Dewan Kemasyhuran Hoki

Dewan Kemasyhuran Hoki adalah sebuah muzium dan dewan kemasyhuran yang terletak di Toronto, Ontario, Kanada.

Didedikasikan untuk sejarah hoki ais, muzium ini mempamerkan perihal para pemain, pasukan, rekod Liga Hoki Kebangsaan (NHL), memorabilia dan trofi-trofi NHL, termasuklah Piala Stanley. Ditubuhkan di Kingston, Ontario, Dewan Kemasyhuran Hoki telah diasaskan pada tahun 1943 di bawah kepimpinan James T. Sutherland. Kelas pertama untuk anggota terhormat telah dimasyhurkan pada 1945, sebelum Dewan Kemasyhuran ini mempunyai lokasi tetap. Ia dipindahkan ke Toronto pada tahun 1958 selepas NHL menarik balik sokongannya untuk Dewan Kemasyhuran Hoki Antarabangsa di Kingston, Ontario kerana masalah kewangan. Bangunan tetap pertama dibuka di Exhibition Place pada 1961. Dewan itu kemudiannya ditempatkan semula pada 1993, dan kini ia berada di pusat bandaraya Toronto, di dalam kawasan Brookfield Place dan bangunan bersejarah Bank Montreal. Dewan Kemasyhuran Hoki telah mengadakan pameran Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) dan Dewan Kemasyhuran IIHF sejak 1998.

Dewan Kemasyhuran Hoki
ديوان كمشهورن هوكي
Dewan Kemasyhuran Hoki
Mukaan dewan
Maklumat am
Ditubuhkan1943 (1943)
Maklumat pentadbiran
PengasasJames T. Sutherland
Naib presiden
  • Craig Baines
  • Peter Jagla
  • Phil Pritchard
PengarahKelly Masse
Ketua pegawai eksekutif
Jeff Denomme
KuratorPhil Pritchard
Arkitek
Maklumat geografi
NegaraDewan Kemasyhuran Hoki Kanada
Bandaraya
Lokasi
30 Yonge Street
Koordinat43°38′49″N 79°22′38″E / 43.646976°N 79.377253°E / 43.646976; 79.377253 79°22′38″E / 43.646976°N 79.377253°E / 43.646976; 79.377253
Maklumat pelawat
Laman sesawang
Maklumat tambahan
Dimasyhurkan
  • 289 pemain
  • 112 pembina
  • 16 pegawai atas ais
  • Jumlah: 417
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada para pemain, jurulatih dan mereka yang berkaitan seramai 18 orang akan bertemu setiap tahun pada bulan Jun untuk memilih anggota terhormat yang baru, yang dilantik sebagai pemain, pembina atau pegawai atas ais. Pada 2020, satu kategori kecil telah ditubuhkan untuk pemain wanita. Kategori pembina termasuklah jurulatih, pengurus besar, pengulas, pemilik pasukan dan lain-lain yang membantuk membina permainan. Anggota-anggota terhormat dilantik ke dalam dewan kemasyhuran dalam satu acara tahunan yang diadakan di bangunan Dewan Kemasyhuran Hoki pada bulan November, yang kemudiannya diikuti oleh "permainan Dewan Kemasyhuran Hoki" istimewa di antara pasukan Toronto Maple Leafs dan pasukan pelawat. Setakat 2020, 289 orang pemain (termasuklah 7 orang wanita), 112 pembina dan 16 orang pegawai atas ais telah dipilih dalam dewan kemasyhuran ini. Dewan ini memperoleh kritikan kerana lebih menumpu kepada para pemain daripada Liga Hoki Kebangsaan dan mengabaikan pemain-pemain daripada liga-liga Amerika Utara dan antarabangsa yang lain.

Sejarah

Dewan Kemasyhuran Hoki telah ditubuhkan melalui usaha James T. Sutherland, bekas presiden Persatuan Hoki Amatur Kanada (CAHA). Sutherland berusaha menubuhkannya di Kingston, Ontario kerana beliau percaya bahawa bandar itu merupakan tempat lahir bagi hoki. Pada 1943, Liga Hoki Kebangsaan (NHL) dan CAHA mencapai persetujuan bahawa satu dewan kemasyhuran akan ditubuhkan di Kingston. Pada asalnya dipanggil sebagai "Dewan Kemasyhuran Hoki Antarabangsa", mandatnya adalah untuk mengiktiraf para pemain hoki yang hebat dan mengumpul dana bagi lokasi tetap. Sembilan orang "anggota terhormat" pertama telah dilantik pada 30 April 1945, walaupun dewan ini masih belum mempunyai tempat yang tetap.

Dewan Kemasyhuran Hoki 
Muka bangunan Dewan Kemasyhuran di Exhibition Place. Dewan Kemasyhuran Hoki menggunakan sebahagian daripada bangunan dari 1961 hingga 1992.

Kingston kehilangan penyokongnya yang paling berpengaruh sebagai tapak tetap untuk Dewan Kemasyhuran Hoki apabila Sutherland meninggal dunia pada 1955. Pada tahun 1958, dewan ini masih belum mempunyai dana yang mencukupi untuk membina bangunan kekal di Kingston. Clarence Campbell (yang kemudiannya presiden NHL) menarik balik sokongan NHL untuk menempatkan dewan ini di Kingston setelah pembinaan masih belum dimulakan. Pada Januari 1958, NHL dan Pameran Kebangsaan Kanada (CNE) mencapai persetujuan untuk bangunan dewan kemasyhuran baru di Toronto dan Frank J. Selke dinamakan sebagai pengarah urusan projek tersebut.

Dewan Kemasyhuran Hoki sementara dibuka sebagai pameran di dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Kanada (DKSK) di Exhibition Place pada Ogos 1958 dan 350 ribu orang telah mengunjunginya semasa pesta CNE 1958. Disebabkan kejayaan pameran itu, NHL dan CNE memutuskan bahawa suatu tempat tetap di Exhibition Place diperlukan. NHL bersetuju untuk membiayai sepenuhnya bangunan kemudahan yang baru di situ dan pembinaan dimulakan pada 1960.

Dewan Kemasyhuran Hoki tetap pertama, yang berkongsi bangunan dengan DKSK telah dibuka pada 26 Ogos 1961 oleh Perdana Menteri Kanada, John Diefenbaker. Lebih daripada 750 ribu orang telah melawati dewan itu pada tahun pembukaannya. Kemasukan ke Dewan Kemasyhuran Hoki adalah percuma sehingga tahun 1980 apabila kemudahan-kemudahan dewan ini dinaik taraf.

Pada tahun 1986, Dewan Kemasyhuran Hoki kehabisan ruang di fasiliti sedia ada dan pihak lembaga pengarah telah memutuskan bahawa tempat baru diperlukan. Dewan ini mengosongkan bangunan di Exhibition Place pada 1992, dan separuh daripadanya diambil oleh DKSK. Pembangunan di lokasi baru di kompleks BCE Place (kini Brookfield Place), yang menampilkan bekas Bank Montreal di penjuru Yonge Street dan Front Street di Toronto dimulakan setelah itu. Direka bentuk oleh Frank Darling dan S. George Curry, Dewan Kemasyhuran Hoki yang baru dibuka secara rasmi pada 18 Jun 1993. Keluasan ruang pameran bagi lokasi baru itu adalah 4,700 m2 (50,600 ka2) iaitu tujuh kali lebih besar berbanding di kemudahan lama. Kini, lebih daripada 300 ribu pelawat telah mengunjungi dewan ini setiap tahun.

Pengendalian dan organisasi

Kurator pertama Dewan Kemasyhuran Hoki ialah Bobby Hewitson. Setelah Hewitson bersara pada 1967, Lefty Reid dilantik untuk jawatan itu. Reid merupakan korator dewan ini selama 25 tahun dan bersara pada 1992. Jawatan kurator itu kemudiannya diisi oleh bekas ketua pengadil Liga Hoki Kebangsaan (NHL), Scotty Morrison yang merupakan presiden Dewan Kemasyhuran Hoki sejak tahun 1986. Morrison menyelia penempatan semula dewan ini dan pamerannya. Kurator terkini dewan ialah Phil Pritchard.

Dewan Kemasyhuran Hoki diketuai oleh Lanny McDonald, pengerusi lembaga pengarah dan Jeff Denomme, ketua pegawai eksekutif. Dewan ini dikendalikan oleh perniagaan bukan untung "Dewan Kemasyhuran dan Muzium Hoki" (HHFM) yang bebas daripada NHL. Dewan Kemasyhuran Hoki pada asalnya ditaja oleh NHL dan Hockey Canada, manakala pendapatannya diperoleh daripada yuran kemasukan.

Rujukan

    Catatan kaki

Sumber

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Dewan Kemasyhuran Hoki, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Dewan Kemasyhuran Hoki SejarahDewan Kemasyhuran Hoki Pengendalian dan organisasiDewan Kemasyhuran Hoki RujukanDewan Kemasyhuran Hoki SumberDewan Kemasyhuran Hoki Pautan luarDewan Kemasyhuran HokiBank MontrealHoki aisLiga Hoki KebangsaanMuziumOntarioPersekutuan Hoki Ais AntarabangsaPiala StanleyToronto

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Slot MegaDramaPerempuan Itu (drama)Piala Asia B-23 AFCGolongan kata (bahasa Melayu)Agama BuddhaBeto KusyairySharifah ShahirahBella AstillahSlot SamarindaImam MahdiSenarai mukim di PerakKerajaan SalakanagaraKhalid Mohamad JiwaNILAMBunga rayaLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurDaerah di MalaysiaCerita Rakyat MalaysiaTunku Abu BakarAbang Long FadilSaleemMohamad SabuSungai BulohUthman bin AffanMerdeka 118Tanah Melayu BritishOktovia ManroseKerajaan Persekutuan MalaysiaAn-Nuayman bin AmrHujan asidPuteri Gunung LedangPeraturan bola jaringAyob Khan Mydin PitchayNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuAzira ShafinazNasha AzizHang TuahPerang BadarKaum-kaum di MalaysiaNabila RazaliHarumanisMenara Jam Condong Teluk Intan1Perkahwinan menurut IslamSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarErysha EmyraIsmail Sabri YaakobHak asasi manusiaDadahTabbyRinggitKelapa sawitEmiriah Arab BersatuJohan GhazaliBani IsraelSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuMegat SharizalKesultanan Johor-RiauMedia sosialHemoroidA FamosaKL Special ForceTadau KaamatanMusa HassanSyerifUjian dadahWudukDaniella SyaUniversiti Kuala LumpurFrekuensi radio di MelakaKesan perubahan iklimPronoChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorCabang dan mazhab IslamElizabeth TanKonsep Raja Berperlembagaan di Malaysia🡆 More