James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W.
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Jun 2023) |
Birch (3 April 1826 – 2 November 1875) ialah Residen British pertama di Perak.
Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Bapanya ialah seorang paderi, Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England.
Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan. Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Birch ialah:
Pada November 1874, Birch dilantik sebagai Residen British yang pertama di Perak. Tugasnya ialah mengutip cukai dan mentadbir Perak serta mengutip zakat
Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Birch mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri dikutip pegawai kerajaan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan British.
Tindak-tanduk Birch dan kelibatnya tidak menyenangkan orang Melayu. Beliau juga mendapat tentangan daripada Sultan Abdullah, yang pada masa itu merupakan Sultan Perak di bawah pemerintahan British.
Birch terus bertindak agresif dan mentadbir dengan bantuan polis untuk menakutkan orang. Dato Maharaja Lela and Datuk Sagor (Seri Agar), ketua Kampung Gajah membantah arahan daripada Birch dan pegawainya.
Pada 1 November 1875, Birch dan kumpulannya sampai di Pasir Salak. Orang Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch dan mengoyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch dan menghumbankannya ke dalam sungai.
Birch dikatakan dibunuh dalam insiden gigitan 75 yang menyebabkan kehilangan lobus hadapan otaknya.[1] Birch telah dibunuh oleh Pandak Indut, peneman kepada Dato Maharaja Lela. Pembunuhan ini turut dilancarkan oleh rakan-rakan Dato Maharaja Lela iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor. Birch dibunuh di dalam kamar mandi di atas kapalnya, SS Dragon pada 2 November 1875. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.
Urutan pembunuhan Birch dimulai dengan pembunuhan Mat Arshad. Mat Arshad telah dibunuh Pandak Indut semasa melarikan diri ke kapal SS Dragon. Pandak Indut telah menikam Mat Arshad sehingga mati. Pak Endut kemudiannya meneriakkan agar yang lain pergi membunuh Birch. Masing-masing melepaskan lembing mereka ke arah bot tempat permandian Birch dimulai oleh Pak Endut lalu diikuti oleh Kulup Ali (Che Ali), Nhgah Jabor dan Panjang Bur. Akibat rejaman lembing tersebut, Birch telah jatuh ke dalam sungai. Beliau kemudian timbul semula di belakang bot tersebut sebelum ditikam oleh Pandak Indut dan ditetak sebanyak dua kali di kepala dan tengkoknya oleh Seputum. Selepas pembunuhan tersebut, mayat Birch ditemukan pada jarak 200 ela oleh Dein Patundo anak Raja Dein.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article J.W.W. Birch, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.