Ras Adiba Radzi: Ahli politik, ahli sukan, dan pengacara Malaysia

Datuk Dr Ras Adiba Mohd Radzi (lahir 27 Julai 1968) ialah seorang ahli politik, aktivis masyarakat dan penyampai berita veteran Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat di TV3 ntv7 dan juga BERNAMA sebagai wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan. Beliau juga merupakan salah seorang penembak paralimpik Malaysia. Beliau ialah seorang wartawan siaran, pembaca berita, penyampai, penyair, penyanyi lagu puisi, pengarah dan penerbit. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 20 Mei 2020 bagi mewakili orang kurang upaya.


Ras Adiba Radzi

راس اديبة محمد رضي
Ras Adiba Radzi: Biografi, Pengerusi BERNAMA, Pencapaian
Ras Adiba pada tahun 2023
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
20 Mei 2020 – 19 Mei 2023
Didahului olehBathmavathi Krishnan
Pengerusi BERNAMA
Dalam jawatan
23 November 2020 – 31 Januari 2023
Didahului olehSuhaimi Sulaiman
Digantikan olehWong Chun Wai
Butiran peribadi
LahirRas Adiba binti Mohd Radzi
(1968-07-27) 27 Julai 1968 (umur 55)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
Anak-anak
  • Umar Ras Engel bin Abdullah
  • Amaar Raj bin Abdullah
PekerjaanAhli politik, aktivis kemasyarakatan, penyampai berita

Biografi

Beberapa kejadian berlaku yang membawa kepada beliau menjadi seorang berstatus orang kurang upaya (OKU). Ras terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.

Beliau terus menjalani fisioterapi, dan telah mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan paralimpik seperti marathon jarak jauh, berenang, badminton dan seterusnya, sukan menembak. Ras mewakili negara di beberapa pertandingan peringkat antarabangsa dalam sukan menembak termasuk Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.

Ras Adiba mempunyai dua orang anak iaitu Umar Ras Engel Abdullah yang Autisme dan seorang lagi anak lelaki bernama Amaar Raj daripada perkahwinan pertama.

Pengerusi BERNAMA

Pada 23 November 2020, Ras Adiba dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), menggantikan Suhaimi Sulaiman yang meletakkan jawatan pada 6 Ogos. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi BERNAMA dalam sejarah 53 tahun penubuhannya.

Pencapaian

Ras Adiba pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records, ketika berjaya menolak kerusi rodanya dari Johor Bahru ke Putrajaya. Ini dilakukan dalam 10 hari dengan jarak 490km.

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Anugerah ketokohan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ras Adiba Radzi BiografiRas Adiba Radzi Pengerusi BERNAMARas Adiba Radzi PencapaianRas Adiba Radzi Anugerah dan pengiktirafanRas Adiba Radzi RujukanRas Adiba Radzi Pautan luarRas Adiba RadziAhli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-14BERNAMADatuk (gelaran)NTV7Orang kurang upayaTV3

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah bahasa MelayuAl-Masih ad-DajjalBruneiKugiran MasdoMusa HitamTeknologiGayatri Su-Lin PillaiRevolusi PerindustrianAzira ShafinazNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaCinta Luar BiasaSifat-sifat AllahIsmail OmarPuteri Sarah LiyanaPerjanjian Inggeris-Belanda 1824KomunikasiPolis EVO 2LabuanSenarai poskod di MalaysiaGunung KinabaluPak Ketipak KetipungMegat SharizalMalaysiaAman ShahNadhir NasarPetronasSepahtu Reunion Al-RayaA FamosaBahasa Melayu MalaysiaShakilla KhoririShah AlamMira FilzahYasmin AhmadHafizh Syahrin AbdullahSiti SalehaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahNabila RazaliAman Ramli JaafarHari Raya AidilfitriBumiputera di SabahPulau PinangUndang-Undang Laut MelakaAsmidarPuchong, SelangorBunga Citra LestariAisha RetnoMisteri DilailaKerajaan SalakanagaraSimpulan bahasaSandrinna MichelleNina JurenHarris AlifHari GawaiMuhammad bin Idris al-SyafiiHussein OnnTravelokaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahKotekaNombor dalam budaya CinaJ RevolusiLengkuasHadisAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaJosiah HoganSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahNabi Muhammad SAWDubaiNegara PalestinSemenyihSelangorWanita SyurgaKamal Affandi HashimSaleemPencemaran udaraPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaShiqin KamalRukun ImanNasi lemak🡆 More