Meer Nash

Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul atau lebih dikenali sebagai Meer Nash (lahir 20 November 1995) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau mencapai kemasyhuran sebagai salah seorang ahli kumpulan VOTEz yang dianggotainya selama 2 tahun sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo. Selain itu, beliau pernah mengambil bahagian dalam I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga.

Meer Nash
Nama lahirMuhamad Shahmeer bin Mohd Nashrul
Juga dikenali sebagai
  • Sha Mi Er
  • Oppa Malay
Kelahiran (1995-11-20) 20 November 1995 (umur 28)
George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • VOTEz
  • Maisarah Ukulele

Kehidupan awal

Meer Nash dilahirkan pada 20 November 1995 di Georgetown, Pulau Pinang kepada ibunya yang berbangsa Cina dan bapanya yang berketurunan Melayu. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik yang kesemuanya lelaki, yang mana sejak kecil beliau telah diajar untuk berdikari. Ibu bapa beliau menghantarnya belajar ke sekolah Cina yang mana semasa menduduki Darjah 1, beliau mempelajari bahasa Mandarin. Beliau ialah graduan bidang Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor.

Kerjaya

Meer Nash memulakan kerjaya muziknya bersama kumpulan VOTEz bersama dua ahli lain, Amirul Shafiq Sukor (Meeyo) dan Muhammad Bazli Zakaria (Joe Bazli). Di awal penubuhan kumpulan ini, beliau menggantikan seorang ahli asalnya, Mohd Yusri Zainal yang menarik diri kerana komitmen kerjaya dan keluarga. VOTEz merakamkan single sulung mereka, "Mana Dulu". Beliau bagaimanapun, meninggalkan VOTEz pada 2017 selepas dua tahun bersama.

Pada 10 Julai 2017, beliau terpilih mewakili Malaysia sekaligus menjadi wakil tunggal negara untuk The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung selama sebulan di Changsha, China. Meer Nash menjulang nama Malaysia apabila beliau berjaya membawa pulang trofi kemenangan bagi peringkat Asia dan tempat kedua peringkat Global, Anugerah Populariti Terbaik dan Anugerah Kepetahan Terbaik. Persembahan beliau juga mendapat pujian daripada Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak menerusi ciapan Twitter.

Meer Nash kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama OnMuse - label yang diasaskan oleh mentor Shila Amzah, Ong Peng Chu yang turut menaungi Jeryl Lee, Pink Tan dan Lee Kexin. Beliau melancarkan single sulungnya, "Lai Ai" ("Mari Bercinta") yang merupakan lagu berbahasa Mandarin pertamanya. Dikeluarkan pada November 2018, lagu ini ialah hasil nukilan penyanyi China, Kai Kai dan proses rakaman dijalankan di Beijing pada Mei 2018. Sebelum pelancaran "Lai Ai" Meer Nash menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem drama politik Rise: Ini Kalilah yang bertajuk "Saya Anak Malaysia" bersama-sama artis lain termasuk David Arumugam, Nikki Palikat dan Jeryl Lee.

Pada Februari 2020, beliau menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga yang mana menerusi rancangan inilah beliau menerima jolokan 'Oppa Malay'. Meer Nash kemudian melancarkan lagu bahasa Melayu pertamanya, "Jauh" pada Jun 2020. Pada Jun 2021, beliau melancarkan single ketiganya, "Saranghae" yang berkonsepkan K-Pop di bawah Universal Music Malaysia. Beliau berkata mengenai lagunya ini: "Lagu Saranghae ini adalah karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah menulis beberapa lagu, tetapi belum cukup bagus untuk diketengahkan. Namun apabila saya menulis lagu ini (Saranghae), saya puas hati dan menyifatkan lagu tersebut boleh dikomersialkan,".

Single keempat beliau, "Kajima" hasil ciptaannya bersama MFMF dan Asyraf Nasir, dilancarkan pada September 2022. Idea menghasilkan single ini muncul ketika Meer Nash sedang tidur waktu petang.

Big Stage Musim 5

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Menifesto "Kajima" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Flex Your Beat “Flowers" / "Flower" Miley Cyrus / Jisoo SELAMAT
Minggu 3 Asmaraloka "Hari Ini" Hael Husaini SELAMAT
Minggu 4 Hari Jiwa Galau "Rapuh" Nastia TERSINGKIR

Bakat

Meer Nash terkenal dengan kefasihannya bertutur bahasa Mandarin dan Hokkien. Selain itu, beliau juga bereksperimen dengan lagu balada dalam temuramah dengan The Star Online: "Lagu seperti ini, saya tidak pernah mencuba sebelumnya. Dan juga dengan hakikat bahawa saya mencuba genre baru yang saya suka. Ini akan membantu memperluas kerjaya saya".

Diskografi

Single

Tajuk Tahun
"Lai Ai" 2018
"Jauh" 2020
"Saranghae" 2021
"Kajima" 2022
"Permata" 2023

Single promosi

Tajuk Tahun Catatan
"Saya Anak Malaysia" 2018 Lagu tema Rise: Ini Kalilah. Bersama David Arumugam, Nikki Palikat, Projector Band, Hao Ren, Priscilla Abby, Jeryl Lee dan Jenn Chia.

Filemografi

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2020 I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Dirinya sendiri/peserta TV3
2021 Dua Dunia Pengacara Okey mengacara bersama Nadzmi Adhwa
2023 Big Stage (musim 5) Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Meer Nash Kehidupan awalMeer Nash KerjayaMeer Nash BakatMeer Nash DiskografiMeer Nash FilemografiMeer Nash Anugerah dan pencalonanMeer Nash RujukanMeer Nash Pautan luarMeer NashI Can See Your Voice MalaysiaI Can See Your Voice Malaysia (musim 3)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kesultanan Johor-RiauIsrak dan MikrajLee Hsien LoongSophia LianaTentera Laut Diraja MalaysiaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Pulau Layang-LayangPutri JannahKota KinabaluHidroterapiGombakAwieSumber primerSyahadahSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaMatahariSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimMelitha SidabutarFC Bayern MunichKerajaan SalakanagaraTanda dan gejalaLembah KlangSenarai Surah Al-QuranMahatma GandhiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSiti Rosmizah SemailMinal 'Aidin wal-FaizinRazarudin HusainMohd Noor Helmy Abdul HalemDe FamKata kerja tak transitifNazim OthmanSingapura dalam MalaysiaIntan LadyanaCuti umum di MalaysiaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahZiana ZainMamat KhalidAhmad Farhan FauziBumiputera di SabahZarina ZainuddinKelawar Ladam HutanWilayah PersekutuanNicol Ann DavidPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)MajapahitAbdul Samad IsmailChacha MaembongRosyam NorSuruhanjaya ReidAssalamualaikumSepupuLimau nipisPenyelenggaraanArif AimanKumpulan Wang Simpanan PekerjaBruneiHantu dalam masyarakat MelayuKhir RahmanOzlynn WatyBanjir Malaysia 2021–2022Maria OzawaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSyariat IslamNegeri-Negeri MelayuWikipediaUniversiti MalayaKetumMalang Si PuteriPembahagian kuasaDarjah Khas Agama JohorMira FilzahSlot MegaDramaYouTubeSaleemShakilla KhoririOlahragaOrang Asli di MalaysiaShaheizy Sam🡆 More