Salman Rushdie: Penulis India-British

Sir Ahmed Salman Rushdie (Hindi: अख़्मद सल्मान रश्दीcode: hi is deprecated , Urdu: سلمان رشدی‎; lahir pada 19 Jun 1947) di Bombay, India.

Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua Midnight's Children (1981) yang membawa hadiah Booker Prize. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India, kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.

Sir Salman Rushdie
Salman Rushdie: Kehidupan peribadi, Kerjaya sastera, Novel The Satanic Verses
Lahir19 Jun 1947 (1947-06-19) (umur 76)
India Bombay, India
PekerjaanNovelis, penulis rencana.
WarganegaraUnited Kingdom United Kingdom
GenreMagic Realisme
SubjekKritikan, Kembara jalanan

Novel keempat bertajuk The Satanic Verses (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.

Pada Jun 2007 kerajaan Britain memberi anugerah Knight Bachelor membawa gelaran Sir sempena harijadi Queen Elizabeth pada Jun 2007.

Kehidupan peribadi

Salman Rushdie satu-satunya anak Anis Ahmed Rushdie, seorang peguam tapi terlibat dalam perniagaan.Isterinya Negin Butt seorang guru.Rushdie dilahirkan sebagai seorang Islam, namun murtad. Mendapat pendidikan di Sekolah / Gereja John Connon di Mumbai, Sekolah Ragbi dan King College, Cambridge, jurusan sejarah.

Rushdie pernah berkahwin dengan empat isteri. Isteri pertamanya Clarissa Luard (1976 - 1987) dan mendapat anak lelaki Zafar Rushdie. Isteri kedua novelis Amerika Marianne Wiggins (1988 - 1993). Isteri ketiga Elizabeth West (1997-2004) dan mendapat anak lelaki Milan Rushdie. Sejak 2004 mengahwini artis dan model bernama Padma Lakshmi. Padma merupakan pengacara siri realiti televisyen Amerika Top Chef.

Kerjaya sastera

Salman Rushdie: Kehidupan peribadi, Kerjaya sastera, Novel The Satanic Verses 
Salman Rushdie semasa melancarkan buku Shalimar the Clown

Novel pertamanya Grimus (1975) merupakan sebuah cerita sains fiksyen. Novel Midnight's Children (1981) mengisahkan kehidupan di India yang diceritakan dalam bahasa Inggeris. Novel ini memenangi 'Booker of Bookers'. Novel ini mengisahkan tentang sejarah kehidupan Republik India.

Novel Shame (1983) pula tentang aktor politik di Pakistan iaitu Zulfikar Ali Bhutto dan Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Novel Shame dianugerahkan Prix du Meilleur Livre Étranger (Buku Terbaik Asing) dari Perancis.

Rushdie dilihat sebagai Indian diaspora iaitu perluasan ketamadunan India di seluruh dunia.1980 Rushdie melawat Nicaragua,Sandinista dan menghasilkan novel The Jaguar Smile (1987).

Novel The Satanic Verses

Novel The Satanic Verses ("ayat-ayat syaitan") mengundang kutukan dalam dunia Islam pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Secara amnya, novel ini berkisarkan berkenaan dakwaan peristiwa "ayat-ayat syaitan", di mana Muhammad (digelar sebagai Mahound dalam buku) menambahkan ayat-ayat Al-Qur'an yang mengiktiraf tiga dewi peribumi Arab yang pernah disembah di Makkah sebagai para dewa. Seterusnya, Muhammad kemudiannya menarik balik ayat-ayat itu, dengan mengatakan bahawa syaitan menggodanya untuk mengucapkan ayat-ayat ini untuk menenangkan orang Mekah (oleh itu, ayat-ayat "Syaitan"). Walau bagaimanapun, perawi mendedahkan kepada pembaca bahawa ayat-ayat yang dipertikaikan ini sebenarnya dari mulut malaikat Jibril.

Pada 14 Februari 1989, fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan atas isu ini. Hubungan diplomatik dipulihkan pada 24 September 1998 semasa zaman Presiden Mohammad Khatami.

Penerbitan buku serta arahan bunuh mencetuskan rusuhan sedunia dengan kedai-kedai buku dibakar. Warga Muslim di beberapa negara Barat berprotes sambil membakar buku tersebut. Beberapa orang yang menterjemah atau menerbitkan buku tersebut diserang sehingga tercedera atau terkorban. Beberapa orang lagi maut dalam rusuhan di beberapa negara.

Menurutnya, Salman masih menerima "surat Valentine" setiap 14 Februari, merujuk kepada ketegasan hukum bunuh Iran terhadapnya.

Tikaman di Chautauqua (2022)

Pada 12 Ogos 2022, ketika memulakan syarahan di Institusi Chautauqua di Chautauqua, New York, Rushdie diserang seorang lelaki yang menyerbu pentas dan menikamnya beberapa kali. Penyerang ditarik sebelum ditahan; Rushdie pula dibawa ke hospital di Erie, Pennsylvania, dan diberi pembedahan. Agen Rushdie, Andrew Wylie, berkata bahawa: "Salman berkemungkinan buta sebelah; saraf lengannya terputus; dan hatinya ditikam dan cedera." Wylie berkata bahawa Rushdie kini berada dalam bantuan pernafasan dan tidak boleh berkata. Penikam dikenal pasti sebagai Hadi Matar, lelaki 24 tahun dari Fairview, New Jersey.

Senarai buku / novel

  • Grimus (1975)
  • Midnight's Children (1981)
  • Shame (1983)
  • The Jaguar Smile: A Nicaraguan Journey (1987)
  • The Satanic Verses (1988)
  • Haroun and the Sea of Stories (1990)
  • Imaginary Homelands: Essays and Criticism, 1981 - 1991 (1992)
  • East, West (1994)
  • The Moor's Last Sigh (1995)
  • The Ground Beneath Her Feet (1999)
  • Fury (2001)
  • Step Across This Line: Collected Nonfiction 1992 - 2002 (2002)
  • Shalimar the Clown (2005)

Rujukan

Tags:

Salman Rushdie Kehidupan peribadiSalman Rushdie Kerjaya sasteraSalman Rushdie Novel The Satanic VersesSalman Rushdie Senarai buku novelSalman Rushdie RujukanSalman Rushdie19 Jun1947Bahasa HindiBahasa UrduBooker Prize

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Piala Asia B-23 AFC 2024Senarai pelakon lelaki MalaysiaSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahKamus DewanKristianEmpat Kebenaran MuliaHantu rayaBadmintonAzhar SulaimanJudiPerang UhudRedza RosliSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarBahasa MaduraPASKAL (filem)PutrajayaSiti HariesaKuala TerengganuPerodua KelisaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Melur Untuk Firdaus (musim 2)Senario The MovieSejarah orang Yahudi di MalaysiaGeografi JohorKuala PilahTok JanggutPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalMahkamah MalaysiaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuSejarah MelakaSolatMinal 'Aidin wal-FaizinSingapura dalam MalaysiaKhairulamingMeerqeenIslamAyam2024 di MalaysiaNaim DanielMegat SharizalParsi18 Puasa di Kampong PisangPetronasMaya KarinOrang Cina MalaysiaPemboleh ubahAdat resam kahwin MelayuPeraturan bola jaringMia KhalifaShah AlamMinangkabauPuasa (Islam)Universiti MalayaAbang Long FadilAbang Johari Tun OpengAzhar IdrusChacha MaembongShaharuddin ThambySoffi JikanSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSukanMaharaja MeijiSharifah AiniWings (kumpulan muzik Malaysia)Mahathir MohamadIntegritiRahsia (filem 2023)Agama di MalaysiaAbdul Razak HusseinMajapahitPantang larang MelayuSenarai Kementerian di MalaysiaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAsmidarIslam di IranPteropusPrivate Bodyguard🡆 More