I Promise Janji Anaqi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Hadith Omar.
Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong dan Talha Harith. Drama ini memulakan tayangan di Astro Ria bermula 6 Disember 2021 menggantikan Sihir.
I Promise Janji Anaqi | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel I Promise karya Acik Lana |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Janji Sampai Mati" nyanyian Hasif Upin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 Episod |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Michael Ang |
Tempoh siaran | 43 minit |
Syarikat penerbitan | Juita Viden |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 6 Disember 2021 – 20 Januari 2022 |
Sepanjang Hayla (Emma Maembong) berkahwin, dia sering hidup dalam ketakutan apabila menjadi mangsa keganasan rumahtangga dari suaminya Zafran (Talha Harith). Percubaannya untuk melarikan diri dari suaminya dan memulakan kehidupan baru telah menemukannya dengan Anaqi (Sharnaaz Ahmad), seorang pembunuh upahan yang diburu akibat kisah silam.
Hayla dan Anaqi jatuh cinta, namun begitu Anaqi sentiasa mempersoalkan sama-ada dirinya itu layak menerima kasih sayang Hayla. Risau akan Hayla sekiranya hubungan mereka diteruskan, Anaqi berjanji untuk memastikan keselamatan Hayla terjamin.
Mampukah dia mengotakan janjinya itu? Adakah nasib Hayla akan berterusan sebagai mangsa keganasan?
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article I Promise Janji Anaqi, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.