Fathul Bari Mat Jahya: Ulama Muda

Dato' Dr.

Fathul Bari Mat Jahya ialah seorang pendakwah Islam dan Exco Pemuda UMNO yang aktif mengajar di majlis-majlis pengajian ilmu di dalam dan luar negara. Beliau lahir di Kepala Batas, Kedah pada 4 November 1980. Kini, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).

YH

Fathul Bari Mat Jahya

DIMP (Pahang)
Fathul Bari Mat Jahya: Pendidikan, Portfolio, Seminar Kembara Ilmu
Pengerusi
Perbadanan PR1MA Malaysia
Memegang jawatan
2021
Didahului olehShahidan Kassim
Butiran peribadi
LahirFathul Bari bin Mat Jahya
(1980-11-04) 4 November 1980 (umur 43)
Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Ibu bapaMat Jahya Hussin
PendidikanB.A. (2004), M.A. (2006), Ph.D. (2013)
Alma materUniversiti Islam Madinah (B.A)
Universiti Yarmouk, Jordan (M.A)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ph.D.)
PekerjaanExco Pemuda UMNO

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (1993-1995)
  • Maahad Tahfidz al-Qur'an, Negeri Terengganu (1996-1999)
  • Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999-2000)
  • Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah peringkat ijazah Sarjana Muda B.A Hadith dan Pengajian Islam (2000-2004)
  • Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk Jordan peringkat Sarjana M.A Usuluddin (Hadith) (2005-2006)
    Guru-guru di Kota Madinah

Ketika menuntut di Madinah, beliau berguru dengan banyak ulama' Ahlus Sunnah yang terkemuka pada zaman ini. Antaranya adalah Muhaddis (pakar hadis) Kota Madinah iaitu Syeikh Abdul Muhsin bin Hammad al-'Abbad. Syeikh Abdul Muhsin merupakan antara ulama' hadis agung setelah Syeikh al-Albani. Selain itu beliau juga berguru kepada Syeikh Professor Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili dan Syeikh Dr. Abdullah Al Bukhari.

    Guru-guru di Jordan

Semasa berada di Jordan beliau sempat bermulazamah (melazimi) dan bertalaqqi bersama beberapa masyaikh yang pernah berguru langsung dengan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah, seorang pakar hadis terulung abad ini. Antara guru beliau termasuklah Syeikh Ali Hasan al-Halabi, Syeikh Abu Usamah Salim bin Eid al-Hilaly as-Salafy al-Atsary, Shaikh Muhammad Musa Nasr dalam bidang hadis, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan bin Mahmud bin Salman dalam bidang fiqh. Malah beliau juga telah mendalami kitab tafsir al-Kashshaf (الكشاف) yang ditulis oleh az-Zamakhsyari, seorang ilmuan atau 'aalim firqah Mu'tazilah. Hal ini dilakukan setelah beliau mendapat kebenaran daripada guru-guru beliau.

Portfolio

Pernah mengisi jawatan Penasihat Agama di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU).

Selain dijemput menyampaikan syarahan da membentangkan kertas kerja beliau juga merupakan salah seorang moderator rancangan televisyen Hello Malaysia, Bernama TV.

Beliau beberapa kali dijemput menyampaikan syarahan di luar negara seperti Brunei, Indonesia, Qatar dan Australia.

Selain itu beliau juga telibat sebagai salah seorang Sukarelawan dan Perunding Korporat bagi Pusat Perunding YaPEIM (PPY).

Seminar/ Kembara Ilmu

Dalam Negara

  1. Wacana Perdana : PRU 13 Masa Depan Islam, Kelantan (2012)
  2. Seminar Gerakan Terorisma, Takfir & Jihad, Memorial Tun Hussein On, Kuala Lumpur (2011)
  3. Dauroh Kutub Sittah (kitab hadis yang enam), Perlis (2010)
  4. Jalinkan Hubungan Leraikan Pertelingkahan, Seminar Siapakah Ahlu Al-Sunnah wa Al-Jamaah (ASWJ)… Antara Gelaran dan Realiti, Perlis (2009)

Luar Negara

  1. Syarahan "Prinsip Akidah Ahlus Sunnah & Kekeluargaan Islam" di Darul Iffah, Brunei Darussalam (Oktober 2012)[1]
  2. Siri Jelajah Australia (Jun 2012)
  3. Siri Jelajah Qatar & Oman, Memahami Al-Manhaj Al-Islami Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah (Mac 2012)
  4. Dauroh Islam Ilmiyyah, Auditorium Hang Islamic Centre Batam (Dis 2011)

Penulisan

Selain menyampaikan syarahan, beliau juga aktif menulis. Kolum beliau boleh dibaca pada setiap Ahad akhbar Sinar Harian (an-Nasihah) dan Harian Metro (Minda) edisi hari Jumaat. Himpunan tulisan beliau boleh dibaca melalui blog peribadi beliau dan laman web rasmi iLMU.

Kenyataan dalam media arus perdana

Dr. Fathul Bari adalah sangat kritis dalam mengulas isu Ulama 'dalam parti pemerintah UMNO. Dia juga berkata bahawa ulama 'tidak perlu jawatan untuk bersuara kerana mereka menegakkan kebenaran dan hendaklah bertindak di atas prinsip agama. .

Dr. Fathul Bari juga membidas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana menghasut bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Beliau juga menyatakan bahawa Lim Guan Eng tidak perlu mengambil isu ini sebagai senjata politik kerana ia akan mengganggu keseluruhan majoriti Islam di negara ini.

Kritikan

Dr. Fathul Bari mendapat kritikan pedas dan nasihat berhikmah daripada dua orang tokoh Islam di Malaysia iaitu al-Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti negeri Perlis semasa program Wacana Perdana di Kelantan atas kontroversi politik beliau dan Ulama' Hadits dan Dakwah unggul di Malaysia iaitu Syeikh Maulana al-Ustaz Haji Abdul Hamid Chin, Mudir di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, Selangor yang juga mempunyai sanad hadits daripada al-Imam Bukhari sepertimana Ulama Hadits Malaysia lainnya seperti al-Ustaz Dr. Abdul Basit kerana kritis Dr. Fathul Bari ke atas kitab Fadhail Amal karangan Ulama' Hadits, Syeikh Maulana Zakariyya al-Kandahlawi. Bagaimanapun, al-Ustaz Dr. Abdul Basit mengaku bahawa kitab Fadhail Amal ada mengandungi hadis daif dan hadis mauduk. Beliau digesa untuk memohon kemaafan kepada institusi Hadits seluruh Malaysia secara terbuka dan memohon taubat kepada Allah Taala.

Anugerah

Rujukan

Tags:

Fathul Bari Mat Jahya PendidikanFathul Bari Mat Jahya PortfolioFathul Bari Mat Jahya Seminar Kembara IlmuFathul Bari Mat Jahya PenulisanFathul Bari Mat Jahya Kenyataan dalam media arus perdanaFathul Bari Mat Jahya KritikanFathul Bari Mat Jahya AnugerahFathul Bari Mat Jahya RujukanFathul Bari Mat JahyaIslamKedahUMNO

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perempuan Itu (drama)KomunikasiSultan Iskandar ibni Sultan IsmailBumiputera di SabahMohamed Salleh IsmaelNur Amira SyahiraKhawarijKhir RahmanAedy AshrafJohan Raja LawakPanglima Angkatan TenteraLimau nipisPolis Diraja MalaysiaAliff AzizJenis air untuk bersuci dalam IslamSiti NurhalizaJalaluddin HassanPembentukan MalaysiaHarissa AdlynnPerang BadarSolat hajatGolongan kata (bahasa Melayu)J RevolusiNabi Muhammad SAWDaun salamGanjaAdat resam kahwin MelayuChinta Wrong DirectionPerikatan NasionalPneumoniaAyat kursiKata sendi (bahasa Melayu)Frekuensi radio di JohorUnifi TVMarissa YasminYang di-Pertua Negeri SarawakAnugerah AidilfitriKota KinabaluTunJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahSenarai SBP di MalaysiaPulau TiomanSejarahPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Ahmad Tarmimi SiregarA FamosaSoffi JikanAngeline TanMisteri DilailaLengkuasRazarudin HusainHari Kebangsaan MalaysiaMelisha SidabutarSejarah SingapuraMuaz ZabirCuti umum di MalaysiaNabila RazaliVirusPandemik COVID-19 di MalaysiaPiala FA MalaysiaBukit Tinggi, PahangSlot LestaryJohan GhazaliEmelda RosmilaRaja berperlembagaanPendidikan di MalaysiaKedah TuaRaja AzmiMunafik (filem)Cristiano RonaldoLaluan Kelana JayaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSophia LianaRita RudainiErma FatimaLee Chong WeiNgajatAbdul Rahman HashimUthman bin Affan🡆 More