Google Terjemah: Perkhidmatan terjemahan mesin berbilang bahasa

Google Terjemah ialah perkhidmatan penterjemahan mesin dibangunkan oleh Google untuk menterjemahkan teks, ucapan, imej, laman web, atau video masa nyata daripada satu bahasa kepada suatu bahasa lain yang dikehendaki.

Perkhidmatan ini ditawarkan baik dalam bentuk antara muka laman web mahupun aplikasi mudah alih untuk sistem-sistem operasi Android dan iOS, dan API yang membantu pengatur cara membina sambungan pelayar dan aplikasi perisian. Terjemahan Google menyokong lebih daripada 100 bahasa pada pelbagai peringkat dan sehingga Mei 2013, berfungsi bagi lebih dari 200 juta orang setiap hari.

Google Terjemah
Google Terjemah: Ciri-ciri, Bahasa yang disokong, Rujukan
Paparan skrin
Google Terjemah: Ciri-ciri, Bahasa yang disokong, Rujukan
Paparan skrin terjemahan Google
Maklumat umum
URLtranslate.google.com
JenisTerjemahan
Tersedia dalamBerbilang bahasa Edit the value on Wikidata
Ditubuhkan28 April 2008 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikGoogle
PenciptaGoogle Edit the value on Wikidata
PengasasGoogle Edit the value on Wikidata
Pendaftarantidak perlu
Pembangun webGoogle Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Blog rasmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia dilancarkan pada April 2006 sebagai perkhidmatan penterjemahan mesin statistik, ia menggunakan transkrip Bangsa-bangsa Bersatu dan Parlimen Eropah untuk mengumpulkan data linguistik. Bukannya menterjemahkan bahasa secara langsung, ia mula-mula menterjemahkan teks kepada bahasa Inggeris dan kemudian kepada bahasa sasaran. Semasa terjemahan, ia mencari corak dalam berjuta-juta dokumen untuk membantu membuat keputusan terjemahan terbaik. Ketepatannya telah dikritik dan ditertawakan beberapa kali. Pada bulan November 2016, Google mengumumkan bahawa Terjemahan Google akan beralih kepada enjin terjemahan mesin neural - Google Neural Machine Translation (GNMT) - yang menterjemahkan "seluruh kalimat pada satu-satu masa, bukan sekadar perkataan dengan menggunakan konteks yang lebih luas untuk membantu memikirkan terjemahan yang paling relevan, yang kemudiannya disusun semula dan disesuaikan untuk menjadi lebih seperti pertuturan manusia dengan tatabahasa yang betul." Pada mulanya hanya dibolehkan untuk beberapa bahasa pada 2016, GNMT secara beransur-ansur digunakan untuk lebih banyak bahasa.

Ciri-ciri

Google Terjemah mampu menterjemahkan pelbagai bentuk teks dan media, termasuk teks, ucapan, imej, tapak, atau video masa nyata, daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Ia menyokong lebih daripada 100 bahasa pada pelbagai peringkat dan sehingga Mei 2013, berkhidmat bagi lebih daripada 200 juta orang setiap hari. Untuk sesetengah bahasa, Terjemahan Google boleh melafazkan teks yang diterjemahkan, menyerlahkan perkataan dan frasa yang bersesuaian dalam teks sumber dan sasaran, dan bertindak sebagai kamus ringkas untuk input perkataan tunggal. Jika "Kesan Bahasa" dipilih, teks dalam bahasa yang tidak diketahui dapat dikenal pasti secara automatik. Jika pengguna memasuki URL dalam teks sumber, Terjemahan Google akan menghasilkan hiperpautan ke laman web terjemahan mesin. Pengguna boleh menyimpan terjemahan dalam "buku frasa" untuk kegunaan kemudian. Bagi sesetengah bahasa, teks boleh dimasukkan melalui papan kekunci maya pada skrin, melalui pengecaman tulisan tangan, atau pengecaman pertuturan.

Integrasi Pelayar

Google Terjemah tersedia di sesetengah pelayar web sebagai pelanjutan pilihan tambahan yang boleh dimuat turun yang boleh menjalankan enjin terjemahan. Pada bulan Februari 2010, Terjemahan Google disepadukan ke penyemak imbas Google Chrome secara lalai, untuk terjemahan laman web automatik pilihan.

Bahasa yang disokong

Bahasa-bahasa berikut disokong oleh Google Terjemah.

  1. bahasa Afrikaans
  2. bahasa Albania
  3. bahasa Amhara
  4. bahasa Arab
  5. bahasa Armenia
  6. bahasa Azerbaijan
  7. bahasa Basque
  8. bahasa Belanda
  9. bahasa Belarus
  10. bahasa Benggali
  11. bahasa Bosnia
  12. bahasa Bulgaria
  13. bahasa Burma
  14. bahasa Catalonia
  15. bahasa Cebuano
  16. bahasa Cherokee
  17. bahasa Cewa
  18. bahasa Cina (moda aksara ringkas dan tradisional)
  19. bahasa Corsica
  20. bahasa Croatia
  21. bahasa Czech
  22. bahasa Denmark
  23. bahasa Dzongkha
  24. bahasa Esperanto
  25. bahasa Estonia
  26. bahasa Filipina
  27. bahasa Finland
  28. bahasa Frisia Barat
  29. bahasa Gaelik Scotland
  30. bahasa Galicia
  31. bahasa Georgia
  32. bahasa Gujarati
  33. bahasa Kantonis
  34. bahasa Kreol Haiti
  35. bahasa Hausa
  36. bahasa Hawaii
  37. bahasa Hindi
  38. bahasa Hmong
  39. bahasa Hungary
  40. bahasa Ibrani
  41. bahasa Iceland
  42. bahasa Igbo
  43. bahasa Inggeris
  44. bahasa Ireland
  45. bahasa Itali
  46. bahasa Jawa
  47. bahasa Jepun
  48. bahasa Jerman
  49. bahasa Kannada
  50. bahasa Kazakh
  51. bahasa Khmer
  52. bahasa Kinyarwanda
  53. bahasa Korea
  54. bahasa Kurdi (Kurmanji)
  55. bahasa Kurdi (Sorani)
  56. bahasa Kyrgyz
  57. bahasa Lao
  58. bahasa Latin
  59. bahasa Latvia
  60. bahasa Lithuania
  61. bahasa Luxembourg
  62. bahasa Makedonia
  63. bahasa Malagasi
  64. bahasa Malayalam
  65. bahasa Malta
  66. bahasa Māori
  67. bahasa Marathi
  68. bahasa Melayu
  69. bahasa Mongolia
  70. bahasa Nepal
  71. bahasa Norway
  72. bahasa Odia
  73. bahasa Pashto
  74. bahasa Parsi
  75. bahasa Perancis
  76. bahasa Poland
  77. bahasa Portugis
  78. bahasa Punjabi
  79. bahasa Romania
  80. bahasa Rusia
  81. bahasa Samoa
  82. bahasa Sepanyol
  83. bahasa Serbia
  84. bahasa Sotho
  85. bahasa Shona
  86. bahasa Sicilia
  87. bahasa Sindhi
  88. bahasa Sinhala
  89. bahasa Slovak
  90. bahasa Slovenia
  91. bahasa Somali
  92. bahasa Sunda
  93. bahasa Swahili
  94. bahasa Sweden
  95. bahasa Tajik
  96. bahasa Tamazight
  97. bahasa Tamil
  98. bahasa Tatar
  99. bahasa Telugu
  100. bahasa Thai
  101. bahasa Tibet
  102. bahasa Turki
  103. bahasa Turkmen
  104. bahasa Ukraine
  105. bahasa Urdu
  106. bahasa Uyghur
  107. bahasa Uzbek
  108. bahasa Vietnam
  109. bahasa Wales
  110. bahasa Wolof
  111. bahasa Xhosa
  112. bahasa Yiddish
  113. bahasa Yoruba
  114. bahasa Yunani
  115. bahasa Zulu

Rujukan

Tags:

Google Terjemah Ciri-ciriGoogle Terjemah Bahasa yang disokongGoogle Terjemah RujukanGoogle Terjemah Pautan luarGoogle TerjemahAndroid (sistem pengendalian)Aplikasi mudah alihBahasaGoogleIOSPenterjemahanPenterjemahan mesinSambungan pelayar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

An-Nuayman bin AmrMata anginOrang Asli di MalaysiaMahathir MohamadSyamsul YusofSuntikanSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimMohd Noor Helmy Abdul HalemIslam di MalaysiaIntan NajuwaSungai BulohJabatan Kastam Diraja MalaysiaRozita Che WanKongsi RayaSophia AlbarakbahXPDCBendera MalaysiaTuanku MuhrizRaja berperlembagaanSyed Mokhtar Al-BukharyCongkakDuerra MitildaBank Negara MalaysiaAlhamdulillahHari WesakIslamFalsafah Pendidikan MalaysiaTanam paksaIman TroyeLuqman AbdullahSerangan Iran ke atas Israel 2024Azzim ZahidSrivijayaKota KinabaluNegeri-Negeri SelatMy Lovely DriverMahatma GandhiWawasan 2020Atikah SuhaimeJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaPeribahasaSistem SuriaKelawar BuasBunga kertasPenjodoh bilangan bahasa MelayuBaju tradisional MelayuRangka manusiaJohor Darul Ta'zim F.C.Frekuensi radio di SelangorBumiputera di SabahAsmidarNegeri-Negeri MelayuKuala TerengganuKementerian Dalam Negeri MalaysiaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Darjah Khas Agama JohorKerajaan Bani UmaiyahElizabeth TanVaksin tetanusEmelda RosmilaKerenggaBola jaringMasya-AllahArthur Joseph KurupSex Drive (filem)Kesultanan Melayu MelakaLaila NasirKata ganti diriSarimah IbrahimKulitPerang AhzabAsiaHaron DinMasjid Sri SendayanTikTok🡆 More