Hantu

Hantu (Jawi: ‏هنتو‎code: ms is deprecated ‎) pada dasarnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-

  1. Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia seringkali dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber[[:]], hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan sama ada ia ialah khayalan atau sebahagian alam semula jadi.
  2. Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, lalu hantu dalam kefahaman ini dikatakan jin dan syaitan yang mengganggu dan menakut-nakutkan manusia.

Etimologi

Perkataan hantu merupakan turunan akar Proto-Austronesia *qaniCu yang bermaksud "roh orang mati": kognat bahasa-bahasa serumpun termasuklah antu pala dalam bahasa Iban iaitu kepala musuh buruan dan anito yang bermaksud semangat-semangat dipuja sembah dalam kalangan penduduk Kepulauan Filipina. Perkataan hantu sering ditambahkan kepada nama-nama benda sekeliling yang dipercayai berkaitan langsung kejadiannya dengan alam ghaib seperti burung hantu kerana penampakannya, spesies-spesies tumbuhan liar hutan (contohnya pisang hantu, kacang hantu dan sebagainya) serta bahagian jari hantu yang memanjang kononnya dek ditarik malaikat Izrail.:19-21, appdx. 584

Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat

Lihat juga hantu dalam masyarakat Melayu.

Hantu seringkali digambarkan sebesar dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadangkala ia tidak dapat dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, tidak terdapat penjelasan yang logik.

Di Barat, mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan, tempat, menurut doktorin Khatolik bukan ortodoks, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptiskan tinggal. Penting diketahui bahawa walaupun Protestan dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Kristian Anglikan dan Katolik (dan Spiritualisme Kristian), mempercayai hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).

Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai akan kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka daripada hak dilahirkan semula. Mangsa "pembunuh" paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.

Dalam agama Hindu, hantu dikenali sebagai asura yang sering digambarkan dalam epik Ramayana dan Mahabarata dan tiada penerangan khusus tentang kewujudannya dalam buku Garuda Purana.

Kedua-dua masyarakat Timur dan Barat berkongsi dasar yang sama mengenai hantu. Hantu merayau-rayau sekitar tempat yang mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai "rumah berhantu"; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai "penghantuan". Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mereka sering pakai semasa hidup.

Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu lapar. Makhluk yang dapat merasa dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai "hantu bergaduh".

Hantu dalam Islam

Dalam Islam, hantu lebih dikenali sebagai makhluk yang dicipta daripada lidah api tidak berjelaga, iaitu jin. Tidak disangkal, syaitan juga dicipta daripada lidah api tidak berjelaga. Dalam kefahaman orang Islam, syaitan hanya menggoda manusia untuk melakukan kejahatan. Syaitan tidak merasuk badan manusia sepertimana jin merasuk badan manusia.

Sekiranya jin merasuk badan manusia, terdapat dua kemungkinan. Pertama, jin itu menurut arahan daripada tuannya (pembela saka) untuk mengganggu orang yang dimusuhi kerana dendam atau iri hati. Kedua, bomoh/pawang itu sedang melakukan ritual menurun. Situasi menurun yang dialami oleh bomoh/pawang ialah keadaan jin menjadikan badan bomoh/pawang itu sebagai perantaraan untuk rawatan tradisional.

Memang dipercayai tempat bermastautin jin di alam ghaib. Maksud ghaib ialah tersembunyi atau lebih tepat lagi manusia tidak boleh melihat alam jin. Walaupun alam jin ialah alam ghaib, tidak bermakna jin tidak boleh menjelma di alam kenyataan kehidupan manusia. Jika jin tidak boleh menjelma di alam realiti manusia, tentu pembela saka dapat berdamping dengan jin, tentu bomoh/pawang tidak boleh melakukan ritual rawatan tradisionalnya iaitu menurun.

Analisis pengkaji sejarah

Walaupun sesetengah orang menerima hantu sebagai kenyataan, ramai lagi yang lain mempersoalkan kewujudan hantu.

Pemaham mungkin cuba menjelaskan hantu yang kelihatan dengan menggunakan prinsip pencukur Occam (Occam's razor), yang mana dinyatakan bahawa penjelasan yang mudah dan memadai bagi sebarang keadaan atau fenomena ialah yang penjelasan yang paling mungkin.

Hal ini bererti bahawa motif dan keikhlasan orang yang melaporkannya dipersoalkan. Sebagai contoh, hantu yang berkeliaran biasanya dikaitkan dengan dendam atau mencari keadilan. Meletakkan kuasa dan motif sedemikian kepada orang mati boleh ditafsirkan sebagai taktik menakutkan mereka yang mungkin menimbangkan keinginan untuk membunuh seseorang.

Kedua, kemungkinannya penipuan atau penipuan perlu ditimbangkan iaitu mereka yang melaporkannya dianggap sebagai mangsa. Berkemungkinan bahawa kadang-kala menceritakan cerita hantu mungkin satu cara bagi masyarakat terpencil bagi menghindari penceroboh. Juga berkemungkinan bahawa sekiranya taktik ini gagal, ia boleh diperbaiki dengan seseorang daripada masyarakat tersebut berlakon sebagai hantu.

Ketiga, penjelasan berasaskan pengetahuan mengenai psikologi manusia diberikan. Sebagai contoh, kemunculan hantu seringkali dikaitkan dengan gambaran bayang lutsinar, kelam, pudar, dan perasaan sejuk. Tetapi tindak balas haiwan biasa kepada ketakutan ialah rambut dan bulu roma yang menegak, yang boleh dikelirukan dengan rasa sejuk.

Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat peka mengesan pergerakan, tetapi tidak peka bagi warna atau menumpui bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan di luar penglihatan tumpuan boleh menghasilkan ilusi bentuk.

Kewujudan infrabunyi semula jadi yang berlaku di bawah frekuensi yang boleh didengari manusia (di bawah 20 hertz), mampu menjelaskan kecenderungan merasakan "kehadiran" dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.

Faktor psikologi sering kali disebut sebagai penjelasan bagi kejadian penampakan hantu: mereka yang lemah semangat cenderung membesar-besarkan apa yang dilihat apabila melawat tapak kejadian sesuatu sejarah yang tidak diingini. Gambaran tertentu seperti gambar dan filem mungkin mendorong seseorang mengaitkan struktur tertentu atau kawasan sebagai berhantu kerana apa yang dilihatnya dalam filem.

Beberapa gambaran mengenai hantu pernah ditangkap secara tidak sengaja oleh masyarakat setempat. Kebanyakan gambar yang diambil adalah di tepi jalan, kuburan, dan rumah-rumah sakit. Bayangan dalam gambar ini menunjukkan bayangan hitam, kepulan asap, rupa wajah dan juga cahaya yang terang. Tetapi kesahihannya masih belum diketahui.

Beberapa komuniti masyarakat telah mengelaskan pelbagai jenis hantu. Antaranya ialah pontianak, toyol, dan sebagainya.

Rujukan

Pautan luar

Pertubuhan penyiasatan hantu:

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Hantu, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Hantu EtimologiHantu Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangatHantu dalam IslamHantu Analisis pengkaji sejarahHantu RujukanHantu Pautan luarHantuTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aman Ramli JaafarSekali Lagi Cinta KembaliJangkitanMatlamat Pembangunan MampanKristianImam MahdiSeks oralKhir RahmanMisteri DilailaBabiKesumHinduismeSungai BulohSyerifDewan Bahasa dan PustakaPuteri KhareezaErysha EmyraUjian dadahGunung JeraiPahangKhunsa (siri TV)KesihatanMinal 'Aidin wal-FaizinPenggunaYassin YahyaUniversiti MalayaTakwim HijrahKamal Affandi HashimTalbis IblisAyat kursiNegarakuAdi PutraFarajLapisan ozonDarjah kebesaran MelayuZul AriffinKitar semulaLiberalismeSenarai Sultan Empayar UthmaniyahHari WesakNegeri-negeri Melayu BersekutuRiena DianaRevolusi KeagunganDaerah di SabahJohor BahruIbanSenarai gunung berapi di MalaysiaMichael (malaikat utama)PerlisGabenor Bank Negara MalaysiaOne Cent ThiefSiti Hasmah Mohamad AliAsmidarAtikah SuhaimeProton SagaRozita Che WanSolat Sunat RawatibSlot SamarindaFrekuensi radio di MelakaAirCuti umum di MalaysiaRukun ImanBendera ThailandMohamad bin HasanMakkahPerakNabila HudaBuliFadillah YusofFalasiSharifah AiniTanda dan gejalaPuteri BalqisCerita Rakyat MalaysiaSejarah Pulau PinangBunga rayaPutrajayaHari GawaiSofia Jane🡆 More