Nuha Bahrin

Nuha Sakina Saiful Bahrin (lahir 4 September 2000) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania. Beliau melancarkan single sulungnya, "XSEMPURNA" pada 2021.

Nuha Bahrin
Nama lahirNuha Sakina binti Saiful Bahrin
Kelahiran (2000-09-04) 4 September 2000 (umur 23)
Rawang, Selangor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Beegood Music
Pengkarya berkait
Naufal Azrin

Kerjaya

Nuha Bahrin memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila beliau menyanyikan lagu "Hurt" nyanyian asal Christina Aguilera dan memuatnaiknya di laman media sosialnya. Ia turut menarik perhatian Christina apabila beliau sendiri memuatnaik klip video Nuha di Instagram miliknya.

Pada Oktober 2020, beliau merupakan salah seorang daripdada 24 peserta amatur, juga dikenali sebagai 'rookie' dalam rancangan realiti nyanyian, Vokal Mania terbitan TV3 yang antara lain turut disertai oleh Aisha Retno, Wafariena Roslan, Tuah Adzmi, Daniesh Suffian dan Afieq Shazwan.

Persembahan beliau menerusi lagu "Kekasih Awal dan Akhir" nyanyian asal Jamal Abdillah menerima kritikan daripada warganet. Beliau turut mempersembahkan lagu "Di Matamu" nyanyian asal Sufian Suhaimi dalam pusingan duet bersama Tomok. Nuha berjaya meraih undian tertinggi sekaligus membawa pulang anugerah 'Rookie Star Award' dalam saingan episod kedua rancangan ini.

Selepas tamat Vokal Mania, Nuha melancarkan single sulungnya, "XSEMPURNA" (disebut "Tak Sempurna") hasil nukilan Ezra Kong pada 5 Mac 2021 dan dikeluarkan menerusi saluran YouTube Beegood Music. Ia berkisarkan kisah sebenar yang dilalui oleh Nuha sewaktu berdepan dengan kecaman.

Pada Julai 2022, Nuha berduet bersama Naufal Azrin menerusi lagu "Casablanca" yang telah menjadi tular di aplikasi TikTok. Lagu ini ialah hasil ciptaan Abdulkarim Al Ali, Daqmie dan Wan Saleh.

Inspirasi

Nuha menjadikan penyanyi Malaysia yang berpangkalan di A.S., Yuna sebagai idolanya dalam bidang muzik.

Kehidupan peribadi

Nuha dilahirkan di Rawang, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 4 beradik. Beliau merupakan pemegang ijazah jurusan pemasaran di Universiti Multimedia (MMU).

Diskografi

Single
Tajuk Tahun Komposer Penulis lirik
"XSEMPURNA" 2021 A. Ramlee & Ezra Kong A. Ramlee & Ezra Kong
"Casablanca" (bersama Naufal Azrin) 2022 Daqmie & Wan Saleh Daqmie & Abdulkarim Al Ali (Syria)
"Jika" (bersama Naufal Azrin)
"Takkan Mengalah" (bersama Naufal Azrin) 2023
"Iktiraf" (bersama Naufal Azrin)

Filemografi

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2020 Vokal Mania Dirinya sendiri/Peserta TV3

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nuha Bahrin KerjayaNuha Bahrin InspirasiNuha Bahrin Kehidupan peribadiNuha Bahrin DiskografiNuha Bahrin FilemografiNuha Bahrin Anugerah dan pencalonanNuha Bahrin RujukanNuha Bahrin Pautan luarNuha BahrinMalaysiaVokal Mania

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aedy AshrafAbdul Rahman HashimKata kerjaJam 12 jamSenarai haiwanHari Raya AidilfitriLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaProton SagaDini SchatzmannPasukan Gerakan AmJangkitanPutri JannahLee Kee HiongChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorHalim RadziSenarai pelakon lelaki MalaysiaProton Saga (generasi kedua)Senarai poskod di MalaysiaKetumParti Islam Se-MalaysiaYang di-Pertuan AgongGerakan Aceh MerdekaLatBahasa MelayuSyed Mokhtar Al-BukharyLembuPukimakKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Hari WesakDewan Bahasa dan PustakaJambatan Pulau PinangPerang PadriJamal AbdillahSiksa NerakaOrang Melayu MalaysiaAyat kursiLiberalismeSenarai Yang di-Pertuan AgongBaba dan NyonyaHafizh Syahrin AbdullahSejarah MalaysiaTentang Hati DiaNasionalismePersatuan Negara-negara Asia TenggaraFrekuensi radio di KedahNajib RazakDe FamRita RudainiSijil Pelajaran MalaysiaJabatan Kemajuan MasyarakatHukum madSlot LestaryAmir NafisBuliIsmail Sabri YaakobKanun KeseksaanTawauKasih Iris LeonaKetupat palasPerkara yang dilarang dalam IhramMalang Si PuteriKesultanan Melayu MelakaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahShaheizy SamSenarai kata pinjaman bahasa MelayuPerang AhzabMatlamat Pembangunan MampanHantu dalam masyarakat MelayuAsmidarKucingHun HaqeemKitar semulaLovely RunnerTakwim HijrahEmpayar UthmaniyahSabronzoRosyam Nor🡆 More