Mekanik Permainan

Mekanik permainan (bahasa Inggeris: game mechanics) terdiri daripada seberapa peraturan yang ditetapkan khasnya untuk mewujudkan suatu tatacara main yang lebih memuaskan dan kamil dalan permainan yang direka.

Setiap jenis permainan menggunakan mekanik permainan yang tertentu; walau bagaimanapun, teori dan gaya yang diwujudkan berbeza mengikut kepentingan utama sesuatu permainan itu. Dalam erti kata umum, proses dan pembelajaran rekacipta permainan merupakan usaha untuk memikirkan sebuah mekanik permainan yang dapat membenarkan para pemain dalam sesebuah judul permainan untuk melalui sebuah pengalaman yang hebat.

Interaksi di antara pelbagai jenis mekanik permainan di dalam sesebuah judul menentukan tahap kesukaran serta kadar interaksi di antara pemain di dalamnya, dan dengan kerjasama persekitaran permainan dan sumber-sumber menentukan keseimbangan permainan. Sesetengah mekanik permainan telah digunakan dalam permainan untuk beberapa abad, manakala ada juga yang masih dikategorikan sebagai baharu, setelah dicipta dalam lingkungan abad terkini. Penciptaan kaedah mekanik permainan yang baru, dan cara-cara di mana masing-masing dapat berinteraksi, merupakan objektif yang ingin dicapai oleh pereka permainan.

Tahap kesukaran dalam mekanik permainan tidak seharusnya disamakan dengan tahap kedalaman mahupun kebenarannya. Go merupakan salah satu daripada permainan yang paling ringkas, namun memerlukan daya pemikiran yang dalam. Kebanyakan daripada permainan video atau komputer mempamerkan mekanik yang dianggap agak kompleks (apabila disebut dalam istilah di mana manusia harus melakukan segala pengiraan yang terlbat) mahupun dalam rekacipta yang disebut sebagai ringkas dan mudah.

Secara umum, permainan video komersial telah berubah daripada rekacipta ringkas (misalnya seperti Asteroids menjadi judul-judul yang sangat kompleks (seperti Tom Clancy's Splinter Cell), selari dengan pembangunan kuasa pemprosesan. Sebaliknya, permainan biasa selalunya telah mempamerkan rekaan yang ringkas, kelihatan seperti permainan teka-teki, meskipun sesetengah tetap berubah ke tahap yang lebih kompleks. Dalam permainan fizikal, perbezaan selalunya dilihat dari aspek gaya dan pasaran yang diinginkan.

Faqeh1011

Horangi99

zarith24Sept

iniObitasli

Hareedgaming07

1 jam

  • Permainan jam
  • Senario Kingmaker
  • Peraturan pie

Pautan luar

Tags:

Bahasa InggerisGameplayPermainan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Abdul SamadDwidewanChinaHemoroidUniversiti Sains MalaysiaPahamin RajabPokok MambuTravelokaThailandNik Abdul Aziz Nik MatKata adjektifVAT 69/UTKKetumBruneiSenarai negara mengikut sistem kerajaanAhmad Farhan FauziTadau KaamatanShahrulezad MohameddinSepak takrawPetaling JayaNajua NasirJesus ChristKhulafa al-RasyidinSungai BulohKuantanMaharaja MeijiCCTV (filem)Bank Negara MalaysiaPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaNombor telefon di MalaysiaMarga SangirSex Drive (filem)Radio Televisyen MalaysiaHaidHukum madAzizulhasni AwangSekolah Berasrama PenuhNoryati TaibEtnik MelayuNabi Lut a.s.Slot AkasiaPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaDaun salamNabil AhmadTentang Hati DiaBurasSerangan Iran ke atas Israel 2024Jabatan Kastam Diraja MalaysiaSistem pernafasanHubungan seksSyamim FaridIsteri-isteri Nabi MuhammadImperialismePutrajayaMasya-AllahSimpulan bahasaMohd Noor Helmy Abdul HalemIsrak dan MikrajSyahir BashahPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Syafiq YusofDasar Ekonomi BaruElektroterapiPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Joe FlizzowPulau (filem)Syarikat swastaPrivate BodyguardFrekuensi radio di Negeri SembilanAzira ShafinazProton SatriaLabuanI.D.MurutAmerika SyarikatTanam paksaAngel (penyanyi)KerisTuanku Muhriz🡆 More