Islamofobia

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.

Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama

Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September, sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat. Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia:

Rasisme, diskriminasi kaum, antisematisme, islamofobia, xenofobia, diskriminasi, keganasan dan pembunuhan kerana orientasi seks, dan apa jua bentuk sikap tidak toleransi, melanggar nilai-nilai asas manusia dan mengancam kebebasan masyarakat.

Nota kaki

Tags:

Serangan 11 September 2001

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Susuk1OlahragaKata ganti diriMokhtar DahariMarissa YasminMohammed Hanif OmarDuerra MitildaSari YantiPenggunaSejarah Pulau PinangFrekuensi radio di KedahRevolusi KeagunganTalbis IblisIsteri-isteri Nabi MuhammadJam 24 jamMega Movie (Slot TV3)Negara PalestinLambang negeri di MalaysiaAliff AzizPosisi seksualBella AstillahPerang BadarJangkitanTugu NegaraSharifah HusnaFarah AhmadPASKAL (filem)Kata kerja transitifSenarai gunung berapi di IndonesiaKamal Affandi HashimIppo HafizProton SagaMaktab Rendah Sains MARA ArauShah RezzaPakatan HarapanSiksa NerakaMustafa Kemal AtatürkPerceraian dalam IslamAwieNasi kerabuAman Ramli JaafarKomunikasiEmma MaembongTengku Ismail Leon PetraKristianSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPerkahwinan menurut IslamPrabowo SubiantoPandemik COVID-19 di MalaysiaGununganSistem SuriaSiti NurhalizaTanda dan gejalaPulau TiomanMuhammad Haziq Bin NadzliKL Gangster 2Cristiano RonaldoAllahArab SaudiFrekuensi radio di SelangorNina JurenTunku Abdul RahmanLaksamana ArmadaRedza RosliNaim DanielPenanda wacanaHantu Kak LimahSuntikanSri Pahang FCUsul al-FiqhTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahJudiIntegritiVaksin tetanusGanjaMelakaKementerian Pertahanan Malaysia🡆 More