Negeri-Negeri Melayu

Negeri-negeri Melayu adalah sekumpulan sembilan buah negeri di Malaysia (semuanya terletak di Semenanjung Malaysia) yang mengamalkan dasar pewarisan atau lebih dikenali sebagai monarki iaitu Raja berkuasa mutlak.

Pemerintah-pemerintah ini kebanyakannya menggunakan gelaran "Sultan" kecuali Perlis (Raja) dan Negeri Sembilan (Yang di-Pertuan Besar dan Undang). Mereka semua adalah ketua dan ketua agama bagi negeri masing-masing dan mengamalkan dasar raja berperlembagaan. Kesemua mereka melantik Yang di-Pertuan Agong di kalangan mereka iaitu sembilan orang Raja Melayu secara sistem penggiliran.

Sistem beraja yang diamalkan di Malaysia dilihat sangat unik kerana Pemerintah dipilih secara bergilir daripada sembilan orang Raja daripada sembilan buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, dan Perak. Pemerintah daripada negeri-negeri tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak tidak berpeluang untuk dicalonkan atau berpeluang menjadi Yang Di-Pertuan Agong.

Asal negeri Melayu

Sebelum tercadangnya Onn Jaafar pada tahun 1946 ataupun lebih tepat lagi sebelum Perang Dunia II, negeri-negeri Melayu ini terbahagi kepada dua, iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berada dinasihat oleh Residen British. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan, manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor.

Walaupun Pulau Pinang dan Melaka tidak mempunyai sultan tersendiri, mereka tetap dianggap sebagai sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia

Selain daripada negeri-negeri Melayu di Malaysia, terdapat wilayah-wilayah di negara-negara lain yang dianggap sebagai Negeri Melayu. Antaranya ialah wilayah-wilayah di selatan Thailand seperti Wilayah Pattani, Wilayah Yala, dan Wilayah Narathiwat, Singapura (pada asalnya dimonopoli oleh orang Melayu sebelum kedatangan British), Brunei, wilayah di Indonesia (juga boleh dianggap sebahagian daripada negeri-negeri Melayu), dan selatan Filipina (Mindanao).

Tags:

MalaysiaRajaRaja berperlembagaanSemenanjung MalaysiaSultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin ShahUndangYang di-Pertuan AgongYang di-Pertuan Besar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tunku Abu BakarCristiano RonaldoTaman Botani Negara Shah AlamKuala Krau (kawasan persekutuan)Proton Holdings BerhadAb Rauf YusohSenarai stesen radio di MalaysiaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSherry AlhadadNadir Al-NuriSumpahan JeruneiAisyah Abu BakarShaza BaePerlembagaan MalaysiaMia SaraSyiahSultanah Nur Diana Petra AbdullahFrekuensi radio di SelangorKuala KangsarSelangorFrekuensi radio di KelantanRangka manusiaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Raja berperlembagaanKabhi Khushi Kabhie Gham...NeelofaKaum-kaum di MalaysiaKomunikasiTerengganuPencemaran udaraPuteri Gunung LedangProton WajaRaysha RizroseRevolusi KeagunganNabi Sulaiman a.s.Intan NajuwaGunung JeraiBahasa ArabTentera Darat IraqPasukan Khas LautPakatan HarapanPerodua VivaSayu Yang SyukurHarimau MudaAbang Long FadilSophia AlbarakbahJenis darahNombor telefon di MalaysiaAyat kursiPerodua KelisaFarid KamilSenarai gunung berapi di IndonesiaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaBukit TaburMajapahitBatu PahatGunung QafSenarai buahTanda dan gejalaIbu (filem)Raja Zarith SofiahNadhir NasarFunanMetamfetaminaUpin & IpinTentera Darat MalaysiaFrekuensi radio di TerengganuRinggitKucingNina JurenIsteri-isteri Nabi MuhammadTakdir Itu Milik AkuMasjid Sri SendayanAdrian TehAngkatan Tentera MalaysiaPiagam Madinah🡆 More