Jens Bergensten

Jens Jeb Peder Bergensten (lahir 18 Mei 1979) merupakan seorang pencipta permainan video dari Sweden .

Sejak Disember 2010, dia bekerja untuk penghasil permainan video Mojang Studios sebagai pengaturcara kod dan pencipta permainan, menjadi pengusaha utama permainan sandbox Minecraft pada tahun 2011, yang telah menjadi permainan video yang paling terlaris dalam sejarah sejak itu. Pada tahun 2013, beliau telah dinamakan sebagai salah satu daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam majalah Time.

Jens Bergensten
Jens Bergensten
Bergensten di MineCon 2011
Kelahiran (1979-05-18) 18 Mei 1979 (umur 44)
WarganegaraSweden
Nama lainJeb
Terkenal keranaPengusaha utama Minecraft
PasanganJenny Thornell (k. 2013)
Anak-anak1

Kerjaya

Bergensten mula memprogram permainan pertamanya pada usia 11 tahun menggunakan BASIC dan Turbo Pascal . Pada usia 21 tahun, dia menjadi pencipta level dan modder untuk penembak orang pertama Quake III Arena . Kemudian dia bekerja sebagai pengaturcara C++ dan Java untuk penghasil permainan Korkeken Interactive Studio, yang muflis dan menjadi Oblivion Entertainment. Ketika masa itu, dia memimpin perkembangan permainan video berperanan dalam talian, Whispers in Akarra, yang kemudian dia hentikan setelah menyimpang daripada visi kreatif asal pasukan projek itu.

Selepas kemuflisan Oblivion, Bergensten berpindah ke Malmö dan memperoleh ijazah sarjana dalam sains komputer di Universiti Lund pada tahun 2008. Semasa belajar, dia mengasaskan syarikat penghasil permainan indie, Oxeye Game Studio, bersama Daniel Brynolf dan Pontus Hammarber. Studio ini terkenal kerana penghasilan permainan platform Cobalt dan penciptaan permainan strategi masa sebenar Harvest: Massive Encounter .

Sehingga 24 November 2010, Bergensten bekerja untuk komuniti pengetahuan dalam talian, Planeto .

Mojang

Pada bulan November 2010, Bergensten pada awalnya diambil sebagai pembangun belakang Scrolls untuk Mojang, tetapi mula memprogram Minecraft secara ketara, sehingga dia mengambil alih pengusahannya sepenuhnya pada 1 Disember 2011 setelah Markus Persson turun dari kedudukan ini. Bergensten adalah sebahagian daripada pasukan yang menghasilkan Catacomb Snatch sebagai sebahagian daripada acara Humble Bundle Mojam di mana pencipta-pencipta permainan membuat sebuah permainan dari mula dalam jangka masa 60 jam. Dia juga telah menghadiri pelbagai pertandingan game jam dengan Mojang.

Kehidupan peribadi

Pada 11 Mei 2013, Bergensten berkahwin dengan Jenny Bergensten (née Thornell). Pada 10 Disember 2015, Bergensten dikurniakan seorang anak lelaki, Björn.

Permainan

  • Harvest: Massive Encounter (2008)
  • Minecraft (2011)
  • Cobalt (2016)

Rujukan

Pautan luaran

Tags:

Jens Bergensten KerjayaJens Bergensten Kehidupan peribadiJens Bergensten PermainanJens Bergensten RujukanJens Bergensten Pautan luaranJens BergenstenMinecraftMojangSwedenTime (majalah)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Mizan Zainal AbidinIsmail Mohamed SaidHaris IsmailMegat SharizalKongkekWanita SyurgaTracie SinidolMikroplastikSalahuddin al-AyyubiKuala LumpurSenarai bank di MalaysiaBungaPendidikan di IndonesiaHarumanisKementerian Kesihatan MalaysiaDaun salamDarjah kebesaran MelayuMia Sara ShaukiNatasha WilonaLapisan ozonBendera ThailandKristianKhunsa (siri TV)Senarai saluran AstroFauzi NawawiPronoKhadijah binti KhuwailidIsmail Sabri YaakobBadarawuhi Di Desa PenariInstagramFardu AinTakwim HijrahPemerintahan berajaMahathir MohamadPerodua KancilRita RudainiSekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirSemenanjung MalaysiaChacha MaembongSenarai Surah Al-QuranSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaBahasa ArabPolis EVO 2Nasha AzizPasukan bola sepak kebangsaan Emiriah Arab BersatuIskandar ChempakaBahagian di SarawakKesan rumah hijauEmpayar UthmaniyahGerak KhasCik Siti Wan KembangUniversiti Utara MalaysiaKuala TerengganuProton Holdings BerhadAl-Masih ad-DajjalPeriuk keraRahsia (filem 2023)Najis dalam IslamGunung QafSistem pembiakan manusiaAyamMustapha KamalKetua Polis Negara MalaysiaTanam paksaIbanHukum madKrisis airKelapa sawitBismillahHantu Kak Limah Balik RumahPiala ThomasSijil Tinggi Agama MalaysiaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuWudukESenarai poskod di MalaysiaJabatan Alam SekitarSejarah Malaysia🡆 More