Raja Bendahara Pahang

Raja Bendahara ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor.

Bendahara Johor pertama yang dianggap sebagai Raja Bendahara Pahang ialah Tun Abdul Majid Ibni Tun Abbas (1770-1802) kerana ketika beliau menjadi Bendahara Johor, tanah Pahang sudah bertukar statusnya daripada tanah pegangan kepada tanah kurnia.

Sultan Johor ketika itu, Sultan Mahmud Shah III telah menyerahkan tanah Pahang kepada keluarga Bendahara sebagai warisan turun temurun keluarga mereka. Baginda bertindak begitu untuk memujuk keluarga Bendahara yang terpaksa berkongsi kuasa dengan keluarga Bugis sejak tahun 1770.

Itu bermakna Kesultanan Johor tidak lagi memiliki kuasa ke atas tanah Pahang tetapi Bendahara Pahang perlu 'menyembah' ke Daik sebagai tanda bernaung di bawah Johor.

Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.

Pahang secara rasminya memisahkan diri daripada Kesultanan Johor dan pewarisnya Kesultanan Lingga-Riau pada tahun tersebut walaupun pada praktiknya Pahang sudah tidak lagi bernaung kepada mana-mana kerajaan sejak tahun 1824.

Raja Bendahara Pahang

  • 1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Abbas, Raja Bendahara I
  • 1802-1803:Tun Muhammad, Raja Bendahara II
  • 1803-1806:Tun Koris, Raja Bendahara III
  • 1806-1847:Tun Ali, Raja Bendahara IV
  • 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali, Raja Bendahara V
  • 1863-1881:Tun Ahmad, (Pemasyhuran ke-1 kemudian Baginda menggunakan gelaran Sultan Pahang Moden 1)

Rujukan

  • (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara: Permata Melayu yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang‎, Pustaka BSM Enterprise, 2002, ISBN 9834056664
  • (Tun) Suzana (Tun) Othman, Mencari Sejarah: Tun Mutahir Tun Ali, Bendahara Seri Maharaja Pahang, 1857-63 , 2001, ISBN 983405663X
  • (Tun) Suzana (Tun) Othman, Perang Bendahara Pahang, 1857-63: pensejarahan semula menelusi peranan British, 2007, ISBN 9789831952825

Pautan luar

Tags:

BendaharaKesultanan JohorPahangSultan Johor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aliff AzizNabi Yusuf a.s.@Kerajaan Persekutuan MalaysiaFauzi NawawiPenjajahan Jepun di Tanah MelayuMandi wajibKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaMalayan UnionMaktab Rendah Sains MARAAC MizalAsmidarAmy SearchSari YantiEkolokasi haiwanArdell AryanaCibaiHukuman mati di MalaysiaBahasa JawaRozita Che WanMurutSejarahNajis dalam IslamFacebookKementerian Dalam Negeri MalaysiaTabbyPiala ThomasSekolah Kebangsaan Raja BaharAzhan RaniSerangan Iran ke atas Israel 2024Tunku Abdul RahmanBatu PahatTalbis IblisPertanianAbdullah bin Ahmad BadawiProton WajaFarajMenara Berkembar PetronasTentang Hati DiaHarissa AdlynnMelitha SidabutarZamarul HishamMyKadNeelofaCristiano RonaldoBismillahSarafSejarah orang Yahudi di MalaysiaZiana ZainPasukan bola sepak kebangsaan UzbekistanBani IsraelZizan RazakPolis EVO 3Siti NurhalizaQasrina KarimBima SaktiFrekuensi radio di PahangImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Gua NiahKhairy JamaluddinSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMahathir MohamadIntegritiShah IskandarPerang UhudPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaKongsi RayaSyahadahFunan7 Hari Mencintaiku (musim 3)Nur FazuraPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaMaya KarinEyka FarhanaDatuk (gelaran)SyiahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Dahlia RizalNadia Brian🡆 More