Cina Buta

Cina Buta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Shahrulezad Mohameddin dibintangi oleh Nad Zainal, Ungku Ismail Aziz, dan Aliff Aziz.

Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 19 Disember 2022 menggantikan Dia Yang Ku Jadikan Suami.

Cina Buta
GenreKomedi romantik
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod18
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 Disember 2022 – 17 Januari 2023
Kronologi
MengikutiDia Yang Ku Jadikan Suami
Diikuti olehAkira Khan

Sinopsis

Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga.

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama.

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?

Pelakon

Rujukan

Tags:

Aliff AzizAstro RiaDia Yang Ku Jadikan SuamiNad ZainalShahrulezad MohameddinSlot MegaDramaUngku Ismail Aziz

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

ParameswaraSyed Mokhtar Al-BukharyAbdul Wahid OmarNatasya MahyanBola balingAyamKesultanan Melayu MelakaAnna JoblingHinduismeKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaMuhammad al-FatihLembah KlangJambatan Pulau PinangTeknologiIbanSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahSistem sarafParsiBruneiTentang Hati DiaLan Pet PetTeknologi hijauBahasa MelayuKhunsaAbdul Razak HusseinBahasa ArabFrekuensi radio di PerakShah AlamAllahRiena DianaSarawakJenis-jenis ayat bahasa MelayuAisyah Abu BakarMeerqeenSultan Mizan Zainal AbidinSyamim FaridAndai Itu TakdirnyaUniversiti Kebangsaan MalaysiaSenarai peribahasa (A–M)Raja Zarith SofiahAliff AzizSaleemFasha SandhaYouTubeRadio Televisyen MalaysiaKerenggaI.D.Ahmad Zahid HamidiBangladeshSolat sunatNoryati TaibNora DanishFrekuensi radio di JohorPetaling JayaLee Chong WeiAsia BaratIsteri-isteri Nabi MuhammadKata ganti nama (bahasa Melayu)Hukuman mati di MalaysiaUmar bin Al-KhattabSarimah IbrahimJawatankuasa Hubungan Antara KaumBeto KusyairyPulau PinangLaila NasirZizie EzetteSerembanLelaki ItuTrisha OoiJohorFilem Malaysia tahun 2024Serpihan SayangSophia LianaShaharuddin ThambyGrup Gerak KhasWawasan 2020Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor🡆 More