Sazzy Falak: Pengacara dan pelakon wanita Malaysia

Sazlini binti Shamsul Falak, atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak (lahir 10 Mac 1980), ialah seorang pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana mengacara Beat TV dan juga berlakon sebagai watak Shasha dalam filem dan siri drama televisyen Gol & Gincu.

Sazzy Falak
Kelahiran
Sazlini binti Shamsul Falak

(1980-03-10) 10 Mac 1980 (umur 44)
PendidikanDiploma Kewartawanan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2000–kini
Ketinggian152 sm
PasanganNazril Idrus (k. 2006)
Anak-anak2 (kembar)
Ibu bapaDatin Lilly Rahim (ibu)
Datuk Shamsul Falak Kadir (bapa)
Laman web rasmisazzyfalak.com.my

Kehidupan awal

Sazzy Falak dilahirkan pada 10 Mac 1980 di Kuala Lumpur dan beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada ibu bapanya, Datin Lilly Rahim dan Datuk Shamsul Falak Kadir. Ibu bapanya bercerai ketika Sazzy berusia 8 tahun dan kemudiannya berkahwin semula. Beliau yang mempunyai darah kacukan Melayu dan Arab, merupakan pemegang Diploma dalam bidang kewartawanan di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.

Kerjaya

Sazzy pernah menimba pengalaman sebagai seorang pelakon teater sejak berusia 11 tahun; ketika itu beliau menerima latihan dari Joe Hasham yang ketika itu masih remaja. Beliau mula menceburi persada hiburan televisyen pada tahun 2000 sebagai pengacara Muzik-Muzik pada usia 18 tahun. Pada tahun 2002, beliau berlakon dalam televisyen buat julung kali melalui penampilan dalam filem pendek Piala Untuk Mama arahan Osman Ali di ntv7. Selepas itu beliau juga pernah menjadi penyampai radio dan beralih ke Beat TV di Astro Ria dari 2002 sehingga 2005.

Sazzy turut memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat IT, sehingga 2003 apabila beliau melepaskan jawatan itu untuk menjadi bintang televisyen sepenuh masa. Sazzy juga pernah mengacarakan MTV Jus di Singapura sebelum menyerahkan tugas itu kepada Nur Fazura pada tahun 2006.

Sazzy mula berlakon dalam filem dengan menjayakan watak Shasha dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun 2005 dan Gol & Gincu The Series selama dua musim berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2007. Sempena Aidilfitri pada tahun 2006, Sazzy menyumbangkan suara kepada Cappy dalam versi alih suara Bahasa Malaysia bagi filem animasi Robots untuk ditayangkan di Star Movies (kini Fox Movies). Pada akhir 2006 hingga awal 2007, Sazzy mengacarakan rancangan Blast Off! di hitz.tv.

Pada tahun 2007, selain Gol & Gincu, Sazzy juga memgang watak sampingan dalam KAMI - The Series sebagai Alisha, kakak kepada Ali (lakonan Syarul Ezani). Sazzy juga menyertai barisan lakonan siri drama Internet Kerana Karina yang dibintangi Marsha Londoh. Beliau juga turut berlakon dalam Tipu Kanan Tipu Kiri yang ditayangkan pada September 2008. Sazzy kembali menjayakan watak Shasha lakonannya dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 arahan sulung Umi Salwana Omar yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018.

Kehidupan peribadi

Sazzy berkahwin dengan perunding kewangan, Nazril Idrus, juga seorang personaliti televisyen, dalam satu majlis penuh istiadat pada 8 November 2006. Nazril merupakan pengasas LVG Consultants dan Explosive Minds Asia. Hasil perkongsian hidup Sazzy dan Nazril, pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose yang dilahirkan pada 28 April 2011. Kini, pasangan ini menetap di Damansara, Kuala Lumpur.

Sazzy dan Nazril mengambil bahagian dalam program realiti tarian Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria dan mara ke peringkat akhir untuk naib juara, walaupun yang banyak dipilih oleh penonton sebagai pilihan untuk merangkul gelaran juara. Beliau merupakan pemilik butik pakaian Street Fashion KL yang beroperasi di Taman Tun.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gol & Gincu Shasha Filem pertama
2006 Robots Cappy alih suara Bahasa Malaysia
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Rina
Sepi Ida
2009 Jin Notti Zulu
2010 4 Madu Jane
2011 Tolong Awek Aku Pontianak Maya
2017 Kamar Seksa Kathy
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Shasha
TBA Baran Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003–2005 Spanar Jaya Hani,Alin ntv7
2006–2007 Gol & Gincu The Series Shasha 8TV
2007 KAMI - The Series Alisya
Kerana Karina Sherina Tonton Siri Internet
2008 Goda Sanya Salleh 8TV
Warkah Terakhir: Rosly Dhoby Astro Citra
2013 Sopi Sekuriti Astro Warna
2023 Projek: High Council Puan Faniza Astro Ria
Alice Kampung Baru May TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Piala Untuk Mama
2004 Surat Untuk Bulan Seroja VCD
2008 Doa Kamalia Kamalia TV2
2011 Dan Sebenarnya Maira Astro Citra
2014 Warkah Syurga Aida Astro Prima
Saloma: Mencuri Guruh (Bahagian 1) Mariani Ismail Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh (Bahagian 2)
2016 Dari Kerana Mata Unifi TV
2018 Mimpi Sumi Daniella ntv7
2023 Satu Hari Di Bulan Februari Mama Liz TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2000 Muzik-Muzik Pengacara TV3
2002–2004 Beat TV Astro Ria
2004 Anugerah Era 2004 Era FM
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-20 TV3
2008 The Ultimate Prom Nite 8TV
2009 Oo Lala TV9
Anugerah Industri Muzik ke-16 NTV7
Anugerah Shout! 2009 8TV
Sehati Berdansa Musim 3 Peserta Astro Ria
2012 OMG! Sherbet Pengacara DIVA
2015 How Do I Look? (Musim 1)
Galaksi TV9
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 TV3
2022–kini Women Talk Pengacara bersama

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi Ruj.
2005 "Tak Tahu" Adam AF2
2008 "Wicked Queen" Dragon Red
"Dem Girls" Caprice

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 FHM's 100 Sexiest Women In The World 2005 Sazzy Falak Menang
2006 FHM's 100 Sexiest Women In The World 2006 Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Pelakon Harapan Wanita Tercalon
2008 Most Beautiful Eyes - OK! Celeb Fest 2008 Menang
2008 Top 40 Under 40 2008 - Le Prestige Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sazzy Falak Kehidupan awalSazzy Falak KerjayaSazzy Falak Kehidupan peribadiSazzy Falak FilemografiSazzy Falak Anugerah dan pencalonanSazzy Falak RujukanSazzy Falak Pautan luarSazzy FalakBeat TVFilem Gol & GincuGol & Gincu The Series

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

JangkitanAliff Syukri KamarzamanJabatan Kastam Diraja MalaysiaMenteri Kesihatan MalaysiaGas rumah hijauManchester United F.C.Nur FazuraSlot SamarindaAbdul Razak HusseinFrekuensi radio di SelangorEmiriah Arab BersatuHisteriaInflasiFardu AinShah RezzaDarjah kebesaran MelayuSultan Mizan Zainal AbidinBuliJudiTuanku Ja’afarEtnik MelayuHun HaqeemSarah SuhairiKamal Affandi HashimBaju MelayuSukanKL Gangster 2Proton SagaMohd Ghazali Che MatRahsia (filem 2023)Kata kerja tak transitifPahamin RajabAdat resam kahwin MelayuAbu Bakar as-SiddiqSijil Pelajaran MalaysiaIndonesiaMuhyiddin YassinKL Special ForceVaksin tetanusSheriff (filem)Polis EVO 3Amy SearchPiala ThomasAyat kursiAisha RetnoTalbis IblisHentaiSeri KembanganSejarah Pulau PinangPiala FA InggerisRiena DianaKhairulamingNazim OthmanPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaUmar bin Al-KhattabTeknologi hijauSkizofreniaMenteri Pendidikan MalaysiaRozita Che WanPahangMusang PulutMuhammad bin Idris al-SyafiiKetupatLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurHantu Kak LimahAmir AhnafCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahAtmosfera planetChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaIntan LadyanaCik ManggisPembentukan MalaysiaKugiran MasdoPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSiksa NerakaPasukan bola sepak kebangsaan Iraq🡆 More