Mario Draghi: Perdana Menteri Itali ke-59

Mario Roberto Draghi (lahir 3 September 1947) ialah seorang ahli ekonomi dan pengurus bank pusat Itali yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Itali ke-59 dari Februari 2021 sehingga Oktober 2022.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden Bank Pusat Eropah dari tahun 2011 hingga 2019 dan juga pengerusi pertama Lembaga Kestabilan Kewangan dari tahun 2009 hingga 2011. Beliau juga bekas Gabenor Bank Itali dari tahun 2005 hingga 2011.

Mario Draghi

OMRI GColIH BVO
Mario Draghi: Pendidikan, Kerjaya awal, Sebagai Perdana Menteri Itali
Draghi pada 2021
Perdana Menteri Itali ke-59
Dalam jawatan
13 Februari 2021 – 22 Oktober 2022
PresidenSergio Mattarella
Didahului olehGiuseppe Conte
Digantikan olehGiorgia Meloni
Presiden Bank Pusat Eropah
Dalam jawatan
1 November 2011 – 31 Oktober 2019
Naib PresidenVítor Constâncio
Luis de Guindos
Didahului olehJean-Claude Trichet
Digantikan olehChristine Lagarde
Butiran peribadi
LahirMario Roberto Draghi
(1947-09-03) 3 September 1947 (umur 76)
Rom, Itali
Parti politikBebas
PasanganSerena Cappello (k. 1973)
Anak-anak2
PendidikanUniversiti Sapienza Rom
Institut Teknologi Massachusetts
TandatanganMario Draghi: Pendidikan, Kerjaya awal, Sebagai Perdana Menteri Itali

Selepas kerjaya panjang sebagai ahli ekonomi akademik di Itali, Draghi juga bekerja di Bank Dunia di Washington, DC sepanjang tahun 1980-an. Pada tahun 1991, beliau kembali ke Rom untuk menjadi Ketua Pengarah Perbendaharaan Itali. Selepas 10 tahun, beliau melepaskan jawatan itu untuk bergabung dengan Goldman Sachs sehingga pelantikannya sebagai Gabenor Bank Itali pada tahun 2006. Tempoh jawatannya sebagai Gabenor bertepatan dengan Kemelesatan Besar 2008 dan beliau terpilih untuk menjadi pengerusi pertama Lembaga Kestabilan Kewangan pada ketika itu. Lembaga itu menjadi penentu standard global yang menggantikan Forum Kestabilan Kewangan serta bertanggungjawab terhadap G20.

Beliau melepaskan kedua-dua jawatan itu setelah pencalonannya oleh Majlis Mesyuarat Eropah pada tahun 2011 untuk berkhidmat sebagai Presiden Bank Pusat Eropah. Beliau memimpin institusi tersebut sepanjang krisis zon euro dan beliau menjadi terkenal di seluruh Eropah kerana mengatakan bahawa beliau bersedia akan melakukan "apa sahaja yang diperlukan" untuk mengelakkan Euro gagal. Pada tahun 2014, majalah Forbes menyenaraikan Draghi sebagai individu kelapan yang berkuasa di dunia. Pada tahun 2015, majalah Fortune menobaykan beliau sebagai "pemimpin dunia kedua terhebat". Pada Mei 2019, Paul Krugman menyifatkannya Draghi seorang "pengurus bank pusat terhebat pada zaman moden."

Pada 3 Februari 2021, ketika pandemik COVID-19, Draghi telah dijemput oleh Presiden Itali, Sergio Mattarella untuk membentuk sebuah pemerintah baharu berikutan peletakan jawatan Giuseppe Conte akibat krisis pemerintah. Setelah berjaya mengadakan rundingan dengan parti politik termasuk parti Liga, Pergerakan Lima Bintang dan Parti Demokrat, Draghi telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 12 Februari dan mengangkat sumpah pada hari berikutnya.

Pendidikan

Kerjaya awal

Sebagai Perdana Menteri Itali

Pembentukan pemerintah

Mario Draghi: Pendidikan, Kerjaya awal, Sebagai Perdana Menteri Itali 
Draghi bersama Presiden Sergio Mattarella di Istana Quirinal

Antara bulan Disember 2020 dan Januari 2021, ketegangan muncul dalam gabungan pemerintah Itali, dengan Perdana Menteri Giuseppe Conte dan bekas Perdana Menteri Matteo Renzi mengambil kedudukan yang bertentangan dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Itali serta kesan ekonomi yang teruk. Pada 13 Januari, Renzi mengumumkan pengunduran diri dua Menteri Kabinet dari partinya, Italia Viva, mencetuskan kejatuhan pentadbiran Conte. Pada 26 Januari, setelah beberapa hari rundingan tidak meyakinkan dengan parti-parti politik, Conte menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Presiden Itali, Sergio Mattarella.

Pada 2 Februari 2021, setelah rundingan antara parti politik gagal untuk mencalonkan pengganti, Presiden Mattarella mengumumkan bahawa beliau akan memanggil Draghi ke Istana Quirinal, dengan tujuan memberinya tugas untuk membentuk suatu pemerintah teknokratik. Keesokan harinya, Draghi menerima tanggungjawab untuk membentuk kabinet baru dan memulakan perundingan dengan pemimpin parti. Draghi menerima banyak sokongan parti politik. Selepas beberapa hari, pemimpin parti Lega Nord, Matteo Salvini dan pemimpin parti Forza Italia, Silvio Berlusconi mengumumkan sokongan mereka kepada Draghi. Pada 11 Februari, anggota Five Star Movement (M5S) meluluskan, dengan 59.3% undi, sokongan parti untuk kabinet Draghi.

Pada 13 Februari, kerajaan secara rasmi mengangkat sumpah.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Antonio Fazio
Gabenor Banca d'Italia
2005–2011
Diikuti oleh:
Ignazio Visco
Pejabat baharu Pengerusi Dewan Kestabilan Kewangan
2009–2011
Diikuti oleh:
Mark Carney
Didahului oleh
Jean-Claude Trichet
Presiden Bank Pusat Eropah
2011–2019
Diikuti oleh:
Christine Lagarde

Tags:

Mario Draghi PendidikanMario Draghi Kerjaya awalMario Draghi Sebagai Perdana Menteri ItaliMario Draghi RujukanMario Draghi Bacaan lanjutMario Draghi Pautan luarMario DraghiBank ItaliBank Pusat EropahBank pusatEkonomiPerdana Menteri Itali

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Nyai Roro KidulTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahSalahuddin al-AyyubiAmar BaharinIman TroyeKhunsa (siri TV)Didie AliasAmir JahariButterworth, Pulau PinangSeri IskandarAlif SatarRukun ImanElyanaWanna AliAlhamdulillahPulau PinangHero RemajaNajib RazakCinema (Slot TV3)Khaliq Mehtab Mohd IshaqJajahan Pasir PutehSenarai raja-raja MelayuSayu Yang SyukurKhalsom binti AbdullahNabi Muhammad SAWYusni JaafarSolat Sunat NikahBahasa ArabPerjanjian PangkorProton WajaNasi kandarDoa IftitahPierre AndrePolis EVO 3Ellyas AbdullahAhmad Zahid HamidiCik Siti Wan KembangShah RezzaLan Pet PetPetaling JayaDaerah BalingBuah kerasIstana Negara, Jalan DutaParit BuntarSultan Iskandar ibni Sultan IsmailAbang Long FadilInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPadang Besar (Perlis)RakaatJohari AbdulMasjid KristalNashrudin EliasRamadhan TerakhirLeo Michael ToyadBandar MaharaniAri WibowoFuckAmerika SyarikatKeperibadianKesumAniq SuhairErry PutraBagan SeraiBukan Lelaki TerhebatDaerah LangkawiAssalamualaikumProton ExoraNur Izzuddin Mohd RumsaniJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahHulu LangatKaloiAnugerah Skrin 2014Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamPASKAL (filem)Jambatan Sultan Haji Omar Ali SaifuddienSherry AlhadadHari Raya AidiladhaSegi Tiga Bermuda🡆 More