Jerantut

Jerantut merupakan sebuah pekan di Pahang, Malaysia.

Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Keluasan keseluruhan Jerantut ini ialah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.

Jerantut
ﺟﺮﻧﺘﻮﺕ
Daerah
Jerantut is located in Bumi
Jerantut
Jerantut (Bumi)
Koordinat: 3°56′N 102°22′E / 3.933°N 102.367°E / 3.933; 102.367 102°22′E / 3.933°N 102.367°E / 3.933; 102.367
NegaraMalaysia
NegeriPahang
DaerahJerantut
Keluasan
 • Jumlah7,563.46 km2 (2,920.27 batu persegi)
Penduduk
 (2004)
 • Jumlah90,000
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
27000

Sejarah

Sepanjang yang diketahui mengikut cerita dan sejarahnya nama Jerantut telah disebut dan diguna pakai semenjak zaman dahulu kala iaitu pada masa sebelum pemerintahan Sultan Ahmad (Wan Ahmad) Sultan Pahang yang pertama. Sultan Ahmad menaiki takhta memerintah Negeri Pahang selepas selesai perang saudara antara Wan Ahmad dengan Tun Mutahir di Pulau Tawar. Wan Ahmad mengatur strategi dan menyerang Pekan dengan bantuan padu dan tenaga yang banyak dan kuat untuk menawan Pulau Tawar daripada dikuasai Tun Mutahir, apabila mendapat sokongan besar orang-orang besar kawasan dan ketua-ketua penduduk tempatan daripada berbagai puak dan lapisan yang setia kepadanya dari semua kawasan sebelah Ulu Pahang, iaitu dari kawasan Temerloh dan Semantan yang diketuai oleh Pahlawan Dato' Bahaman, dari kawasan Lipis, Jelai dan Semantan Ulu Raub diketuai Dato’ Raja Jelai Wan Mahmud dan dari kawasan Jerantut dan sekitarnya diketuai oleh Dato’ Gajah Iman Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah.

Asal usul

Berdasarkan cerita orang tua-tua, asal usul perkataan "Jerantut" daripada perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan "jeram" di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu suatu tempat di mana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalan raya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914, nama "Simpang 4" ditukar kepada "Jerantut".

Tokoh pejuang Melayu

Antara tokoh pejuang Melayu yang menjadi kebanggaan penduduk di Jerantut ini ialah :

Statistik kawasan

Jerantut 
Pemandangan di kawasan Pekan Jerantut

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).

Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut yang mana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Antara kawasan yang dimasukkan ialah :

  1. Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
  2. Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
  3. Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
  4. Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
  5. Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
  6. Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
  7. Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan ialah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan ialah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan

Tempat perlancongan dan rekreasi

Jerantut menjadi pintu masuk kepada Taman Negara, taman nasional pertama di Malaysia. Terdapat sebuah taman semulajadi yang berhampiran boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Taman Rimba Kenong.

Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam. Selain gua, tarikan pelancongan lain ialah Air Terjun Lata Meraung, Petempatan Orang Asli, Gunung Tahan, Gunung Benom, dan Pusat Penyelidikan Rafflesia.

Kampung

  1. Mukim Pulau Tawar
  2. Mukim Ulu Tembeling
  3. Mukim Kuala Tembeling
  4. Mukim Teh
  5. Mukim Damak
  6. Mukim Pedah
  7. Mukim Ulu Cheka
  8. Mukim Burau
  9. Mukim Tebing Tinggi
  10. Mukim Tembeling Tengah
  1. FELDA Kota Gelanggi 1
  2. FELDA Kota Gelanggi 2
  3. FELDA Kota Gelanggi 3
  4. FELDA Kota Gelanggi 4
  5. FELDA Algicalture Kota Gelanggi 5&6
  6. FELDA Padang Piol
  7. FELDA Sg. Retang
  8. Kampung Sungai Mai
  9. Kampung Sungai Kiol

Pendidikan

Sekolah rendah

  1. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jan
  2. Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut [1]
  3. Sekolah Kebangsaan Perian
  4. Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar
  5. Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok
  6. Sekolah Kebangsaan Bukit Nikmat
  7. Sekolah Kebangsaan Temin
  8. Sekolah Kebangsaan Jerantut
  9. Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya
  10. Sekolah Kebangsaan Damak
  11. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, Hulu Cheka
  12. Sekolah Kebangsaan (Felda) Padang Piol
  13. Sekolah Kebangsaan (Felda) Sungai Retang
  14. Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan [2]
  15. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Damak
  16. Sekolah Kebangsaan (Felda) Sungai Tekam
  17. Sekolah Kebangsaan LKTP Tekam Utara
  18. Sekolah Kebangsaan (Felda) Kota Gelanggi 1
  19. Sekolah Kebangsaan (Felda) Kota Gelanggi 2
  20. Sekolah Kebangsaan (Lktp) Kota Gelanggi 3
  21. Sekolah Kebangsaan Pedah
  22. Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding
  23. Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
  24. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut
  25. Sekolah Kebangsaan Kuala Tembeling
  26. Sekolah Kebangsaan Merting

Sekolah menengah

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut.
  2. Sekolah Menengah Padang Saujana
  3. Sekolah Menengah Temin [3]
  4. Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar
  5. Sekolah Menengah Pulau Tawar
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Damak
  7. Sekolah Menengah Inderapura
  8. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan (TAHAP)
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Padang Piol
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sungai Retang
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah
  12. Sekolah Menengah Kota Gelanggi 2
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
  15. Sekolah Menengah Agama Al-Basriah Kuala Tembeling

Loghat daerah Jerantut

Memandangkan Daerah Jerantut ialah sebuah daerah yang terbesar di Negeri Pahang, maka terdapat banyak loghat daerah mengikut sesuatu kawasan. Di sebelah perkampungan Kampung Baru sehinggalah ke perkampungan Ulu Cheka loghatnya adalah sama dengan sebelah Kuala Lipis yang agak meleret dan perlahan tetapi di sebelah Kuala Tembeling sehinggalah ke perkampungan Kampung Bantal di Ulu Tembeling merangkumi Kuala Tahan / Taman Negara loghatnya sudah berbeza yang lebih laju pertuturannya dan agak sukar untuk difahami.

Berikut merupakan contoh loghat daerah Jerantut:

Perkataan = Maknanya

  1. Kas = Saya/aku
  2. Aok = Awak
  3. Pedo'oh / Bobok = Tipu/bohong
  4. Pepalih = Terlebih/terlalu
  5. Habat = Pengotor
  6. Mat nya = Kenapa nya
  7. Kek nya = Tetapi
  8. Berambi = Senonoh/berhati-hati
  9. Berlimbor = Jalan berdua-dua/jalan bersebelahan
  10. Kerayai = Takut/cemas/bimbang
  11. Rodong = Kawan/teman
  12. Linyar = Permukaan yang licin
  13. Hampuras/Hampas = Tak berguna langsung
  14. Meretoh = Tidur
  15. Gampang = Kata makian/kata cacian
  16. Garas = Perihal mencuci dengan menggunakan berus
  17. Pungkor/Reba = Semak-samun, juga digunakan untuk menggantikan perkataan bohong/tipu
  18. Pandir = Bodoh
  19. Berjelejeh = Peluh yang mencurah-curah/basah kuyup
  20. Gedik = Ditujukan kepada perempuan yang gatal
  21. Mantol = Pening-pening
  22. Pepoh = Pukul/hentam
  23. Tutuh = Perbuatan mencantas dahan
  24. Mentekedaghoh = Makan/melahap
  25. Deme = Mereka/kalian
  26. Sapai = Habis
  27. Hamlor = Riang
  28. Ghobe = Terlalu/teruk
  29. Nyonyeh = Basah lenjut
  30. Lodek = Lumpur
  31. Kanyo = Riak wajah
  32. Lantak = Biarkan
  33. Lopok = Bekas untuk menyimpan sesuatu cth. lopok pensil
  34. aokme = Mereka/kalian
  35. pane = pening
  36. raban = (seperti di atas)
  37. cakne = ambil berat

Pasaraya dan francais

  • McDonalds Drive Thru
  • Texas Chicken Drive Thru
  • KFC
  • Marrybrown
  • Dominos Pizza
  • Pizza Hut
  • Secret Recipe
  • Hailam Kopitiam (Original Kuala Pilah)
  • 99 Speedmart
  • Family Mart
  • Syarikat Muda Osman
  • Econsave
  • TMG Mart
  • TF Value Mart
  • BS Freshmart
  • Classic Grocery
  • Mr.DIY
  • Agro Bazaar Jerantut Feri (eka)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Jerantut SejarahJerantut Asal usulJerantut Tokoh pejuang MelayuJerantut Statistik kawasanJerantut Tempat perlancongan dan rekreasiJerantut KampungJerantut PendidikanJerantut Loghat daerah Jerantut Pasaraya dan francaisJerantut RujukanJerantut Pautan luarJerantutKuala LumpurKuantanMalaysiaPahangPahang Darul Makmur

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nadia AqilahDubaiAbu Bakar as-SiddiqZarina ZainoordinSenarai saluran Astro NJOIAdi PutraEurocopter FennecKKN di Desa Penari (filem)Perempuan Itu (drama)MalaysiaMira FilzahSenarai Kementerian di MalaysiaPolis EVONegeri SembilanMalaysia MadaniSolat hajatOlahragaDewan Rakyat MalaysiaRespirasi selPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaIsham JalilUniversiti Utara MalaysiaHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Siti SalehaHari WesakSalahuddin al-AyyubiAngel (penyanyi)Penebangan hutanTalasemiaJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaNombor perdanaLeftenan KomanderNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarNadia BrianHarimauSunan KalijagaBendera PalestinKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Gunung KinabaluMerdeka 118Pegawai WaranPantang larang MelayuGajahAstro ShawJawatankuasa Hubungan Antara KaumNabi Lut a.s.Sijil Tinggi Agama MalaysiaLovely RunnerTakbirSenarai SBP di MalaysiaUniversiti MalayaTakdir Itu Milik AkuAntipsikotikAnna JoblingPukimakKecerdasan buatanKarbon dioksidaParti Islam Se-MalaysiaMohamad SabuMuhammad al-FatihSarawakHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMAzizulhasni AwangNora DanishKamus DewanSenarai negara mengikut sistem kerajaanHun HaqeemNasi kandarPerikatan NasionalBendera MalaysiaPolis EVO 2SainsSunan DrajatYasmin AhmadErry PutraCristiano RonaldoPetronas🡆 More