Julie Dahlan: Pelakon dan penerbit Malaysia

Junaidah Julie Dahlan (1953 – 30 April 2015) merupakan seorang pelakon dan penerbit Malaysia.

Beliau popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).

Julie Dahlan
Julie Dahlan: Kesihatan dan kematian, Filemografi, Rujukan
Kelahiran
Junaidah binti Dahlan

1953 (1953)
Meninggal dunia30 April 2015 (berumur 61–62)
Sebab kematianTekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Klang Gate
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1978–2008
Anak-anak3 (termasuk Hanny Harmi)

Beliau melalui syarikat penerbitan miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Cinta Metropolitan (1996). Beliau ialah antara penerbit wanita terawal di Malaysia dan orang yang bertanggungjawab membawa model terkenal, Nasha Aziz ke layar perak serta beberapa nama terkenal lain antaranya Ziela Jalil, Sofia Jane, Eizlan Yusof dan Hairie Othman.

Kesihatan dan kematian

Julie dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang tahap kronik perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu setelah keadaan beliau semakin serius hampir setahun. Pada masa sama beliau turut mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court pada April 2013.

Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang pada usia 62 tahun di Hospital Ampang pada jam 7:30 malam 30 April 2015 akibat menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate. Allahyarham meninggalkan tiga anak–Nur Haslinsa Zainuddin, Hairi Harmi dan Hanny Harmi.

Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan Allahyarham seorang yang berpendirian tegas dalam industri penerbitan dan dunia hiburan tanah air hingga pernah digelar 'Iron Lady'.

Syarikat JD Productions milik Julie ditutup selepas kematiannya.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Si Badol Penjual Nasi Warung Filem pertama
1980 Detik 12 Malam
Penyamun Tarbus
1986 Si Jantung Hati Kak Yah
1987 Wira Angkasa Juga sebagai penerbit
1990 Driving School Datin Maimun
1991 Harry Boy
1996 Cinta Metropolitan
2002 Idola Fazlina
2005 Rock Ibu Khaty
2008 Cicakman 2: Planet Hitam Jiran 4 Filem terakhir, pelakon undangan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Gerak Khas (Musim 12) TV2 Episod: "Lina"

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Julie Dahlan Kesihatan dan kematianJulie Dahlan FilemografiJulie Dahlan RujukanJulie Dahlan Pautan luarJulie DahlanCicakman 2: Planet HitamIdolaSi Badol

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BiokepelbagaianProton Holdings BerhadKerana Dia SukaIsa KhanKamal Affandi HashimHannah DelishaTeknologi hijauTayamumPuchong, SelangorSistem SuriaTalasemiaKerajaan Bani UmaiyahMohammed Hanif OmarMunafikSepahtu Reunion LiveFadillah YusofNabi Isa a.s.Frekuensi radio di PerakAlor SetarChempaka Emalin PahaminAshraf SinclairSekolah Kluster KecemerlanganKota KinabaluWanita SyurgaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaKitab suci IslamKerajaan MataramEropahPendidikan di MalaysiaQistina KhaledMakam PahlawanPeraturan bola jaringTok JanggutUpin & IpinAyamAdat resam kahwin MelayuIsrak dan MikrajKebudayaan MalaysiaDaun salamBaju MelayuLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaAliff Syukri KamarzamanSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakSrivijayaOktovia ManroseKata hubung (bahasa Melayu)BungaBani IsraelRedza RosliSenarai pelakon lelaki MalaysiaGayatri Su-Lin PillaiChinaJepunHutan hujan AmazonNabi Nuh a.s.Media sosialRaja berperlembagaanKetumNabi Ibrahim a.s.Musa HassanAssalamualaikumKerenggaAtikah SuhaimeKapitalismeBabiBanjaran TitiwangsaAliff AzizJohorPolis EVO 3Nombor dalam budaya CinaNegara PalestinUqasha SenroseSaleemPulau RedangPutrajayaKrisis airMajapahitSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah🡆 More