Nepotisme

Nepotisme atau pilih keluarga bermaksud melebihkan atau mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap pelantikan sesuatu jawatan.

Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin nepos, yang bermaksud anak saudara atau cucu.

Jenis

Politik

Nepotisme adalah tuduhan biasa dalam politik apabila saudara seorang tokoh berkuasa naik ke kuasa yang sama seolah-olah tanpa kelayakan yang sesuai. Ungkapan Inggeris sebagai contoh, Bob's your uncle, dianggap berasal apabila Robert Arthur Talbot Gascoyne-Cecil, Marquee Ketiga Salisbury, menaikkan anak saudaranya, Arthur Balfour, ke jawatan Ketua Setiausaha Negara Ireland, yang dilihat secara meluas sebagai perbuatan nepotisme.

Di Indonesia pula, tuduhan nepotisme bersama rasuah dan pakatan sulit (ketiga-tiganya dipendekkan kepada KKN) dalam pemerintahan Orde Baru menjadi sebagai salah satu pencetus gerakan reformasi yang menamatkan pemerintahan Suharto pada 1998.

Organisasi

Nepotisme dalam organisasi membawa kepada monopoli kuasa kerana apabila ahli yang terlibat dalam rangkaan keputusan institusi adalah terkait-kait, keputusan yang dibuat dalam institusi berisiko memihak kepada pihak tersebut.

Nepotisme juga boleh berlaku dalam organisasi, apabila seseorang itu memperoleh pekerjaan semata-mata kerana hubungan kekeluargaan mereka. Ia secara umumnya dilihat sebagai tidak beretika, baik di pihak majikan mahupun pekerja. Salah satu akibat nepotisme dalam organisasi ialah mewujudkan had dalam rangkaian perhubungan organisasi, mengurangkan peluang untuk berunding dengan kalangan sosial lain, yang boleh membawa kepada pengurangan kejayaan dan tempoh organisasi dalam jangka panjang.

Akademia

Nepotisme juga kerap berlaku dalam dunia akademik, di mana profesor kerap mempunyai rakan kongsi mereka, dan kadangkala anak-anak mereka, diupah oleh fakulti yang sama di mana mereka bekerja. Negara yang mempunyai tahap korupsi yang tinggi dan sistem pendidikan tinggi berpersaingan rendah antara universiti secara amnya mempunyai tahap korupsi yang lebih tinggi dalam akademia. Sebagai contoh, Itali telah terkenal dengan tahap nepotisme yang tinggi dalam sistem akademiknya jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.

Kesan sosial dan ekonomi

Nepotisme dan kronisme menafikan hak orang biasa yang berkelayakan untuk memperoleh pendapatan dan kuasa. Ia seterusnya boleh menyebabkan kesan jangka pendek serta jangka panjang terhadap masyarakat, bergantung kepada sejauh mana amalan tersebut dilaksanakan serta penerimaan masyarakat.

Antara tempat di mana nepotisme dipercayai memberikan kesan buruk termasuklah di sektor perkhidmatan awam serta berkaitan hubungan dalam dan luar kerajaan seperti duta-duta serta badan penguatkuasa.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Nepotisme JenisNepotisme Kesan sosial dan ekonomiNepotisme Lihat jugaNepotisme RujukanNepotismeMeritokrasi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Leftenan (tentera laut)MonyetIkan bayanAdi PutraPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaNeelofaThailandBunga rayaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaAkta Dadah Berbahaya 1952Bangunan Sultan Abdul SamadLaskar KananFasha SandhaErra FaziraKerajaan KutaiSeri KembanganAnna JoblingRiezman KhuzaimiKhawarijSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaZarina ZainoordinJam 12 jamLapisan ozonKerenggaSlot AkasiaRazarudin HusainNegara PalestinPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 VietnamEmpayar UthmaniyahGempa bumiHukum madKuchingCarles PuigdemontAstro MalaysiaPasukan Khas UdaraQarinHari Raya AidilfitriSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaHari BumiDarurat Tanah MelayuRogolGunung KinabaluPerlisKuala KangsarMustaqim BahadonNorman HakimKomunikasiUmar bin Al-KhattabNabi Musa a.s.Cinta Buat DaraVaksin tetanusSharnaaz AhmadAbang Long FadilPuasa (Islam)Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahAbby AbadiSabronzoAdnan bin SaidiShakira (drama)Rejimen Askar Melayu DiRajaInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanSungai PetaniKesan perubahan iklimShah AlamOrang JawaTentera Darat MalaysiaTentera Udara Diraja MalaysiaJ RevolusiMierul AimanMatlamat Pembangunan MampanBella AstillahCik ManggisSerembanPekanbaruUniversiti Utara MalaysiaKerajaan Bani AbbasiyahMenara Berkembar PetronasSarimah Ibrahim🡆 More