Jack The Ripper: Pembunuh bersiri

Jack the Ripper (Jack si Perobek) adalah gelaran untuk pembunuh bersiri misteri yang melakukan rangkaian pembunuhan bersiri dan pencacatan di London, England pada abad ke-19.

Jack The Ripper: Pembunuh bersiri
Kulit majalah Puck tanggal 21 September 1889, menampilkan gambaran kartunis Tom Merry mengenai identiti pembunuh bermisteri bernama Jack the Ripper.

Pada 31 Ogos 1888 lewat tengah malam, di daerah East End di bandaraya London, England yang dikenali dengan nama Whitechapel (daerah lampu merah di London) pernah heboh dengan aksi pembunuhan bersiri sadis terhadap sejumlah wanita pelacur. Identiti pembunuh hingga kini tidak berjaya disingkapkan. Polis hanya mengetahui bahawa pembunuh menggelar dirinya sebagai "Jack the Ripper" melalui satu surat yang disebarkan media.

Jack The Ripper tidak meninggalkan satu bukti pun dalam tindakan jenayahnya, pola pembunuhannya pun tidak diketahui. Satu-satunya persamaan antara korban-korbannya ialah bahawa mereka adalah wanita pelacur. Ramai pakar menunjuk kepada kelaran dalam pada leher, perut dan pencacatan alat kelamin, pengeluaran organ dalaman, dan peningkatan pencacatan pada bahagian muka merupakan ciri-ciri modus operandi Jack the Ripper. Dua kes pertama dalam fail pembunuhan di Whitechapel, yang berkait dengan Emma Elizabeth Smith dan Martha Tabram, tidak selari dengan pola ini dan tidak diiktiraf.

Jack The Ripper membunuh mangsanya tanpa belas kasihan. Setelah memotong leher mangsanya, Jack The Ripper kemudian mencacatkan mereka. Bagaikan bayangan di waktu malam, tidak ada seorangpun yang dapat menyingkap siapakah Jack The Ripper sebenarnya. Walaupun Jack The Ripper "hanya" beraksi sekitar kurang satu tahun, korbannya sangat banyak dan telah menjadi legenda sampai sekarang.

Ada juga dugaan bahawa pelaku merupakan seorang doktor atau setidaknya orang yang mempunyai latar belakang pendidikan kedoktoran khusus dalam bidang operasi bedah kerana kelaran-kelaran di tubuh mangsanya sangat rapi yang hanya dapat dilakukan menggunakan alat-alat pembedahan kedoktoran yang memerlukan keahlian khusus.

Identiti Jack the Ripper sampai hari ini masih merupakan misteri; terdapat spekulasi menjangkakan bahawa Jack the Ripper telah menyeberangi Lautan Atlantik dan tinggal di Amerika Syarikat selepas melakukan pembunuhan-pembunuhan tersebut.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Abad ke-19EnglandLondon

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Angkor WatTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahFasha SandhaTony EusoffYouTubePutri ArianiKobe Jae ChongMyKadPerjanjian HudaibiyahTV OkeyPasukan bola sepak kebangsaan OmanKhunsaMaghribiBaju kurungLaila NasirSunan MuriaMajapahitCibaiErra FaziraAl-Masih ad-DajjalWadi AnnuarSukanSudirman (penyanyi)Pulau PangkorMenteri Pendidikan MalaysiaUndang-undangMasjidBangladeshMuchachazPulau PinangSenarai Yang di-Pertuan AgongSyed Mokhtar Al-BukharyJessica MilaNabi Muhammad SAWBajauPhat FamilyRiena DianaMedia sosialKelayakan Piala Asia AFC 2027Sonu SoodSultan Nazrin Muizzuddin ShahUniversiti Sains MalaysiaNasi lemakLabuanHassanal BolkiahSalasilah keturunan Nabi MuhammadPergerakan Negara-Negara BerkecualiPenguinHutan bakauAnak Perjanjian SyaitanHero RemajaAtomInfrastrukturAhmad Zahid HamidiShazia RozainiPerdana Menteri MalaysiaMasjid Wilayah PersekutuanFadhlina SidekSultan PahangPertubuhan Keselamatan SosialUniversiti Kuala LumpurUmar bin Al-KhattabPasukan bola sepak kebangsaan VietnamNasi kerabuHari Kebangsaan MalaysiaGeografi IndonesiaPiala Dunia FIFA 2026Shahril Sufian HamdanSel (biologi)BoBoiBoyAllahUndang-Undang Laut MelakaEtikaHang TuahPuyuProton WajaPlatipusPukimakAlat kebesaran diraja Malaysia🡆 More