Dato' Lokman Noor bin Adam (lahir; 1 Januari 1973) merupakan ahli UMNO.
Pada 15 Julai 2021, beliau dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, setelah didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi utama Amhari Efendi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Lokman Noor Adam DIMP (Pahang) | |
---|---|
Butiran peribadi | |
Lahir | Batu Pahat. Johor, Malaysia | 1 Januari 1973
Parti politik | (1999-2004) (1991-1998) (2006-2020)(2021-Kini) |
Pendidikan | Universiti Tun Abdul Razak Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Laman web rasmi | http://www.lokmanadam.com |
Pada 2 Januari 2020, 7 pemimpin Pemuda UMNO bahagian telah membuat aduan dan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO serta mendesak Ahli Majlis Tertinggi parti agar menyiasat Lokman Noor Adam kerana telah melanggar disiplin parti.
Mereka mendakwa Lokman pada ketika itu sebagai ahli telah melanggar disiplin parti kerana mempertikai keputusan yang dibuat pimpinan berhubung siasatan lembaga disiplin terhadap bekas Naib Presiden Hishammuddin Hussein.
Selain kes berkaitan Hishammuddin dan kritikan terhadap Zahid, Lokman juga telah mengkritik timbalan presiden iaitu Mohamad bin Hasan dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki secara terbuka.
Tujuh pemimpin Pemuda UMNO yang membuat aduan adalah:
Selain tujuh ketua pemuda ini, seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Subang, Izzat Zabir Sarif turut membuat aduan yang sama.
Pada 7 Februari 2020, Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pemecatan dari Majlis Tertinggi UMNO dan menggugurkan keahliannya. Pada 30 September 2021, permohonan Lokman untuk menyertai kembali UMNO diterima oleh parti.
Pada 15 Julai 2021, Lokman dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Pada 29 September 2022, pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap Lokman.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Lokman Noor Adam, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.