Masya-Allah

Masya-Allah (Arab: مَا شَاءَ ٱللَّٰهُcode: ar is deprecated , juga dieja dengan tidak baku mashallah, masyallah, dan lain-lain) merupakan frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman atau kehairanan terhadap kehebatan atau keindahan seseorang atau kejadian dengan positif.

Dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendak-Nya.

Masya-Allah
Masya-Allah dalam seni khat Arab

Ungkapan ini digunakan di negara-negara yang berbahasa Arab dan beragama Muslim, serta digunakan di beberapa negara Arab oleh orang bukan Islam, lebih-lebih lagi orang Kristian Arab dan lain-lain yang memanggil Tuhan dengan nama Allah daripada bahasa Arab.

Etimologi

Tiga huruf akar dalam sya ialah sin-ya-hamzah 'menghendaki, memperkenan'. Terjemahannya harfiahnya ialah "Allah telah berkehendak akan hal itu", menekankan kepercayaan pada takdir dalam doktrin Islam.

Makna harfiah Masya-Allah ialah "Allah telah menghendakinya", yakni "apa yang Allah kehendaki telah terjadi" atau "inilah kehendak Allah"; ia digunakan untuk mengatakan sesuatu yang baik telah berlaku, digunakan dalam kala lampau. Insya-Allah pula, harfiahnya 'jika Tuhan menghendaki', agak serupa tetapi digunakan untuk mengharapkan peristiwa yang akan datang.

Galakan dalam Islam

Dalam al-Quran, al-Kahfi 18:32 – 45, terdapat sebuah cerita ibarat yang menggalakkan Muslim menyebut masya-Allah tentang dua orang lelaki: seorang kaya, tidak beriman dan mempunyai kebun yang lebat, dan seorang lagi miskin dan beriman. Lelaki kaya itu bersikap angkuh dengan semua yang dia miliki, kononnya Allah berkenan dengan dia kerana dia kaya. Lalu, dia mendustai hari kiamat:

"Saya tidak rasa kebun ini akan pernah punah selama-lamanya. Malah, saya rasa kiamat tidak akan datang. Sekiranya saya dikembalikan kepada Tuhan saya pun, tentulah saya akan mendapat sesuatu yang lebih baik daripada ini."

— al-Quran, Surah al-Kahfi, ayat 35 – 36

Lelaki miskin pula memberi amaran kepadanya bahawa dengan menidakkan hari kiamat, dia telah mengkafiri Allah. Kekayaan dunia bukan tanda Allah lebih menyayangi sesiapa dan kemiskinan bukan tanda Allah membenci sesiapa. Anugerah Tuhan adalah bukti kebesaran-Nya, dengan menumbuhkan kebunnya dan meramaikan isi keluarga dia. Kemudian, lelaki miskin menetapkan pendiriannya:

"Tetapi saya sendiri percaya bahawa Dialah Allah, Tuhan saya, dan saya tidak menyekutukan seorang pun dengan Tuhan saya. Kenapalah awak tidak berkata—semasa awak masuk kebun awak—'Ini kehendak Allah, apakan daya tanpa Allah.'?"

— al-Quran, Surah al-Kahfi, ayat 38 – 39

Dalam ayat-ayat seterusnya, lelaki kaya itu hanya menyesal selepas kebunnya dibinasakan bencana dari langit. Menurut Maulana Ashraf Ali Thanavi, kisah ini bertujuan untuk memupuk orang Islam mengingat Tuhan dalam segala yang diberinya dengan menyebut masya-Allah, antara pengajaran-pengajaran lain.

Syeikh Mufti Muhammaf Syafi dalam buku beliau bertajuk Maarif al-Quran meriwayatkan satu hadis menggalakkan menyebut masya-Allah. Beliau melaporkan, "عن أنس بن مالك ، رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : « من رأى شيئا فأعجبه ، فقال : ما شاء الله ، لا قوة إلا بالله ، لم يضره العين » . يعني : لا يصيبه العين", yang bermaksud:

"Anas bin Malik r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Barang siapa nampak sesuatu yang mengagumkan dia dan menyebut, 'Inilah kehendak Allah, tiada kuasa atau daya tanpa Allah.' tiada ain (pandangan iri hati yang mendatangkan sial kepada orang yang dipandang) akan mengapa-apakannya."

Akan tetapi, Majmuk 5/109 melabelkan hadis ini sebagai amat lemah dan riwayat ini tidak sesuai digunakan untuk mengamalkan masya-Allah bagi menolak ain. Sebaliknya, dalam hadis yang sahih riwayat Ibnu Majah, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ ‏"", maksudnya, "Jika kamu nampak seorang saudara yang kamu sukai, doakanlah dia diberkati."

Kegunaan lain

"Masya-Allah" boleh digunakan untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang. Ia mengingatkan bahawa walaupun orang itu diberi tahniah, Allah jua yang mengizinkannya dapat berlaku. Dalam sesetengah budaya, orang mungkin akan mengucap masya-Allah untuk melindungi mereka daripada cemburu, mata syaitan, ain, atau jin. Ungkapan ini juga telah diserap ke dalam bahasa basahan kebanyakan bahasa bukan Arab yang majoritinya penutur yang beragama Islam, seperti Indonesia, Malaysia, Parsi, Turki, Kurdi, Bosniak, Azerbaijan, Somalia, Chechen, Avar, Circassian, Bangladesh, Tatar, Albania, Uzbekistan, Kazakh, Turkmen, Tajik, Afghan, Pakistan dan lain-lain.

Ia juga digunakan oleh sesetengah orang Kristian dan lain-lain di kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Empayar Usmaniyah: Orang Serb, Kristian Albania, Bulgaria dan Makedonia menyebut "машала" ("mašala"), selalunya mengertikan "kerja yang baik; syabas"; juga sesetengah orang Georgia, Armenia, Croat Bosnia, Yunani Pontik (orang berketurunan dari kawasan Pontus), Yunani Cyprus dan Yahudi Sefardi.

Tags:

Bahasa ArabMuslim

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Wadi AnnuarPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalNasrizal NgasriPerjanjian HudaibiyahSejarah al-QuranSejarah MelakaTakdir Itu Milik AkuTempoh haram puasaUndang-Undang Laut MelakaWayang KulitMasjidBoBoiBoySenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSiti NurhalizaP. RamleeTunku Ismail ibni Sultan IbrahimSosialFrekuensi radio di Negeri SembilanSimpulan bahasaWanita SyurgaSyatilla MelvinPasukan Gerakan AmOrang India MalaysiaSukanBatu PahatHukum madPasukan bola sepak kebangsaan Korea SelatanSunan GresikSenarai negara mengikut sistem kerajaanCuti umum di MalaysiaKerajaan Bani AbbasiyahSijil Tinggi Agama MalaysiaKumpulan Rock MalaysiaMasjid Sri SendayanPerlisAtomSel (biologi)Persekutuan Pengakap MalaysiaAdat resamPiala Dunia FIFA 2010Kecerdasan buatanKetua Polis Negara MalaysiaRisteena MunimSerembanAstro (syarikat)MeerqeenKugiran MasdoSifat-sifat AllahBahasa MelayuKuchingInsya-AllahLee Chong WeiBruneiIsrak dan MikrajOmanGeografi IndonesiaNegara PalestinSenarai stesen radio di MalaysiaMacCik ManggisUniversiti Kuala LumpurSlot Sakura12 Dewa OlympusSultan Muhammad VJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaLGBT dalam IslamHulu LangatAn-Nuayman bin AmrTok JanggutSenarai stesen televisyen di MalaysiaFasha SandhaSultan PahangJaafar OnnMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahIman TroyeMasjid Wilayah PersekutuanPelajar🡆 More