rizwan ketika menangkap Dos selepas dia melepaskan diri dari sel tahanan M.A.T.A.. Dalam musim ke-2, Bakar menjadi mentor untuk teras KOMBAT dalam Akademi M.A.T.A..
  • Alicia (Noorhayati Maslini Omar):
    • Alicia merupakan anak angkat kepada General Rama dan juga rakan sekelas Ali. Ejen muda Teras NEURO dan rakan sekelas Ali. Dia pertama kali diperkenalkan sebagai 'Pengacau Bertopeng', yang memakai pakaian hitam pekat dan topi penuh, dan membantu Ali untuk mengalahkan musuh di pelabuhan. Dia tidak suka bekerja bersama Ali. Dia ada kemahiran meramal masa silam dengan melihat jejak. Senjata Alicia ialah sebatang penembak lastik untuk menembak bebola besi. Selepas Ali telah menyelamatkan nyawa Alicia daripada pancaran Azurium, fikirannya telah berserabut dan berasa malu kerana diselamatkan oleh orang yang dibenci selepas kejadian itu. Dalam musim ke-2, Alicia diberikan tugasan oleh General Rama untuk menjadi pelindung sebenar I.R.I.S. serta menjadi rakan sepasukan Ali yang mengambil berat. Dalam musim ketiga Ejen Ali, Alicia bersama Ali menyertai M.A.T.A Arena untuk merebut gelaran juara dan dia telah dinobatkan sebagai juara dan menjadi pemakai I.R.I.S.
  • General Rama (Azman Zulkiply):
    • Seorang jeneral M.A.T.A. yang tegas. Beliau tergolong dalam teras NEURO. Bapa angkat kepada Alicia. Dia selalu berkata "Bertindak Segera!" setiap kali dia mengarahkan ejen-ejen tersebut untuk segera meneruskan misi yang ditugaskan. Gegaran dalam siri ini adalah setiap kali ejen-ejen itu bising ketika kehadirannya, dia menjerit "Dey!" yang bergema di seluruh ruangan.
  • Rizwan (Azman Zulkiply):
    • Rizwan seorang ejen M.A.T.A. yang terhebat. Dia mampu menyamar sebagai orang lain hanya dengan memakai topi yang menutup mata. Sarung tangannya digunakan untuk memengsankan musuh. Dia sering dilihat dengan lolipop di mulutnya, sehingga selalu menggunakan batang lolipop sebagai pukulan terakhirnya. Dia juga telah melatih Ali untuk menjadi seorang ejen apabila prestasi Ali semakin menurun ketika menjalankan misi di bawah jagaan Bakar. Rizwan juga pernah dianggap 'membelot' M.A.T.A apabila dia sengaja melepaskan Dos dari sel tahanan M.A.T.A dan bekerjasama menyerang Bakar, Geetha dan Leon. Bagaimanapun, dia rupanya hanya ingin mendapatkan kebenaran tentang peristiwa lima tahun lepas. Dia kembali ke M.A.T.A. setelah menyelesaikan misinya dalam memusnahkan markas Numeros. Dalam siri ketiga, dia serta Dos bekerjasama untuk mencari Cinco bagi menghalang kumpulan Numeros daripada cubaan sekali lagi mengakses mainframe tersebut dan menyerang agensi M.A.T.A.
  • Comot (Ida Rahayu Yusoff):
    • Comot merupakan seekor kucing peliharaan Ali. Pada mulanya disalah anggap sebagai Labu, kucing Ali sebelumnya yang melarikan diri dari rumah setelah kematian ibunya. Ia pernah bekerja untuk Abang Bear untuk mencuri I.R.I.S., tetapi ia belot setelah menjadi milik Ali. Comot mempunyai kuasa penyamaran daripada pengalaman semasa menjadi bahan uji kaji tiga tahun lepas. Genetiknya telah diubahsuai yang memberikan kemampuan penyamaran. Comot mengalami heterokromia pada mata kanannya.
  • Karya (Usamah Zaid Yasin):
    • Seorang ejen M.A.T.A. yang ditugaskan sebagai mentor dalam INVISO. Di luar M.A.T.A, dia bekerja sebagai guru di sekolah Ali, dengan nama Cikgu Bidin, yang 'memilih' Ali sebagai ahli Kelab Mengumpul Setem. Dia boleh menyamar seperti Rizwan dalam Misi: AKADEMI. Kebolehan magik yang terdapat pada Karya telah menjadi sebuah senjata yang dapat mempertahankan diri iaitu serangan kad dan pedang. Dia mampu melakukan helah sihir dan menghipnotis. Dia juga muncul dalam Misi: CABAR bersama-sama Bakar, Geetha dan Leon untuk menjalankan misi.
  • Leon (Muhammad Zulhilmi):
    • Seorang ejen M.A.T.A. yang ditugaskan sebagai mentor dalam NEURO. Dia muncul untuk menjalankan misi ketika Misi: CABAR. Senjata yang digunakan ialah pistol M.A.T.A. yang berisi 6 peluru dan jam pengesan jarak dan serangan musuh. Dia juga telah ditewaskan oleh Rizwan dalam musim ke-2, Misi: KEMBALI, di mana dia, Geetha, Bakar dan Rizwan pergi ke utara Cyberaya untuk mendapatkan Dos. Namun Leon dan rakan mentornya yang lain diserang hendap oleh Rizwan dan Dos.
  • Geetha (Nabilah Rais / Azi Shafian):
    • Seorang ejen M.A.T.A. yang ditugaskan sebagai mentor dalam TEKNO. Dia juga terkenal sebagai ejen mentor yang paling mesra. Namun, dia juga boleh menjadi lebih tegas daripada Leon ketika ada pelajar yang tidak mendengar kata. Dia telah muncul untuk menjalankan misi bersama ejen-ejen yang lain dalam Misi: CABAR. Dia juga telah diserang hendap oleh Rizwan dan Dos dalam Misi: KEMBALI bersama Leon dan Bakar.
  • Zain (Usamah Zaid):
    • Merupakan seorang ketua teras NEURO M.A.T.A dan pengasas kepada agensi M.A.T.A bersama ketua teras lain. Dia telah muncul untuk menasihati Ali dalam Akademi M.A.T.A malah memberi sepenuh kepercayaan pada Ali untuk meneruskan misinya serta menghalang musuh dari menghancurkan agensi tersebut. Bahkan, dia menjadi mentor kepada Ali serta Alicia secara rahsia. Selepas Uno datang untuk menyerang M.A.T.A, akhirnya dia telah datang membantu ejen lain untuk menghalang musuh lamanya daripada mengakses mainframe M.A.T.A. Dia dilaporkan terkorban ketika menghalang Uno.
  • Ganz (Shafiq Isa)
    • Merupakan seorang ketua teras KOMBAT M.A.T.A dan pengasas kepada agensi M.A.T.A bersama ketua teras lain. Sebagai ketua teras KOMBAT, Ganz mempunyai personaliti yang tegas dan teramat serius. Dia sering memarahi sesiapa sahaja apabila dia berbuat kesalahan sekecilpun.
  • Dayang (Aina Nadzir)
    • Merupakan seorang ketua teras TEKNO M.A.T.A dan pengasas kepada agensi M.A.T.A bersama ketua teras lain. Dayang ditunjukkan bersikap lemah-lembut dan tidak pernah meninggikan suara. Sebagai ketua teras TEKNO, Dayang juga mungkin lebih mahir dalam mencipta alat-alat berteknologi tinggi. Dia juga merupakan salah satu pencipta kepada projek SATRIA M.A.T.A. khas untuk Ali.
  • Dos - dulu jahat, sekarang baik (Nurul Radhiah Ibrahim):
    • Salah seorang bekas pasukan Numeros dan bekas orang suruhan Uno. Dos adalah ahli Numeros terawal yang muncul dalam siri ini, bersama dengan Trez, yang memasuki ibu pejabat M.A.T.A dan mencuri I.R.I.S. . Senjatanya adalah hiasan rambutnya yang mampu menghasilkan tenaga elektrik kepada sasaran dan dua bilah plasma yang mampu memotong apa sahaja. Dia memakai sepasang kasut khas yang membolehkan kelajuan dan kelincahan super. Dia juga telah melepaskan diri dari sel tahanan M.A.T.A. dan kembali ke markas Numeros. Dalam siri ketiga, dia membelot dari kumpulan tersebut dan menyertai Rizwan untuk menghalang Numeros daripada mengambil alih mainframe M.A.T.A. bagi memusnahkan Cyberaya.

Watak Jahat

  • Trez (Megat Zahrin):
    • Orang kuat dalam pasukan Numeros. Trez adalah antara yang paling susah dikalahkan. Trez adalah lelaki bertubuh besar dengan lengan cybernetic yang membolehkannya mengangkat beban 10 kali lebih berat daripada manusia biasa.
  • Wak Musang (Usamah Zaid Yasin):
    • Seorang pemilik gerai nasi lemak, yang secara rahsianya seorang penjahat. Dia mengenali Komeng dan Abang Bear.
  • Dr. Aaron (Adi Bahari):
    • Bekas pekerja Dr. Tong yang obses terhadap kemajuan dan mahu mengambil alih Cyberaya. Beliau telah diculik dan dijadikan orang suruhan Uno. Beliau juga pernah berjaya mencipta alat untuk memisahkan I.R.I.S. daripada Ali. Dalam musim ke-2, Aaron menjadi ahli tetap Numeros sebagai Nueve.
  • Komeng (Suhaimi Shafie):
    • Orang suruhan kepada Abang Bear. Komeng mengetuai pasukan bermotosikal.
  • Abang Bear (Fadhli Shafian):
    • Ketua kumpulan gangster yang merupakan bos kepada Komeng dan bekas bos kepada Comot. Beliau pernah menculik Viktor dan dijadikan tebusan untuk mendapatkan I.R.I.S. daripada Ali.
  • Jenny / Cinco (Nor Meirysha Nurol Ashikin):
    • Merupakan seorang bekas saintis (TEKNO) dan pencipta peralatan ejen M.A.T.A.. Semasa kejadian memcerobohi sistem M.A.T.A, Jenny secara rahsianya berada di pihak Uno malah bekerjasama dalam mendapatkan I.R.I.S.. Dia dikenali sebagai Cinco dalam ahli kumpulan Numeros. Dia selalu dilihat memegang tablet dengan pennya, di mana pen dapat berfungsi sebagai taser dan alat komunikasi. Dalam siri ketiga, selepas kematian Uno, Cinco mengetuai Numeros untuk sekali lagi menyerang agensi M.A.T.A dan cuba mengakses mainframe tersebut.
  • Uno / Djin (Azuan Wanji Shamsir):
    • Bekas ketua teras INVISO M.A.T.A dan juga mentor kepada Rizwan. Dia dilaporkan terbunuh dalam letupan Azurium ketika menjalankan misi bersama ketua teras lain. Selepas kejadian tersebut, dia ingin membalas dendam terhadap organisasi M.A.T.A dan mengganggap mereka sebagai pengkhianat. Dia mampu bergerak dengan kelajuan super dan sangat tangkas ketika bertarung. Senjatanya adalah pedang plasma.
  • Neonimus (Emil Villamor):
    • Dalang jenayah siber yang pernah menggodam Sistem Pertahanan M.A.T.A.. Dia juga telah melakukan kekacauan dengan menggodam sistem stesen CRT Cyberaya.
  • Analogman (Azuan Wanji Shamsir):
    • Lelaki tua yang membenci akan teknologi. Baginya, teknologi telah menyebabkan manusia kehilangan nilai kemanusiaan. Dia telah melakukan beberapa jenayah di Cyberaya. Dia mempunyai sebatang tongkat perang berteknologi yang mempunyai beberapa senjata dalaman.
  • Ocho (Syafiq Isa):
    • Sebuah robot yang bekerjasama dengan Uno. Ia boleh menghasilkan seberapa banyak mikrobug yang kelihatan seperti lalat dan boleh dibentuk menjadi apa sahaja jenis senjata. Mikrobug ini juga rupanya dikendalikan oleh Jenny sepanjang masa.
  • Seis/Siete (Muhammad Iliyas Abdul Latif):
    • Sepasang kembar yang merupakan ahli dalam kumpulan Numeros. Mereka mempunyai kebolehan yang hebat dalam bermain bola. Meraka berkongsi senjata, Bola sepak yang menghasilkan hentaman tinggi ketika ditendang ke sasaran.
  • Niki (Nabilah Rais)
    • Seorang gadis yang dilahirkan dengan kaki yang lemah/lumpuh dan menggunakan Exo-Suit untuk berjalan dan berlawan. Ketua kepada pasukan pemberontak penduduk Pinggiran dan bekas rakan seperjuangan Aliya, yang mengakibatkan kematiannya selepas serangan di Bangunan Perdana.
  • Andik (Altimet)
    • Merupakan salah seorang orang kanan kepada Niki yang pada mulanya membenci Ali kerana dengan adanya Ali, rancangan jahat kumpulan Niki akan menjadi lebih susah. Direkrut oleh Niki setelah tidak boleh mempercayai Aliya.
  • Surya (Amer Bamer)
    • Merupakan salah seorang orang kanan Niki yang boleh dikatakan ahli yang paling kuat kerana mempunyai sistem gelombang bunyi pada badannya. Direkrut oleh Niki setelah tidak boleh mempercayai Aliya.

Watak Penolong;

  • Aunty Faye (Noranis Ismail / Shafiq Isa)
    • Jiran kepada Ali dan Dr. Ghazali. Dia sering melakukan seni mempertahankan diri setiap pagi dan mempunyai cucu bernama Danish. Pernah hampir berlanggar dengan skuter Ali kerana Ali menunggang dengan laju.
  • Syed
  • Shaun
  • Viktor (Azman Zulkiply)
    • Rakan baik dan sekelas dengan Ali. Viktor selalu bermain permainan video bersama Ali terutama permainan 'Detektif Jebat'.
  • Mia
  • Puan Munah (Roshilawati Razlan)
    • Guru kelas 6 Avicenna di SRT Cyberaya 1. Juga merupakan guru Sains dan Matematik Ali dan Alicia.
  • Bella
  • Melur
  • Mawar
  • Sasidaran
  • Boy
  • Dr. Tong
  • Dr. Ghazali (Haziq Khushairi)
    • Ayah kepada Ali dan isteri kepada Aliya. Merupakan salah satu peneraju kepada Cyberaya dan ketua kepada Menara Alpha. Pernah menjadi mangsa kepada jenayah Dr. Aaron.
  • Dr. Mala
  • Cuatro (Syafiq Isa):
    • Bekas ejen TEKNO M.A.T.A. dan juga belas kepada ahli kumpulan Numeros. Dia terpaksa mengikut arahan Uno untuk mencipta I.R.I.S. baru serta mengugut untuk mencederakan keluarganya sekiranya tidak mencipta prototaip tersebut. Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan oleh Rizwan dalam memusnahkan sarang musuh.

Tags:

Ejen Ali

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RinggitSejarahCiri-ciri orang munafikLiga Super Malaysia 2024–25Junainah M. AminFarah NabilahTerlanjur Cinta (drama web)Bukan Lelaki TerhebatSultan Iskandar ibni Sultan IsmailPak Ketipak KetipungHemoroidPerodua VivaAsmidarIkan Sebelah LautUniversiti Utara MalaysiaBandar MaharaniAnak Perjanjian Syaitan 2Farali KhanHawa RizwanaKebakaranSumber primerSolat subuhJohor Darul Ta'zim F.C.Kerajaan PataniWarna Warni AidilfitriIranBak kut tehMustaqim BahadonFrekuensi radio di MelakaSejarah MelakaSarah SuhairiRashid SibirTV1Norlia GhaniSyamsul YusofCristiano RonaldoDaerah di MalaysiaBaksoMalaysiaCik Siti Wan KembangSayyidAssalamualaikumEmpayar UthmaniyahTunku Ismail ibni Sultan IbrahimA. R. BadulJohan GhazaliRaja EmaBahasa Melayu MalaysiaKuala Kubu BharuNorreen ImanFizo OmarFrekuensi radio di KelantanFikry IbrahimYang di-Pertuan AgongTengku Ahmad Iskandar ShahSejarah orang Yahudi di MalaysiaDiana RafarErra FaziraTunku NadzaruddinKementerian Kesihatan MalaysiaKuala TerengganuAfdlin ShaukiNabi Nuh a.s.Senario The MoviePerodua MyViFaizal TahirNombor telefon di MalaysiaTony EusoffHang TuahZakar manusiaSharisa HarisAmru bin HisyamSyed Mokhtar Al-BukharyLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaBandar TaipingHarissa AdlynnShiqin Kamal🡆 More