Kutub Utara

0°W / 90°N -0°E / 90; -0

Kutub Utara juga dikenali sebagai Kutub Utara Geografi merupakan titik paling utara di Bumi. Ia terletak di bahagian Bumi yang bertentangan dengan Kutub Selatan. Kutub Utara terletak di tengah-tengah Lautan Artik. Disebabkan kutub ini terletak di tengah-tengah lautan, sangat mustahil bagi manusia untuk meletakkan tanda lokasi Kutub Utara, berbeza dengan Kutub Selatan yang mempunyai titik Ceromonial dan titik Geografi yang ditanda. Ais yang terapung di atas lautan yang sentiasa bergerak juga menyukarkan usaha untuk menanda titik Kutub Utara.

Kutub Utara
Lokasi Kutub Utara
Kutub Utara
Pemandangan di Kutub Utara

Geografi

Kutub Selatan terletak di dalam wilayah Antartika yang merupakan kawasan darat tetapi tidak bagi Kutub Utara yang terletak di tengah-tengah Lautan Artik. Disebabkan itu, sangat mustahil untuk membina stesen di sini kerana tiada kawasan darat yang tetap. Kedalaman laut di Kutub Utara ialah 4261 meter, yang telah diukur oleh kapal selam mini Russia pada tahun 2007 dan kedalaman sebanyak 4087 meter, diukur oleh kapal USS Nautilus pada tahun 1958.

Kawasan darat yang paling dekat dengan Kutub Utara ialah Pulau Kaffeklubben yang terletak di bahagian utara Greenland sejauh 700km manakala pulau yang tidak didiami manusia yang terletak paling hampir dengan Kutub Utara ialah Alert di dalam kawasan Qikiqtaaluk, Nunavut, Kanada, sejauh 817 km (508 mi) dari kutub.

Iklim

Kutub Utara 
Ais di kawasan Artik yang sedang mengecil pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2005 dan juga pada tahun 1979-2000

Suhu di kawasan Kutub Utara lebih tinggi berbanding dengan suhu di Kutub Selatan kerana lokasi Kutub Utara yang terletak di tengah-tengah lautan (lautan bertindak sebagai penurun suhu di kawasan dasar laut). Suhu pada musim sejuk pada bulan Januari biasanya berada di antara −43 °C (−45 °F) hingga −26 °C (−15 °F) manakala suhu pada musim bunga pada bulan Jun - Ogos biasanya pada suhu takat beku (0 °C (32 °F)). Suhu tertinggi dicatatkan ialah 5 °C (41 °F), tetapi masih lagi lebih tinggi berbanding dengan suhu tertinggi yang dicatatkan di Kutub Selatan iaitu −12.3 °C (9.9 °F)..

Pengecilan ais di Kutub Utara akan mempercepatkan proses pemanasan global kerana litupan ais yang sedikit yang mampu memantulkan kembali sinaran radiasi solar dan situasi ini juga sedikit sebanyak menjejaskan iklim di kawasan Artik pada masa akan datang.

Zon Waktu

Waktu tempatan bagi sebahagian besar tempat di Bumi ini ditentukan daripada garisan longitud tetapi ianya tidak dapat ditentukan di Kutub Selatan kerana tiada garisan longitud wujud di sini dan juga Matahari hanya terbit sekali dalam masa setahun. Para pengunjung biasanya menggunakan zon waktu yang sesuai seperti zon waktu Greenwich atau zon waktu tempatan di mana mereka memulakan ekspedisi.

Flora dan Fauna

Beberapa jenis hidupan hidup di kawasan Artik. Beruang kutub dipercayai jarang menghampiri 82° Utara untuk mencari makanan, walaupun ekspedisi pada tahun 2006 menunjukkan bahawa Beruang Kutub pernah berada begitu hampir dengan Kutub Utara, hanya 1 bt (1.6 km) dari kutub.

Burung-burung dan ikan juga ada ditemui di kawasan Kutub Utara biarpun ianya tidaklah begitu hampir dengan titik geografi Kutub Utara.

Lihat juga


Rujukan


Pautan luar

Tags:

Kutub Utara GeografiKutub Utara IklimKutub Utara Zon WaktuKutub Utara Flora dan FaunaKutub Utara Lihat jugaKutub Utara RujukanKutub Utara Pautan luarKutub UtaraSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Syafiq YusofBunga rayaHantu Kak LimahNorian MaiDaiyan TrishaHujan asidKerajaan Bani UmaiyahBabiMilo (minuman)Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuMira FilzahMuhammad Haji Muhd TaibPasukan Gerakan AmMimi LanaLemangMona FandeyMegat SharizalKapitalismeAlif SatarMikroorganismaSharifah HusnaYang di-Pertua NegeriNa’im BrundageSeks oralSejarah MelakaAstro ShawNaim DanielRaja Zarith SofiahPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahAkta Dadah Berbahaya 1952Dewan Bahasa dan PustakaSyarikat swastaPerang UhudSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaShaheizy SamUthman bin AffanTentera Darat MalaysiaVirusBade Hj. AzmiKerajaan MataramKimpalanKL Gangster 2Risteena MunimSenarai SBP di MalaysiaCabang dan mazhab IslamPerang AhzabAzhan RaniWudukPrivate BodyguardKaum-kaum di MalaysiaPemboleh ubahKementerian Kesihatan MalaysiaTerengganuNegeri-negeri Melayu BersekutuSandrinna MichellePerkara yang dilarang dalam IhramSelangorHari WesakAmerika SyarikatKata ganti nama (bahasa Melayu)Sunan Gunung JatiRicheese FactoryAhmad Zahid HamidiLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPerodua AxiaIsmail Mohamed SaidFrekuensi radio di KedahAziz SattarPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaJabatan Kemajuan MasyarakatTaufik HidayatTalasemiaAdnan bin SaidiMohammed Hanif OmarJata MalaysiaNegarakuSalahuddin al-Ayyubi🡆 More