Julius Nyerere

Julius Kambarage Nyerere (disebut /ˈdʒuːlius kɑmˈbɑɾɑgɑ ɲɛˈɾɛɾɛ/ - terdekat: ; 13 April 1922 – 14 Oktober 1999) merupakan seorang aktivis, ahli politik serta pakar teori politik yang memerintah Tanganyika sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 1961 hingga 1963 dan Presiden dari 1963 hingga 1964.

Beliau terus memerintah negara Tanzania yang wujud berikutan penggabungan dengan Zanzibar dari tahun 1964 sehingga tahun 1985.


Julius Kambarage Nyerere
Julius Nyerere
Presiden Tanzania Pertama
Dalam jawatan
29 Oktober 1964 – 5 November 1985
Naib PresidenAbeid Karume
Aboud Jumbe
Ali Hassan Mwinyi
Perdana MenteriRashidi Kawawa
Edward Sokoine
Cleopa Msuya
Edward Sokoine
Salim Ahmed Salim
Didahului olehElizabeth II sebagai Ratu Tanganyika
Abeid Karume sebagai Presiden Republik Rakyat Zanzibar dan Pemba
Digantikan olehAli Hassan Mwinyi
Presiden Republik Bersatu
Tanganyika dan Zanzibar
Dalam jawatan
26 April 1964 – 29 Oktober 1964
Naib PresidenAbeid Karume (pertama)
Rashidi Kawawa (kedua)
Presiden Tanganyika
Dalam jawatan
9 Disember 1962 – 26 April 1964
Perdana MenteriRashidi Kawawa
Perdana Menteri Tanganyika
Dalam jawatan
1 Mei 1961 – 22 Januari 1962
RajaRatu Elizabeth II
Didahului olehBeliau sendiri (sebagai Ketua Menteri)
Digantikan olehRashidi Kawawa
Ketua Menteri Tanganyika
Dalam jawatan
2 September 1960 – 1 May 1961
RajaRatu Elizabeth II
GabenorRichard Turnbull
Didahului olehJawatan didirikan
Digantikan olehBeliau sendiri (sebagai Perdana Menteri)
Butiran peribadi
LahirKambarage Nyerere
(1922-04-13)13 April 1922
Butiama, Tanganyika
Meninggal dunia14 Oktober 1999(1999-10-14) (umur 77)
London, United Kingdom
Tempat persemadianButiama, Tanzania
KerakyatanTanzania
Parti politikChama cha Mapinduzi (1977–1999)
TANU (1954–1977)
PasanganMaria Nyerere (k. 1953–1999)
Anak-anak
8
  • Andrew Burito
  • Anna Watiku
  • Anselm Magige
  • John Guido (1957–2015)
  • Charles Makongoro (b. 1959)
  • Godfrey Madaraka
  • Rosemary Huria (b. 1961)
  • Pauleta Nyabanane
KediamanButiama
Alma materUniversiti Makerere(DipEd)
Universiti Edinburgh (MA)
ProfesionGuru
AnugerahHadian Keamanan Lenin
Hadiah Keamanan Gandhi
Pingat Joliot-Curie

Pendidikan

Julius Nyerere menempuh pendidikan di Sekolah Rendah Pemerintah di Musoma pada usia 12 tahun dan melanjutkan ke Sekolah Menengah Tabora (khusus untuk pelajar lelaki). Setelah itu, beliau mengambil pengajian di Universiti Makerere Kampala, satu-satunya universiti yang ada di rentau Afrika Timur. Di sana beliau memperoleh ijazah mengajar. Setelah lulus, beliau kembali ke Tanzania dan mengajar selama tiga tahun di Sekolah Menengah St. Mary. Pada tahun 1949, beliau mendapat biasiswa untuk meneruskan pengajian di Universiti Edinburgh (beliau merupakan orang Tanzania pertama yang mengambil pengajian di United Kingdom).

Penglibatannya dalam politik

Nyerere dilantik sebagai presiden Persatuan Afrika Tanganyika (TAA) tiga bulan selepas kembali ke Tanganyika, atas kepetahannya bercakap serta berada dalam puak yang tidak menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kelompok etnik Tanganyika yang pelbagai. TAA mula mendatangkan kesan yang besar dalam politik setempat sejak itu dengan hasrat memerdekakan Tanganyika daripada kuasa British.

Pada 7 Julai 1954, TAA berubah menjadi Tanganyika African National Union (TANU). Pengaruh parti baru ini mula berkembang serata Tanganyika sehingga meningkatnya keanggotaan dalam parti dari 100,000 orang pada 1955 menjadi 500,000 ahli setelah tahun 1957.

Pengaruh ideologi

Ketika berkempen menenetang penjajahan, Nyerere menyatakan beliau mendapat ilham daripada prinsip di sebalik revolusi-revolusi yang berlaku di Amerika Syarikat dan Perancis, serta juga pergerakan kemerdekaan India pimpinan Mohandas Gandhi di mana beliau beranggapan suatu cara protes yang tidak melibatkan tindakan ganas itu berkesan dalam mencapai matalmat kemerdekaan tersebut. Beliau turut memberikan sokongan dana, diplomatik serta kata semangat untuk para pejuang anti-penjajahan di selatan benua Afrika.

Nyerere tidak mempunyai rasa benci menyeluruh terhadap orang Eropah dengan tanggapan bukan semua daripada mereka mempunyai rasa benci mereka terhadap orang Afrika. Penglibatannya sendiri yang tidak menyisihkan berbagai-bagai bangsa dalam mengatur jalan kemerdekaan Tanganyika dilihat sangat berbeza daripada yang didokong rakan seperjuangannya di negara tersebut.

Sebagai presiden

Mengetuai Tanganyika

Tanganyika menjadi sebuah republik setahun selepas merdeka pada 9 Disember 1962, dan Nyerere berpindah ke State House di Dar Es Salaam yang menjadi tempat kediaman presiden. Beliau tidak menyukai keadaan tempat kerjanya yang diumpamakan sendiri seperti suatu "penjara" lalu hanya berada di situ selama 3 tahun sehingga 1966. Julius melantik Rashidi Kawawa sebagai timbalannya.

Penggabungan bersama Zanzibar

Berikutan Revolusi Zanzibar yang menjatuhkan Kesultanan Zanzibar, Abeid Karume dijadikan Presiden di mana beliau mula merampas tanah milik orang Arab untuk diagihkan semula kepada para petani berbangsa Afrika. Ratusan orang Arab dan India serta masyarakat warga British berhijrah keluar dari pulau tersebut. Sementara itu, Julius sendiri terkejut dengan perkembangan yang berlaku di pulau yang berjiranan itu namun beliau cepat menerima keadaan demikian. Pemerintahan beliau mengiktiraf negara tersebut sambil itu membenarkan Sultan Jamshid bin Abdullah singgah di Tanganyika sebelum berangkat dalam buangannya ke London. Beliau menghantarkan sebanyak 300 anggota polis ke pulau tersebut demi meredakan keadaan di sana.

Kuasa-Kuasa Barat teragak-agak mahu iktiraf pemerintahan Karume sehingga mendatangkan kemarahan kepada Nyerere atas kegagalan mereka memahami situasi di Zanzibar. Nyerere berjumpa dengan Karume di Zanzibar pada bulan April, di mana mereka bersama setuju Tanganyika dan Zanzibar bergabung sebagai sebuah negara yang baru.

Senja hidup

Kematian

Pada 1 Oktober 1999, Nyerere dihantar ke unit penjagaan rapi Hospital St. Thomas di London akibat serangan angin ahmar. Beliau meninggal dunia pada usia 77 tahun tanggal 14 Oktober 1999, jam 10:30 pagi di samping keluarga terdekatnya. Presiden Benjamin Mkapa, mengumumkan kematian beliau di televisyen serta suatu tempoh berkabung selama 30 hari.

Rujukan

Sumber

  • Molony, Thomas (2014). Nyerere: The Early Years. Woodbridge, Suffolk: Boydell and Brewer. ISBN 978-1847010902.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pratt, Cranford (1976). The Critical Phase in Tanzania 1945–1968: Nyerere and the Emergence of a Socialist Strategy. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-20824-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Smith, William Edgett (1973). Nyerere of Tanzania. London: Victor Gollanz. ISBN 9780575015104.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mwakikagile, Godfrey (2006). Life Under Nyerere (ed. second). Dar Es Salaam and Pretoria: New Africa Press. ISBN 978-0980258721.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

Tags:

Julius Nyerere PendidikanJulius Nyerere Penglibatannya dalam politikJulius Nyerere Sebagai presidenJulius Nyerere Senja hidupJulius Nyerere RujukanJulius Nyerere Pautan luarJulius NyererePresiden TanzaniaTanganyikaTanzaniaZanzibar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

ZodiakPulau TiomanNur FazuraKesumSenarai gunung berapi di MalaysiaSyahadahAkta Dadah Berbahaya 1952Astro ShawLaman UtamaAzizulhasni AwangRindu Kasih 2Harris AlifAl-Masih ad-DajjalRangka manusiaMata anginAliff Syukri KamarzamanKata kerja tak transitifKolej Islam Sultan Alam ShahHari GawaiGajahRevolusi PerindustrianKadazan-DusunSiti Khadijah HalimTentera Udara Diraja MalaysiaKerana Dia SukaMia KhalifaProton Exora1Slot AkasiaRukun ImanPerlembagaan MalaysiaPahangSepahtu Reunion LiveBadarawuhi Di Desa PenariUndang-Undang Laut MelakaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahTwitterSijil Tinggi Agama MalaysiaNILAMSandrinna MichelleSistem SuriaArcaUmie AidaPukimakSijil Pelajaran MalaysiaMuhammad al-FatihElizabeth TanPiala Asia B-23 AFCBukit AmanMahsuriTahun Baru CinaMikroorganismaMs PuiyiNombor perdanaCibaiZUS CoffeeSuntikanPerjanjian HudaibiyahCik Siti Wan KembangKerajaan Persekutuan MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiUpin & IpinFalsafahTanam paksaMusa HassanSenarai Surah Al-QuranDatuk (gelaran)Jabatan Kemajuan MasyarakatCiri-ciri orang munafikKhalid Mohamad JiwaRita RudainiKata hubung (bahasa Melayu)Puteri KhareezaKata ganti nama (bahasa Melayu)2024 di MalaysiaBahasa CinaKelantanRisteena MunimSabri Yunus🡆 More