Kondom: Alat perancang kehamilan

Kondom atau sarung getah merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS.

Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. Kondom yang pertama diperbuat daripada urat perut haiwan. Pada masa sekarang, kondom hampir keseluruhannya diperbuat daripada lateks.

Kondom
Kondom: Gambar keseluruhan, Penggunaan yang betul, Kondom wanita
Kondom yang digulung
Latar belakang
Sebutan/ˈkɒndəm/ or UK: /ˈkɒndɒm/
JenisPencegahan
Penggunaan pertamaKuno
Getah: 1855
Lateks: 1920s
Poliuretana: 1994
Poliisoprena: 2008
Kehamilan (tahun pertama, lateks)
Penggunaan sempurna2%
Penggunaan tipikal18%
Penggunaan
KeterbalikanYes
Peringatan penggunaKondom lateks rosak oleh pelincir berasaskan minyak
Kelebihan dan kekurangan
Perlindungan STIYes
KebaikanTidak memerlukan lawatan rawatan kesihatan dan kos rendah

Gambar keseluruhan

Cubaan pertama menghasilkan kondom membabitkan fibrik tenun yang sudah pastinya tidak berkesan. Kondom berkesan yang pertama diperbuat daripada perut biri-biri atau membran haiwan lain. Ia masih terdapat pada masa kini kerana keupayaan mereka mengalirkan kehangadan badan dan deria sentuhan, tetapi ia tidak berkesan untuk menghalang kehamilan dan penyakit sebaik kondom sintetik. Apabila kondom lateks mula dihasilkan, ia merupakan kejayaan dari segi keberkesanan dan mampu dimiliki. Bagaimanapun, sebelum pertengahan abad ke-20, banyak tempat mengharamkan penjualan kondom, dan selanjutnya membenarkan penjualan "hanya untuk pencegahan penyakit". Sering kali ia terdapat disesuatu tempat diberitahu kepada pengguna secara tidak langsung, seperti iklan untuk "getah span". Salah satu jenama kondom awal dipanggil "Tingkap Ria - Merry Widows".

Kondom: Gambar keseluruhan, Penggunaan yang betul, Kondom wanita 
Kondom yang diperbuat daripada kulit haiwan sekitar 1900.

Komdom lateks dibungkus dalam bentuk bergulung, dan direka untuk dipasangkan pada hujung zakar dan digulung menyelitupi zakar yang tegang. Kondom mempunyai "belah betul" dan "belah salah" apabila digulung, dan perkara pertama pengguna perlu menentukan adalah sebelah yang betul sebelum cuba memakainya. Sebarang sentuhan dengan zakar pada belah kondom yang salah akan mencemar kondom dengan cecair benih, dan dalam kes ini, kondom tersebut perlu dibuang dan kondom yang lain digunakan.

Kondom lateks awal semuanya sama, kecuali sesetengah kondom lateks akhirnya mempunyai hujung simpanan bagi menyimpan cecair yang dipancutkan. Salah satu ciptaan awal, "tutup pendek" hanya menutup kepala zakar. Ia gagal teruk bagi mengurangkan penyebaran penyakit dan kehamilan.

Walau bagaimanapun pada abad terkini, pengilang telah menghasilkan pelbagai saiz, warna, dan bentuk kondom, termasuk yang mempunyai perasa dan yang mempunyai ciri-ciri perangsang. Ciri-ciri perangsang tersebut termasuk hujung yang lebih besar atau poket untuk memudahkan menerima kepala zakar dan permukaan bertekstur seperti alur atau bonggolan kecil. Kebanyakan kondom mempunyai tambahan pelincir spermisid, tetapi ia bukanlah pengganti yang berkesan bagi penggunaan spermisid tambahan. Satu kaedah untuk menguji adakah wujudnya lubang mikroskopik pada kondom meliputi perletakan kondom di antara dua pengalir. Jika kondom itu tidak mencegah arus elektrik daripada pengaliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain, kondom itu dianggap mengandungi lubang. Kebenaran kebanyakan cerita-cerita mengenai lubang dalam kondom diragui jika cara memegangnya dipatuhi.

Kondom yang diperbuat daripada bahan semulajadi (seperti yang dilabel "kulit kambing", diperbuat dari usus kecil biri-biri tidak sebegitu berkesan bagi menghalang penyebaran penyakit. Beberapa syarikat hari ini turut menghasilkan kondom yang diperbuat daripada polietilena dan poliuretana, yang dijangka serasi dengan pelincir berasas minyak. Kondom-kondom ini juga boleh diguna oleh mereka yang menghidapi alergi lateks.

Sebagai satu kaedah pencegah kehamilan, kondom mempunyai kelebihan sebagai mempunyai hampir tiada kesan sampingan, dan menawarkan perlindungan terhadap penyakit bawaan seksual. Terdapat paradoks bagi penggunaan kondom sebagai pencegah kehamilan: keberkesanan kondom secara teori amat tinggi, tetapi keberkesanan sebenarnya agak rendah. Ini adalah kerana ramai orang gagal mengikuti dengan teliti tatacara sebenar penggunaan kondom. Tambahan lagi, soalselidik menunjukkan ramai pengguna tidak tahu cara memakai yang betul, menyebabkan koyak atau terlucut.

Pada kendirinya, kondom hanyalah serdahana bolah diharapkan, tetapi apabila digabungkan dengan spermisid, keberkesanannya setanding dengan kaedah pencegah kehamilan yang lain.

Antara kelemahan kondom yang disenaraikan adalah memakainya mengganggu hubungan intim. Sesetengah orang mendapati ia menghadkan kenikmatan kerana ia menghilangkan sentuhan kulit dan mengurangkan perangsangan deria; bagaimanapun, seseorang wanita boleh menyelesaikan masalah ini dengan melatih otot faraj, khususnya "pubococcygeus".

Kebanyakan kegagalan kondom disebabkan salah guna. Ini mendorong sesetengah penyelidik meminta pendidikan seks yang lebih awal dan lebih jelas, tetapi usaha sedemikian ditentang oleh kumpulan keagamaan yang berasa bahawa penjelasan mengenai penggunaan kondom dan cara pencegah kehamilan yang lain kepada remaja akan menggalakkan tabiat sedemikian.

Penggunaan yang betul

Kondom: Gambar keseluruhan, Penggunaan yang betul, Kondom wanita 
Kondom yang telah dibuka gulungan.
Kondom: Gambar keseluruhan, Penggunaan yang betul, Kondom wanita 
Cara memakai kondom.

Penggunaan kondom lelaki merangkumi langkah-langkah yang berikut:

  • Jangan kendalikan dengan kuku jari yang tajam.
  • Pakai pada zakar yang tegang dengan segera, dan pastikan sebelum sebarang sentuhan dengan faraj atau dubur; jika mungkin, sebelum sebarang sentuhan dengan badan pasangan.
  • Untuk lelaki yang tidak bersunat, kondom paling bagus jika dipasang dengan kulit hujung ditarik. Ini memaksimumkan pergerakan dan mengurangkan kemungkinan koyak ketika melakukan hubungan.
  • Tinggalkan sedikit ruang pada hujung kondom untuk menyimpan air mani: kebanyakan kondom mempunyai takungan pada hujung. Picit ketika memakai untuk mengelakkan buih udara yang boleh koyak kemudian nanti.
  • Pelincir seksual berasaskan air boleh digunakan bersama kondom, tetapi pelincir berasaskan minyak tidak sepatutnya digunakan kerana ia melemahkan lateks dan menyebabkan ia koyak atau berlubang. Jika faraj pasangan wanita kering, pelincir perlu digunakan untuk mengurangkan geseran pada kondom.
  • Untuk liwat, terdapat kondom lebih tebal dan tahan yang direka khas untuknya.
  • Jangan sekali-kali menggunakan kondom selepas tarikh luput — ia mungkin kelihatan elok tetapi koyak kemudian. Walaupun sebelum tarikh luput, jangan bawa kondom dimana ia terdedah pada haba badan untuk tempoh masa yang lama — seperti dalam dompet (yang disimpan dalam poket) atau dalam poket secara langsung. Jangan simpan kondom dalam laci kereta kerana kepanasan akan melemahkan lateks.
  • Zakar perlu dikeluarkan sebaik sahaja memancut; walaupun anda masih tegang, meninggalkannya bererti risiko yang tidak perlu.
  • Apabila mengeluarkan zakar, pegangkan kondom pada pangkalnya agar tidak terlucut.
  • Basuh tangan dan zakar sebelum sebarang sentuhan dengan pasangan.
  • Kondom hanya untuk kegunaan satu kali sahaja. Jangan menggunakan kondom semula.
  • Jika anda merasakan kondom biasa terlalu kecil ataupun besar, timbangkan penggunaan saiz khas atau kondom wanita.
  • Cuba menggunakan kondom apabila anda berseorangan, dalam tempat yang terang agar dapat melihat apa yang anda lakukan, sebelum menggunakan kondom untuk kali pertama.

Memasang kondom wanita membabitkan yang berikut:

  1. Periksa tarikh lupus pada pembalut kondom: Kondom mempunyai nombor tarikh lupus dan nombor bungkusan. Jangan gunakan kondom yang lupus tarikh.
  2. Berhati-hati, buka pembalut satu bahagian sahaja. Berhati-hati dan jangan rosakkan kondom dengan benda tajam.
  3. Picit dengan cermat hujung kondom untuk membuang udara yang terperangkap di dalam kondom. Poket udara boleh menyebabkan kondom koyak.
  4. Letakkan kondom yang masih bergulung pada hujung zakar. Pastikan ia dibuka pada hala yang betul sebelum menggunakannya.
  5. Buka gulungan kondom sepenuhnya pada batang zakar. Ia hanya dibuka satu arah — pastikan arah yang betul sebelum kondom mencecah hujung zakar.
  6. Pastikan kondom tidak longgar atau tanggal.

Kesemua 12-bungkus kondom mempunyai arahan, dan mungkin mempunyai arahan tambahan; pastikan anda membaca arahan ini sekiranya anda tidak pernah menggunakan kondom sebelum ini.

Sesetengah lelaki yang merasakan saiz kondom tertentu sukar digunakan kerana terlalu kecil telah melaporkan bahawa mereka membuka separuh kondom, meregangkannya dengan kedua jari telunjuk, memasukkan zakar (meminta pasangan mereka mengeluarkan udara dari hujung kondom), mengalih jari dan mengenakannya. Cara ini tidak digalakkan kerana kuku boleh terkena kondom. Pertimbangkan untuk membeli kondom yang lebih besar.

Kondom wanita

Baru-baru ini, kondom wanita telah disediakan. Kondom wanita lebih besar daripada kondom lelaki dan mempunyai mulut berbentuk cecincin yang keras. Ia direka untuk memasukkan ke dalam faraj. Kondom wanita juga mengandungi cecincin dalaman yang memastikan bahawa kondom tidak lari sewaktu di dalam faraj. Pemasukan kondom wanita memerlukan pemicitan cecincin dalaman itu.

Jualan untuk kondom wanita amat mengecewakan. Oleh sebab itu, ia tidak mudah didapati seperti pada waktu pelancarannya. Sebab-sebab untuk jualan yang buruk mungkin termasuk keperluannya mempelajari pemasukan kondom wanita, satu kemahiran yang payah dilatih lebih dahulu oleh lelaki yang tiada pasangan. Sebab yang kedua ialah bunyi kosak-kosek sewaktu bersetubuh. Jenis kondom ini diperbuat daripada poliuretana.

Arahan-arahan untuk kegunaan kondom wanita juga berlainan berbanding arahan untuk kegunaan kondom lelaki. Kondom wanita direka untuk dimasukkan dan bukannya untuk dipakai secara ketat pada zakar.

Pautan luar

Tags:

Kondom Gambar keseluruhanKondom Penggunaan yang betulKondom wanitaKondom Pautan luarKondomAIDSFarajGonoreaKehamilanLateksPenyakit bawaan seksualSiflisSperma

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Josiah HoganOrang YahudiBukan Kahwin PaksaKerajaan Bani UmaiyahTenaga Nasional BerhadFarali KhanIman TroyeTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahRadenMakkahIbanKL GangsterSenarai buahKuih makmurLawak KampusShaheizy SamSultan PahangErry PutraSlot AkasiaYasmin NapperAndai Itu TakdirnyaAzhar IdrusPerjanjian PangkorPuchong, SelangorAnna JoblingSejarahZaman air batuMahatma GandhiJenis darahNormah DamanhuriMuhammad bin Idris al-SyafiiRibaMelisha SidabutarWahid SenarioFrekuensi radio di KelantanSenarai poskod di MalaysiaKerajaan SalakanagaraPeroduaBiduanita NegaraJepunSeri KembanganAmira OthmanAgama BuddhaAzhan RaniAdam LeeTanda-tanda KiamatSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPutri JannahAdam CorrieAbu Bakar as-SiddiqZamarul HishamFrekuensi radio di KedahLabuanSharnaaz AhmadPerodua MyViBendera MalaysiaPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaSyed Mokhtar Al-BukharyPencemaran udaraNadia AqilahGunung KinabaluPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalHantu rayaVAT 69/UTKMenara Jam Condong Teluk IntanFadillah YusofNegeri SembilanPerlisTanah Melayu BritishSyasyaNabi Harun a.s.Kabinet Negeri SarawakSolat jamakSejarah IslamAsia BaratSenarai kata pinjaman bahasa MelayuRindu Kasih 2🡆 More