Elvina Mohamad: Pelakon wanita Malaysia

Datin Norzalina Elvina Mohamad (Jawi: ايلۏين محمد; lahir 25 Januari 1995) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau terkenal dengan menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh... I Love You, Jojie Gigil dan Takdir Yang Tertulis.


Elvina Mohamad
Kelahiran
Norzalina binti Mohamad

(1995-01-25) 25 Januari 1995 (umur 29)
Nama lainElvina Teylv, Elvina Dayana
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2014–kini
PasanganDato' Mohd Haniff Borhan (k. 2018)
Anak-anak2
Ibu bapaMohamad Ibrahim (bapa)
Mariah Husin (ibu)

Kehidupan awal

Elvina dilahirkan sebagai Norzalina binti Mohamad pada 25 Januari 1995 di Teluk Intan, Perak kepada pasangan Mohamad Ibrahim dan Mariah Husin. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik serta mempunyai darah campuran Melayu dan Kemboja. Elvina memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Elvina mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2018) dan sejak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.

Elvina muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner dan Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu. Seterusnya, beliau berlakon dalam drama bertajuk Shhh... I Love You sebagai watak utama. Ketiga-tiga drama tersebut disiarkan di Slot Akasia TV3.

Selain itu, beliau juga membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang ditayangkan di TV3 menerusi Slot Dahlia. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3.

Kerjaya filem Elvina bermula pada 2016 apabila pelakon dan pengarah veteran Ahmad Idham menawarkan beliau berlakon dalam filem Mat Moto Otai yang dibintangi oleh Opie Zami, Eizlan Yusof dan Cat Farish. Beliau kemudian membintangi filem Zombitopia (2021) arahan Woo Ming Jin, lakonan bersama Shaheizy Sam dengan memegang watak sebagai Zooey.

Kehidupan peribadi

Pada 18 Mac 2018, Elvina telah sah menjadi isteri kepada Dato' Mohd Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan permotoran. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy-Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani, kira-kira jam 3.25 petang.

Pada 30 Mei 2018, Mohd Haniff ditahan oleh pihak polis berhubung kes penipuan pelaburan Forex (GWFGFX) dan Bitcoin Bitkingdom, Elvina tampil memberikan penjelasan berhubung penahanan suaminya namun berkata suaminya dianiaya.

Elvina dan Mohd Haniff dikurniakan seorang anak lelaki sulung yang bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 30 November 2018.

Pada 20 April 2023, Elvina selamat melahirkan anak lelaki keduanya yang bernama Ean Maleeq.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Mat Moto Otai Johana Filem pertama
2021 Zombitopia Zooey
2022 Seratus Penampilan khas
2024 Waruga: Kutukan Ilmu Hitam Ardila

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Baby Ana Milik Siapa? Anis TV3
2015 Anak Ke-5 Marlia TV9
2016 Cinta Si Wedding Planner Dayana TV3
Mariam Alisa Mariam Alisa
2017 Suamiku Paling Sweet Nurul Hanna Asyikin
Shhh... I Love You Nur Nadia Omar
Jojie Gigil Jojie
2018 Kalis Kasih Dania
Solat Zila Episod: "Dekatkan Kami DenganMu"
Isteri Untuk Diiktiraf Saffiya TV1
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! Afrina Izzati Astro Ria
Sejuta Rasa Buat Adelia Joanna
2019 Demi Rindumu Rania
2020 Seadanya Aku Wina TV3
2021 Takdir Yang Tertulis Ruhila
2022 Derhaka Cinta Jebat Aishah TV1
Lockdown 2 Amira Astro Ria
Takdir Cinta Dhia Dhia Zahra Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Bella Mencari Cinta Bella TV9
Bening Cahaya Maulid Suria TV3
2017 Kung Fu Kaw Saleha
Imamkan Aku Asma TV9
2018 Muara Fida TV Okey
2020 Aku Bukan Syurgamu Khayla TV1
2022 Syurga Noah TV9

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Sepahtu Reunion Live Mira Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Aku Bukan Malaikat"
Embun Artis Jemputan: Episod "Penunggu Penambang"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Artis Baru Wanita Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Elvina Mohamad Kehidupan awalElvina Mohamad KerjayaElvina Mohamad Kehidupan peribadiElvina Mohamad FilemografiElvina Mohamad Anugerah dan pencalonanElvina Mohamad RujukanElvina Mohamad Pautan luarElvina MohamadCinta Si Wedding PlannerDatinJawiJojie GigilMalaysiaShhh... I Love YouTakdir Yang Tertulis

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaLapisan ozonInstagramWhatsAppSharifah ShahirahPemberontakan India 1857Negara-Negara KomanwelAbang AdikKanun KeseksaanNabi Muhammad SAWJohorPenjajahan Jepun di Tanah MelayuFrekuensi radio di KedahPenggunaHannah DelishaMarissa YasminPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaBatik Air MalaysiaSenarai gunung berapi di IndonesiaKonfrontasi Indonesia–MalaysiaKuala TerengganuIkanJawatankuasa Hubungan Antara KaumErry PutraKhir RahmanSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaKata adjektifSlot LestaryPuteri KhareezaPokok MambuOrang Melayu MalaysiaPertubuhan Keselamatan SosialKrisis airSepahtu Reunion Al-RayaSofia JaneSarimah IbrahimArcaTeknologiTayamumMunafikGunung RuangSultan PerakNabi Adam a.s.Polis EVO 3ZodiakPendidikan di IndonesiaArab SaudiNeelofaPerodua AxiaBismillahKristianAbdul Taib MahmudFrekuensi radio di TerengganuNabi Sulaiman a.s.2024 di MalaysiaHarris AlifFrekuensi radio di MelakaAsiaAllahKumpulan advokasiKarbon dioksidaImam MahdiBeto KusyairyProton Saga (generasi kedua)MydinNabi Musa a.s.Taman Negara MalaysiaSistem pernafasanPersekutuan Pengakap MalaysiaLatParameswaraBendera dan jata PerakNombor dalam budaya CinaOne Cent ThiefPeroduaAisha RetnoFardu KifayahLemang🡆 More