Jodie Foster

Jodie Foster (lahir November 19, 1962) ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit Amerika Syarikat.

Beliau dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik dari generasinya.

Jodie Foster
Jodie Foster
Jodie Foster pada tahun 2011
Kelahiran
Alicia Christian Foster

(1962-11-19) 19 November 1962 (umur 61)
Pusat pendidikanUniversiti Yale
Pekerjaan
Tahun aktif1968 - kini
PasanganAlexandra Hedison (k. 2014)
Rakan kongsi domestikCydney Bernard (1993–2008)
Anak-anak2

Foster memulakan kariernya ketika berumur tiga tahun sebagai model kanak-kanak pada tahun 1968 dan dua tahun kemudian muncul dalam sitcom Mayberry R.F.D.. Foster mula terkenal selepas muncul dalam filem Martin Scorsese, Taxi Driver (1976) dimana beliau mendapat pencalonan Anugerah Akademi. Foster mendapat pujian meluas untuk lakonannya dalam The Accused (1988) dimana beliau memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Akademi dan Golden Globe. Beliau memenangi Anugerah Akademi keduanya dua tahun kemudian selepas membintangi The Silence of the Lambs sebagai Clarice Starling. Foster membuat penampilan pertamanya sebagai pengarah pada tahun yang sama menerusi Little Man Tate (1991) dan menubuhkan syarikat produksinya sendiri, Egg Pictures pada tahun 1992. Produksi pertama syarikat ini adalah Nell (1994) dimana beliau melakonkan watak utama serta mendapat satu lagi pencalonan Anugerah Akademi. Filem-filem beliau yang lain pada tahun 1990an termasuk Sommersby, Maverick (1994), Contact (1997) dan Anna and the King (1999).

Foster membintangi empat filem thriller, Panic Room (2002), Flightplan (2005), Inside Man (2006) dan The Brave One (2007). Beliau menumpukan peranan sebagai pengarah pada tahun 2010an, mengarah The Beaver (2011) dan Money Monster (2016) serta untuk episod-episod siri televisyen Netflix, Orange is the New Black dan House of Cards. Beliau juga membintangi Elysium (2013). Sebagai tambahan kepada dua Anugerah Akademi, Foster telah memenangi tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe, satu Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Cecil B DeMille.

Kehidupan awal

Foster dilahirkan di Los Angeles pada 19 November 1962, anak perempuan kepada Evelyn Ella "Brandy" (née Almond) dan Lucius Fisher Foster III. Walaupun Foster secara rasminya bernama Alicia, adik beradik beliau memanggilnya "Jodie". Foster fasih dalam Bahasa Perancis. Beliau juga memahami Bahasa Itali serta sedikit Bahasa Sepanyol dan Jerman. Foster menghadiri Universiti Yale di New Haven, Connecticut. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1985.

Karier

1965–1975

Jodie Foster 
Foster bersama Christopher Connelly dalam sebuah gambar publisiti untuk Paper Moon (1974)

Karier Foster bermula dengan penampilan dalam sebuah iklan televisyen pada tahun 1965 ketika beliau berumur tiga tahun. Pada tahun 1968, beliau membuat penampilan kecil dalam sitkom, Mayberry R.F.D.. Pada tahun-tahun berikutnya, beliau terus bekerja untuk iklan-iklan dan muncul dalam lebih lima puluh rancangan televisyen. Walaupun kebanyakkan penampilan Foster dalam televisyen adalah sebagai peranan kecil, beliau mempunyai peranan berulang dalam The Courtship of Eddie's Father (1969–1971) dan Bob & Carol & Ted & Alice (1973) serta membintangi Paper Moon (1974). Foster juga muncul dalam filem, kebanyakkannya untuk Disney.

Penampilan filem pertama Foster adalah dalam filem televisyen, Menace on the Mountain (1970) disusuli dengan peranan besar dalam Napoleon and Samantha (1972). Filem-filem awalnya yang lain termasuk Kansas City Bomber (1972), One Little Indian (1973), Tom Sawyer (1973) dan Alice Doesn't Live Here Anymore (1974).

1976–1980

Selepas peranan kecil dalam Alice, Martin Scorsese memilih beliau untuk watak seorang pelacur remaja dalam Taxi Driver (1976). Ditayangkan pada bulan Februari, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes pada bulan Mei. Taxi Driver mencapai kejayaan kritis dan komersial serta mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Beliau juga memenangi dua anugerah BAFTA, satu anugerah David di Donatello dan anugerah National Society of Film Critics. Foster juga mempunyai peranan dalam satu lagi filem yang dicalonkan untuk Palme d'Or pada tahun 1976, Bugsy Malone. Filem ketiganya yang ditayangkan pada tahun 1976 merupakan Echoes of a Summer.

Filem keempat Foster pada tahun 1976 adalah filem thriller Kanada-Perancis, The Little Girl Who Lives Down the Lane dimana beliau membintangi bersama Martin Sheen. Beliau memenangi Anugerah Zuhal untuk lakonannya dalam filem ini. Pada November 27, beliau mengacarakan Saturday Night Live. Filem terakhirnya pada tahun ini merupakan Freaky Friday. Ia menerima ulasan positif dan mencapai kejayaan box office. Foster juga mendapat satu pencalonan Golden Globe untuk lakonannnya dalam filem ini.

Foster menetap sembilan bulan di Perancis dimana beliau membintangi fr [Moi, fleur bleue] (1977) dan merekodkan beberapa lagu untuk runut bunyi. Filem-filem lain yang ditayangkan pada tahun 1977 merupakan filem komedi Itali, Casotto (1977) dan filem Disney, Candleshoe (1977). Selepas tayangan filem ini, Foster tidak muncul dalam mana-mana filem sehingga tahun 1980. Beliau mendapat pujian positif untuk lakonannya dalam Foxes (1980) dan Carny (1980).

1981–1989

Sedar bahawa bintang kanak-kanak sering tidak dapat berjaya meneruskan kerjaya mereka ke alam dewasa, Foster menjadi seorang pelajar di Yale pada tahun 1980 dan kerjaya lakonannya mula perlahan untuk lima tahun berikutnya. Beliau terus membuat filem semasa cuti musim panas dan semasa tahun-tahun kolej, muncul dalam O'Hara's Wife (1982), Svengali (1983), The Hotel New Hampshire (1984), The Blood of Others (1984) dan Mesmerized (1986). Tiada salah satu daripadanya yang mencapai kejayaan dan Foster bergelut untuk mencari kerja selepas menamatkan pengajian pada tahun 1985. Beliau muncul dalam Siesta (1987) sebagai peranan sokongan. Foster muncul dalam Five Corners (1987) dimana ia mencapai kejayaan kritis dan beliau memenangi Anugerah Independent Spirit. Pada tahun 1988, Foster membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah dengan episod "Do Not Open This Box" siri antologi seram, Tales from the Darkside, dan pada bulan Ogos muncul dalam Stealing Home (1988) bersama Mark Harmon.

Foster menerima pujian untuk lakonannya sebagai seorang mangsa rogol dalam The Accused, sebuah drama berdasarkan kes jenayah sebenar. Filem ini ditayangkan pada bulan Oktober 1988. Walaupun The Accused menerima ulasan bercampur, lakonan Foster dipuji oleh pengkritik dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan National Board of Review serta mendapat pencalonan Anugerah BAFTA.

1990–1994

Jodie Foster 
Foster di Anugerah Akademi pada tahun 1990

Filem pertama Foster yang ditayangkan selepas kejayaan The Accused merupakan filem thriller, The Silence of the Lambs (1991). Beliau melakonkan watak pelatih FBI, Clarice Starling. Ditayangkan pada bulan Februari 1991, Silence of the Lambs menjadi salah satu filem terbesar pada tahun itu, mengutip hampir $273 juta. Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Foster menerima ulasan positif dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan BAFTA. Kemudiannya pada tahun 1991, Foster juga membintangi filem thriller bajet rendah, Catchfire. Pada bulan Oktober 1991, Foster mengeluarkan filem pertamanya sebagai seorang pengarah, Little Man Tate. Penampilan filem terakhir Foster pada tahun ini adalah dalam Shadows and Fog (1991), diarahkan oleh Woody Allen.

Pada tahun berikutnya, Foster menubuhkan syarikat produksi beliau sendiri, Egg Pictures, sebuah anak syarikat PolyGram Filmed Entertainment. Beliau membintangi bersama Richard Gere dalam Sommersby (1993). Beliau kemudiannya menggantikan Meg Ryan dalam Maverick (1994). Kedua-dua filem ini mencapai kejayaan box office, mengutip $140 dan $183 juta. Projek pertama Foster untuk Egg Pictures, Nell ditayangkan pada bulan Disember 1994. Selain bertindak sebagai penerbit, beliau juga melakonkan watak utama. Walaupun menerima ulasan negatif, Foster menerima Anugerah Screen Actors Guild dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi dan Golden Globe.

1995–1999

Filem kedua yang diarahkan oleh Foster merupakan Home for the Holidays (1995), dibintangi Holly Hunter dan Robert Downey Jr.. Pada tahun berikutnya, Foster menerima dua anugerah kehormat: Anugerah Kristal dan Berlinale Camera di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-46. Selepas Nell pada tahun 1994, Foster tidak berlakon dalam mana-mana projek sehingga tahun 1997 selain daripada menyuarakan karakter dalam episod-episod Frasier pada tahun 1996 dan The X-Files pada awal tahun 1997. Foster akhirnya kembali dalam Contact (1997), sebuah filem sains fiksyen berdasarkan novel oleh Carl Sagan. Filem ini mencapai kejayaan komersial dan Foster memenangi Anugerah Zuhal serta mendapat pencalonan Golden Globe. Sebuah asteroid, 17744 Jodiefoster dinamakan sempena beliau pada tahun 1998.

Projek Foster seterusnya adalah menerbitkan filem televisyen, The Baby Dance (1998) untuk Showtime. Pada tahun 1998, beliau juga memindahkan syarikat produksinya dari PolyGram ke Paramount Pictures. Filem terakhir Foster pada tahun 1990an merupakan Anna and the King (1999) dimana beliau membintangi bersama Chow Yun-Fat. Foster dibayar $15 juta untuk melakonkan watak Leonowens.

2000–2009

Projek pertama Foster pada dekad baru adalah Waking the Dead (2000) yang diterbitkan olehnya. Beliau menolak untuk menyambung wataknya sebagai Clarice Starling dalam Hannibal (2001) dan menumpukan terhadap projek arahan baru, Flora Plum. Filem ini dibintangi Claire Danes dan Russell Crowe tetapi terpaksa dihentikan selepas Crowe mengalami kecederaan di set dan tidak mampu untuk menyelesaikan penggambaran dalam masa yang ditetapkan; Foster gagal untuk menghidupkan semula projek ini beberapa kali dalam tahun-tahun berikutnya. Foster menutup Egg Pictures pada tahun 2001. Produksi terakhir syarikat ini, The Dangerous Lives of Altar Boys, ditayangkan di Festival Filem Sundance pada bulan Januari 2002. Ia menerima ulasan baik dan ditayangkan secara terhad di teater pada musim panas.

Jodie Foster 
Ketika pembukaan Jerman untuk The Brave One pada tahun 2007

Selepas pembatalan Flora Plum, Foster mengambil peranan utama dalam filem thriller David Fincher, Panic Room.

Selepas penampilan kecil dalam drama Perancis, A Very Long Engagement (2004), Foster membintangi tiga lagi filem thriller. Yang pertama adalah Flightplan (2005) dimana beliau melakonkan watak seorang wanita dimana anak perempuannya hilang ketika dalam penerbangan. Filem ini mencapai kejayaan box office tetapi menerima ulasan negatif. Ia disusuli dengan filem Spike Lee, Inside Man (2006), juga dibintangi Denzel Washington dan Clive Owen. Filem thriller ketiga adalah The Brave One (2007). Filem ini gagal mencapai kejayaan tetapi Foster mendapat pencalonan Golden Globe keenamnya. Filem terakhir beliau pada dekad ini adalah Nim's Island (2008), juga dibintangi Gerard Butler dan Abigail Breslin. Pada tahun 2009, beliau menyuarakan watak Maggie dalam sebuah episod The Simpsons bertajuk "Four Great Women and a Manicure".

2010–sekarang

Pada era 2010an, Foster lebih menumpukan terhadap arahan dan mengurangkan peranan lakonan. Pada bulan Februari 2011, beliau mengacarakan Anugerah César ke-36 di Perancis dan pada bulan berikutnya mengeluarkan filem arahan ketiganya, The Beaver (2011). Pada tahun 2011, Foster merupakan sebahagian daripada barisan pelakon bersama John C. Reilly, Kate Winslet dan Christoph Waltz dalam filem komedi, Carnage. Ia ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68 pada bulan September 2011 dan menerima ulasan positif serta mendapatkan Foster pencalonan Anugerah Golden Globe.

Pada bulan Januari 2013, Foster menerima Anugerah kehormat Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe ke-70. Peranan filem Foster seterusnya adalah sebagai Setiausaha Pertahanan, Delacourt dalam Elysium (2013). Beliau juga kembali mengarah untuk televisyen buat pertama kali sejak era 1980an, mengarahkan episod "Lesbian Request Denied" (2013) dan "Thirsty Bird" (2014) untuk Orange Is the New Black dan episod "Chapter 22" (2014) untuk House of Cards. Beliau mendapat pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk episod "Lesbian Request Denied" dan kedua-dua episod mendapatkan beliau dua pencalonan Anugerah Directors Guild of America. Pada tahun 2014, beliau menyuarakan episod "Women in Space" untuk Makers: Women Who Make America. Pada tahun berikutnya, Foster menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Laura Ziskin di Festival Filem Athena dan mengarahkan filem seterusnya, Money Monster yang dibintangi George Clooney dan Julia Roberts.

Filemografi

Pelakon
Tahun Tajuk Peranan Nota
1968–1970 Mayberry R.F.D. Fairy
Kanak-kanak kecil
Siri TV
musim 1 episod 8: "The Church Play"
musim 3 episod 5: "All for Charity"
1969 The Doris Day Show Jenny Benson Siri TV, musim 1: "The Baby Sitter"
1969–1971 The Courtship of Eddie's Father Joey Kelly Siri TV
musim 1 episod 8: "Bully for You"
musim 2 episod 2: "A Loaf of Bread, a Bar of Soap and a Jar of Peanut Butter"
,musim 2 episod 13: "Gifts Are For Giving"
musim 2 episod 20: "The Lonely Weekend"
musim 2 episod 21: "The Magic Mrs. Rickles"
1969 Julia Cindy Blanchard Siri TV, musim 2 episod 9: "Romeo and Julia"
1969–1972 Gunsmoke Susan Sadler
Patricia
Marieanne
Siri TV
musim 15 episod 13: "The Roots of Fear"
musim 17 episod 15: "P.S. Murry Christmas"
musim 17 episod 20: "The Predators"
1970 Menace on the Mountain Suellen McIver Filem TV dalam 2 bahagian "The Wonderful World of Disney"
1970 Daniel Boone Rachel Siri TV, musim 6, episod 24: "Bringing Up Josh"
1970 Adam-12 Mary Bennett Siri TV, musim 3, episod 6: "Log 55 Missing Girl"
1970 Nanny and the Professor Angela Siri TV, musim 1 episod 4: "The Scientific Approach"
1971 My Three Sons Priscilla Hobson Siri TV, musim 11
1972 Bonanza Bluebird Siri TV, musim 13, episod 24: "A Place to Hide"
1972 Ghost Story (Circle of Fear) Judy Siri TV, musim 1, episod 8: "House of Evil"
1972 The Paul Lynde Show Maggie Siri TV, musim 1 episod 5: "To Commune or Not to Commune"
1972 My Sister Hank Henrietta "Hank" Bennett Filem TV
1972 Napoleon and Samantha Samantha
1972 Kansas City Bomber Rita
1972 The Amazing Chan and the Chan Clan Anne Chan (suara) Siri TV
1972 Ironside Pip Morrison Siri TV, musim 5, episod 20, "Bubble, Bubble, Toil and Murder"
1973 Bob & Carol & Ted & Alice Elizabeth Henderson Siri TV
1973 Rookie of the Year Sharon Lee TV
1973 Alexander Sue TV
1973 The Partridge Family Julie Siri TV, musim 3 episod 18 "The Eleven Year Itch"
1973 Love Story Ellie Madison Siri TV, musim 1 episod 10 "The Youngest Lovers"
1973 Tom Sawyer Becky Thatcher
1973 Kung Fu Alethea Patricia Ingram Siri TV, musim 1, episod 11: "Alethea"
1973 The New Perry Mason Hildy Haynes Siri TV, musim 1, episod 6: "The Case of the Deadly Deeds"
1973 One Little Indian Martha McIver
1973 The Addams Family Pugsley Addams (suara) Siri TV
1974 Alice Doesn't Live Here Anymore Audrey
1974 Smile, Jenny, You're Dead (Harry O) Liberty Cole TV
1974 Paper Moon Addie Loggins Siri TV
1975 Medical Center Ivy Siri TV, musim 6, episod 17: "The Captives"
1975 The Secret Life of T.K. Dearing T.K. Dearing TV
1976 Taxi Driver Iris "Easy" Steensma
1976 Echoes of a Summer Deirdre Striden aka The Last Castle
1976 Bugsy Malone Tallulah
1976 The Little Girl Who Lives Down the Lane Rynn Jacobs
1976 Freaky Friday Annabel Andrews/Ellen Andrews
1977 Moi, fleur bleue Isabelle Tristan (aka Fleur bleue) aka Stop Calling Me Baby!
1977 Casotto Teresina Fedeli aka Beach House
1977 Candleshoe Casey Brown
1980 Foxes Jeanie
1980 Carny Donna
1982 O'Hara's Wife Barbara O'Hara
1983 Svengali Zoe Alexander
1984 The Hotel New Hampshire Frannie Berry
1984 The Blood of Others Hélène Bertrand aka Le Sang des autres
1986 Mesmerized Victoria Thompson aka My Letter to George
1987 Five Corners Linda
1987 Siesta Nancy
1988 Stealing Home Katie Chandler
1988 The Accused Sarah Tobias
1990 Catchfire Anne Benton aka Backtrack
1991 The Silence of the Lambs Clarice Starling
1991 Little Man Tate Dede Tate Juga pengarah
1991 Shadows and Fog Pelacur
1993 Sommersby Laurel Sommersby
1993 It Was a Wonderful Life Pencerita Dokumentari
1994 Maverick Puan Annabelle Bransford
1994 Nell Nell Kellty
1996 Frasier Marlene (suara) Siri TV, episod "Moon Dance"
1997 The X-Files Betty (suara) Siri TV, episod "Never Again"
1997 Contact Dr. Eleanor Arroway
1999 Anna and the King Anna Leonowens
2002 The Dangerous Lives of Altar Boys Sister Assumpta
2002 Panic Room Meg Altman
2003 Abby Singer Diri sendiri
2004 A Very Long Engagement Elodie Gordes Un long dimanche de fiançailles
2005 Flightplan Kyle Pratt
2005 Statler and Waldorf: From the Balcony Diri sendiri Penampilan tetamu dalam episod 8
2006 Inside Man Madeline White
2007 The Brave One Erica Bain
2008 Nim's Island Alexandra Rover
2009 The Simpsons Maggie Simpson (suara) Siri TV, episod: "Four Great Women and a Manicure"
2011 The Beaver Meredith Black Juga pengarah
2011 Carnage Penelope Longstreet
2013 Elysium Setiausaha Pertahanan, Jessica Delacourt
2014 Makers: Women Who Make America Pencerita Siri TV, episod: "Women in Space"
Penerbit
Tahun Tajuk Nota
1986 Mesmerized Penerbit bersama
1994 Nell
1995 Home for the Holidays
1998 The Baby Dance (TV); Penerbit eksekutif
2000 Waking the Dead Penerbit eksekutif
2002 The Dangerous Lives of Altar Boys
2007 The Brave One Penerbit eksekutif
Pengarah
Tahun Tajuk Nota
1988 Tales from the Darkside (1 episod, "Do Not Open This Box")
1991 Little Man Tate
1995 Home for the Holidays
2011 The Beaver
2013–2014 Orange Is the New Black 2 episod ("Lesbian Request Denied", "Thirsty Bird")
2014 House of Cards 1 episod ("Chapter 22")
2016 Money Monster

Rujukan

Tags:

Jodie Foster Kehidupan awalJodie Foster KarierJodie Foster FilemografiJodie Foster RujukanJodie Foster Pautan luarJodie Foster

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KesumSejarah SingapuraSheriffGunung QafCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahKasih Iris LeonaPenanda wacanaBadarawuhi Di Desa PenariPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Naim DanielSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSalasilah keturunan Nabi MuhammadSenarai peribahasa (A–M)1Zaman air batuFrekuensi radio di MelakaAkta Dadah Berbahaya 1952I.D.Takwim HijrahKucingNILAMParameswaraGunung KinabaluIsham JalilHutan hujan pergunungan Semenanjung MalaysiaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuJam 12 jamPuchong, SelangorUndang-Undang Laut MelakaPasukan bola sepak kebangsaan IraqSekolah Dato' Abdul RazakPertubuhan Keselamatan SosialAshraf SinclairHaris IsmailAyob Khan Mydin PitchayMedia sosialRangka manusiaRosyam NorDaniella SyaMydinPerempuan Itu (drama)Senarai kata pinjaman bahasa MelayuBaju MelayuAku Tahu Kapan Kamu MatiNegeri SembilanKrisis airNabi Lut a.s.BiokepelbagaianSenarai buahBendera MalaysiaFrekuensi radio di SelangorRendangSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakAyu RaudhahAngeline TanBukit AmanNegarakuMarissa YasminAlam sekitarZiana ZainAin EdruceMahathir MohamadDatuk (gelaran)NepenthesMata anginJean Retno AryaniIpohFauzi NawawiRita RudainiParti Rakyat India MalaysiaTayamumGunung RuangNasi lemakMia Sara ShaukiJabatan Alam SekitarAstro ShawAnwar IbrahimPahamin Rajab🡆 More