Nik Mahmud Bin Nik Ismail

Dato' Nik Mahmud Bin Nik Ismail (1882-1964) merupakan seorang pembesar Negeri Kelantan yang masyhur.

Belau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada zaman Sultan Ismail. Beliau adalah satu-satunya yang telah dianugerahkan darjah kebesaran negeri iaitu Dato' Perdana Menteri Paduka Raja.

Biografi

Nik Mahmud Bin Nik Ismail 
Haji Nik Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja)

Lahir di Kampung Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Nik Mahmood lebih terkenal dengan panggilan Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja.

Nik Mahmood mendapat pendidikan awal secara tidak formal daripada ayahnya, Nik Ismail bin Abdul Mubin, seorang guru agama dan Kadi Besar di Kota Bharu. Kemudian beliau mendalami pelajaran agama di Patani, di samping menuntut ilmu kebatinan, seperti ilmu kebal, ilmu besi dan ilmu nafas daripada Pak Yid Palembang dan Pak Sad. Pada tahun 1898, dia ke Mekah untuk mempelajari Ilmu Agama, Ilmu Perundangan dan Ilmu Kemasyarakatan.

Sekembalinya ke Kelantan pada tahun 1904, Nik Mahmood bekerja sebagai kerani di Pejabat Tanah dan kemudian dilantik sebagai kerani besar di pejabat Balai Besar Negeri. Kemudiannya dilantik sebagai Penolong Setiausaha Sulit Sultan pada tahun 1911. Pada tahun 1921, dilantik pula sebagai Perdana Menteri Kelantan. Beliau meletakkan jawatannya pada tahun 1945.

Dato' Hj. Nik Mahmud bin Hj. Nik Ismail Qadhi (29 Apr. 1921 - 27 Dis. 1945, menjadi MB Kelantan ketika berusia 33 tahun dan memerintah selama 24 tahun). Beliau bergelar Dato' Perdana Menteri Paduka Raja.

Sumbangan

Nik Mahmood berjaya membuat perubahan dalam negeri khususnya dalam bidang pentadbiran dan kemasyarakatan. beliau telah menubuhkan Madrasah al-Muhammadiyah al-Kelantani dan beliau sendiri menjadi Naib Yang Dipertua. Beliau turut membuat pembaharuan dalam pengurusan kewangan seperti mengadakan Tabung Kewangan Baitulmal, menyusun program pendidikan dan sistem Undang-undang Syariah di Kelantan. Di samping itu, beliau memainkan peranan penting dalam usaha menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1915, serta menyandang jawatan Naib Yang Dipertua MAJLIS (1915-1919). Nik Mahmood turut terlibat dalam beberapa penentangan terhadap penjajah di Kelantan seperti penentangan Tok Janggut (1915).

Nik Mahmood juga adalah seorang penulis yang aktif. Di samping menulis tentang agama islam, beliau juga menumpukan perhatiannya kepada ilmu kebatinan. Antara buku yang telah dihasilkan ialah Kitab Cahaya Pernama (1918), Kitab Geografi dan Tarikh Negeri Kelantan (1926), Ringkasan Cetera Kelantan (1934), Kitab Pati Rahsia (1948), Kitab Perbendaharaan Mastika (1946) dan Tajuk Kemuliaan (1946).

Nik Mahmood dianugerahkan pelbagai bintang dan darjah kebesaran, antaranya Dato’Bentara Setia, Seri Mahkota Kelantan (S.M.K), al-Muhammadi Darjah Pertama dengan gelaran Dato’ Seri Paduka Raja Mahkota Kelantan Yang Amat Berhormat, Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) atau Bintang Al-Ismaili daripada Sultan Kelantan, dan anugerah Honorary Commander of the British Empire (C.B.E.) daripada King George V England (1925). Nik Mahmood meninggal dunia pada 16 Ogos 1964.

Rujukan

Pautan luar


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
19211944
Penyandang Kemudian
Hassan bin Mohd Salleh Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud

Tags:

Nik Mahmud Bin Nik Ismail BiografiNik Mahmud Bin Nik Ismail SumbanganNik Mahmud Bin Nik Ismail RujukanNik Mahmud Bin Nik Ismail Pautan luarNik Mahmud Bin Nik IsmailKelantanMenteri Besar KelantanSultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

XXXTentacionMelurPerubahan iklimMinal 'Aidin wal-FaizinMalang Si PuteriSlot AkasiaPerang Dunia KeduaKata hubung (bahasa Melayu)Azzim ZahidSyahir BashahParlimen MalaysiaAbdul Rahman AhmadCuti umum di MalaysiaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaBunga kertasFrekuensi radio di JohorNajua NasirHari Raya AidilfitriKerenggaUmar bin Al-KhattabInflasiSekularismeTayamumDataran MerdekaAdellea SofeaQasrina KarimTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahPakatan HarapanAriz LufiasEmpayar UthmaniyahKerajaan SalakanagaraPulau PinangPendidikan di IndonesiaUnifi TVHantu dalam masyarakat MelayuShah AlamSalamiah Mohd NorAyamSheriffRiena DianaHari Kebangsaan MalaysiaKata kerja transitifJambatan Pulau PinangKesihatanAliff AzizSharifah AiniSenarai peribahasa (A–M)Tarian MelayuMadinah al-MunawwarahAlhamdulillahAmir AhnafMelur Untuk Firdaus (musim 2)Amelia HendersonKugiran MasdoGeografi MalaysiaCongkakTwitterMajapahitMasjid Sri SendayanNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuNadia BrianAbdullah bin Ahmad BadawiJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaAkut (perubatan)Jabatan Perangkaan MalaysiaJohor BahruFadlan HazimProton Saga (generasi kedua)HentaiOrang Cina MalaysiaAiman Hakim RidzaPerpaduanJean Retno AryaniShukri YahayaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaTerapi fizikal🡆 More