Kentang

Kentang atau nama penuhnya ubi kentang (juga: ubi gendang, ubi benggala) ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi.

Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.

Kentang
Kentang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Subkelas:
Asteridae
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. tuberosum
Nama binomial
Solanum tuberosum

Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan beramai-ramai orang Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa kebuluran hebat akibat jangkitan ergot di tempat tersebut.

Penamaan

Nama kentang meminjam dari bahasa Jawa kenthang (Hanacaraka: ꦏꦼꦤ꧀ꦛꦁ) iaitu perkataan umum merujuk kepada sebarang umbi. Pada awalnya, perkataan kentang diberi kepada ubi cina (Dioscorea opposita) ataupun ubi kemili (Coleus parviflorus), tumbuhan ini diberi nama kentang walanda dalam catatan hasil tanaman Hindia Belanda di Jawa sepanjang separuh awal abad ke-19 agar dibezakan dengan ubi kemili yang dinamakan kentang sahaja.

Nama ubi benggala diberikan kerana bekalan tumbuhan ini pernah banyak dibawa ke Tanah Melayu dari Benggala di tanah India.

Botani

Kentang 
Pokok kentang.

Pokok kentang bertumbuh dengan rendah dan melahirkan bunga-bunga yang putih hingga ungu warnanya, dengan stamen yang berwarna kuning. Bunganya mengandungi bahagian-bahagian aseks dan biasanya didebunga silang dengan pokok-pokok kentang yang lain oleh serangga, tetapi penswasenyawaan juga kerap berlaku. Setiap jenis kentang juga boleh dibiakkan secara vegetatif dengan menanam keratan-keratan ubi yang dipotong supaya merangkumi sekurang-kurangnya satu atau dua mata. Sesetengah kelainan komersil kentang tidak menghasilkan sebarang biji (pokok-pokok ini melahirkan bunga-bunga seks tunggal yang tidak sempurna), dan hanya boleh dibiak melalui keratan-keratan ubi.

Kentang 
Bunga-bunga pokok kentang.

Selepas pokok kentang berbunga, sesetengah kelainan akan menghasilkan buah-buah hijau yang kecil yang kelihatan seakan-akan tomato ceri. Pokok-pokok ini menghasilkan biji-biji, seperti dengan buah-buahan yang lain. Setiap buah ini mengandungi sehingga 300 biji sebenar. Biji-bijinya boleh dipisahkan dari buahnya melalui mesin pengisar laju rendah yang mengandungi sedikit air, dan kemudian meninggalkannya di dalam air selama sehari supaya biji-bijinya dapat tenggelam dan bahagian-bahagian buah yang lain dapat mengapung. Bagaimanapun, sesetengah ahli hortikultur menjual kimera yang dihasilkan melalui percantuman pokok tomato kepada pokok kentang supaya dapat menghasilkan kedua-dua tomato dan kentang yang boleh dimakan.

Sejarah

Tumbuhan ini diperkenalkan ke kepulauan Melayu melalui orang-orang Belanda belayar dan bertapak di antara pulau-pulaunya. Menurut catatan awal dilakukan penjajah Belanda di Indonesia moden, tumbuhan ini mula ada semenjak tahun 1794 dengan penanaman di sekitar Cimahi di barat pulau Jawa tetapi ada yang menyatakan penanaman ubi ini mula meluas pada tahun 1780-an.

Penanaman

Di pasaran, kentang dipisah-pisahkan menurut saiznya dan dinamai kualiti A, B, C, dan D, dengan kualiti A merupakan kualiti yang terbaik. Sebutan 'kentang kualiti AB' bererti campuran antara kualiti A dan B.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kentang PenamaanKentang BotaniKentang SejarahKentang PenanamanKentang Lihat jugaKentang RujukanKentang Pautan luarKentang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Melitha SidabutarBella AstillahRujukan kehormatAssalamualaikumFrekuensi radio di TerengganuKodi RasheedPersekutuan Pengakap MalaysiaKhadijah binti KhuwailidJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaKimpalanRisteena MunimSlot SakuraSistem pembiakan perempuanInflasiAl-QuranBahasa MelayuNitrogenMenteri Kesihatan MalaysiaSiksa KuburVirusSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Shah RezzaKamal AdliSenarai kaum di MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan Emiriah Arab BersatuKesan rumah hijauUpin & IpinMia Sara ShaukiProton WajaFauzi NawawiSultan PerakTanda-tanda KiamatDadahAli bin Abi TalibHaris IsmailPeraturan bola jaringKugiran MasdoHuruf syamsiah dan qamariahTaufik HidayatThe Original GangsterPendidikan di IndonesiaNasha AzizEarth HourLabuanMarissa YasminMilo (minuman)Manchester United F.C.Azhan RaniJudiBaba dan NyonyaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Sheikh Muszaphar ShukorUndang-undangThailandJohorJohor Darul Ta'zim F.C.Kalki 2898 ADAisyah Abu BakarPakatan HarapanIntegritiAstro MalaysiaUniversiti Kuala LumpurNombor dalam budaya CinaSaleemSejarah SabahCerita Rakyat MalaysiaSukanAngeline TanMohd Shuhaily Mohd ZainPerlembagaan MalaysiaFalsafahSkizofreniaKelurPerak F.C.Rita RudainiKedahAsia🡆 More