Malaikat Utama

Malaikat Utama (bahasa Inggeris: archangelcode: en is deprecated ) merupakan gelaran malaikat-malaikat berpangkat tinggi yang boleh diketemui dalam tradisi kefahaman beberapa agama utama dunia khususnya agama kefahaman Ibrahim iaitu Kristian, Islam, Agama Yahudi, dan Majusi (Zoroastrianisme).

Michael (dalam Islam disebut Mikail) adalah satu-satunya nama malaikat utama yang disebut dalam kitab Bible sepertimana yang disahkan oleh kedua-dua Yahudi dan Kristian. Gabriel, telah disebut dalam Injil Lukas @ Luke, ia juga dianggap sebagai satu dari para malaikat utama, seperti Raphael (menurut Kitab Tobit) dan Uriel (menurut Kitab Henokh). Kitab Tobit telah dimasukkan ke dalam Kanun Injil Katolik (Catholic Canon of the Bible); walau bagaimanapun, kitab ini telah dianggap meragukan kebenaran dan keasliannya oleh kebanyakan penganut agama Kristian Protestan. Malaikat-malaikat seperti Michael (Mikail), Gabriel (Jibrail) dan Raphael (Israfil) dianggap sangat muktabar (amat dipercayai akan kewujudannya) oleh Gereja Katolik Rom dan merayakan ketiga-tiga malaikat utama itu pada 29 September setiap tahun. Nama-nama malaikat utama dalam Islam adalah, Jibrail (Gabriel), Mikail (Michael), Israfil (Raphael) dan Izrail (Azrael).

Nama malaikat utama biasa digunakan sebagai nama pertama seseorang lelaki dalam pelbagai versi budaya misalnya, George Gabriel dan Muhammad Jibril.

Dalam Islam

Dalam pandangan Islam, malaikat-malaikat yang mendapat gelaran malaikat utama termasuklah:

  • Jibrail (atau Jibraaiyl atau Jibril atau Gabriel). Malaikat Jibril adalah malaikat utama yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk menurunkan wahyu Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Malaikat Jibril juga dikenali sebagai penghulu sekalian para Malaikat. Ia telah banyak berinteraksi dan berkomunikasi bersama Rasul, Nabi dan orang Kudus misalnya Maryam (ibu Nabi Isa a.s.)
  • Mikail (atau Michael). Malaikat Mikail sering digambarkan sebagai malaikat yang ditugas dan dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk membawa rahmat misalnya rahmat hujan dan petir ke Bumi.
  • Israfil (atau Israafiyl atau Raphael). Berdasarkan maklumat hadis, Israfil adalah malaikat yang diperintahkan oleh Allah untuk meniupkan sangkakala pertama dan kedua yang menandakan kedatangan Hari Kiamat. Cara Malaikat Israfil meniupkan sangkakala adalah dengan menghembuskan sebuah tanduk dan mengirim satu Ledakan Kebenaran.
  • Malaikat Maut atau Izrail (atau Izrael, Azrael, Azrail, Azraille atau Ozryel). Secara harfiah terjemahan namanya membawa erti Pembantu Tuhan. Telah dipertanggungjawabkan Allah untuknya untuk mencabut roh daripada jasad bagi semua benda-benda yang hidup. Walaupun ia sering dirujuk sebagai Azrael dalam bahasa Arab, malaikat ini sering dirujuk sebagai Malak al-Maut (Malaikat Maut) di dalam Al-Quran (Surah al-Sajdah 32:11). Tiada juga sebarang keterangan yang diketemukan dalam Sahih Imam Bukhari tentang nama Azrael apabila dirujuk kepada perkataan Malak al-Maut.[perlu rujukan]

Lihat juga

  • Malaikat
  • Malaikat dalam kesenian
  • Malaikat dalam Islam
  • Hierarki Malaikat Kristian
  • Archeia
  • Olympian spirits
  • Tujuh Malaikat Utama
  • Yazata (Malaikat dalam Zoroastrianisme)
  • Sopo Archangels (koleksi lukisan Baroque Colombia)

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Templat:Hierarki Malaikat Kristian

Tags:

Malaikat Utama Dalam IslamMalaikat Utama Lihat jugaMalaikat Utama RujukanMalaikat Utama BibliografiMalaikat Utama Pautan luarMalaikat UtamaAgama YahudiAgama kefahaman IbrahimBahasa bahasa InggerisGereja Katolik RomInjil LukasIslamIsrafilIzrailJibrailKitab BibleKitab HenokhKitab TobitKristianMajusiMalaikatMikailProtestanYahudi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultanah Nur Diana Petra AbdullahKerajaan Bani UmaiyahNusantaraUniversiti Sains MalaysiaTok JanggutNabi Nuh a.s.Baba dan NyonyaParlimen MalaysiaMenteri Pendidikan MalaysiaHarissa AdlynnPahangPerikatan NasionalTengku Permaisuri NorashikinNabi Lut a.s.Abang Long FadilMajlis Raja-RajaLemangSepak takrawEyka FarhanaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuParti Islam Se-MalaysiaFasha SandhaJerry MaguireTentera Darat MalaysiaElizabeth TanPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuFrekuensi radio di Negeri SembilanNik Abdul Aziz Nik MatSultan Muhammad VKata kerja transitifUniversiti MalayaPuasa (Islam)Syamsul YusofBanjir Malaysia 2021–2022Adi PutraSenarai negara mengikut keluasanPulau PinangOrang Melayu IndonesiaNazim OthmanPandelela RinongAbu Bakar as-SiddiqRukun IslamInna lillahi wa inna ilaihi raji'unElly MazleinZarina ZainoordinA. Samad SaidSenarai pelakon lelaki MalaysiaLesbianAdellea SofeaSejarah MelakaNabi Sulaiman a.s.Revolusi KeagunganKetupat palasKhunsa (siri TV)Nombor dalam budaya CinaLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurKuchingOrang LampungMega Movie (Slot TV3)My Lovely DriverBola sepakSabri YunusKu FaridahSolat subuhGombakKaedah arkeologiSyamim FaridOrang Cina MalaysiaAlhamdulillahAstro MalaysiaSetelah Cinta Itu PergiNajib RazakPahamin RajabCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahIntan LadyanaPetronasBella AstillahPerpaduanHadha min fadhle Rabbi🡆 More