Chubb-E

Muhammad Sharul Ashlyn Ag Ashrul Affandy atau Chubb-E (lahir 24 September 1999) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.

Kerjayanya bermula selepas menyertai Ceria Megastar musim pertama, dinobatkan sebagai juara pada 2018.

Chubb-E
Kelahiran
Muhammad Sharul Ashlyn bin Ag Ashrul Affandy

(1999-09-24) 24 September 1999 (umur 24)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UITM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FutureMusic Entertainment
Pengkarya berkait
Amir Masdi

Kerjaya

Pada tahun 2014, Chubb-E menjadi salah seorang peserta rancangan pertandingan bakat Astro Ceria, Ceria Popstar musim kedua, antara lain turut disertai oleh Masya Masyitah. Empat tahun kemudian, beliau menyertai Ceria Megastar musim pertama biarpun pada mulanya bukan peserta pilihan. Dengan mempersembahkan lagu "Khazanah Dari Malaya" nyanyian asal Ayati Tasrip, beliau dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Selepas tamat rancangan itu, Chubb-E merakamkan single sulungnya, "Aku Tak Kisah" yang dikeluarkan pada 2018, kemudian diikuti oleh dua single berikut—"Kita Cuma Kawan" (2019) dan "Padan Muka" (2020).

Beliau mula dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh W.A.R.I.S, Wani Kayrie, Shiha Zikir dan Sophia Liana di mana beliau digandingkan bersama kumpulan Youngsterz Crew. Beliau kemudian melancarkan single keempat, "Biru Malam" menampilkan duet bersama Amir Masdi. Kerjaya lakonan Chubb-E bermula apabila ditawarkan membintangi drama Projek: Anchor SPM lakonan bersama Aedy Ashraf, Daiyan Trisha dan Shasha Abedul. Sebelum membintangi drama itu, beliau pernah membintangi telefilem Ada Yang Ngikut.

Kehidupan peribadi

Chubb-E dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Walaubagaimanapun, bapanya berbangsa Brunei dari daerah Papar di bahagian Pantai Barat selatan negeri itu manakala ibunya berbangsa Filipina dan keduanya berasal dari Sabah. Pada Januari 2021, Chubb-E telah mengumumkan di media sosialnya yang beliau telah memiliki kereta mewah berjenama BMW pada usia 22 tahun.

Diskografi

Single
Tajuk Tahun
"Aku Tak Kisah" 2018
"Kita Cuma Kawan" 2019
"Padan Muka" 2020
"Biru Malam" (bersama Amir Masdi) 2021
"Tiada Noktah" 2022

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Rompak Haikal Filem pertama
Halimun Ashif

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Puasa Oh Puasa (musim 1) Dirinya sendiri Astro Ceria
2021 Salam Squad 3.0
Projek: Anchor SPM Botol Astro Citra
Malaysian Ghost Stories Ajak Astro Ria Episod: "Nenek Hostel"
2022 Kau vs Aku Zafran (Zhaf) Sooka
2023 Dara & The Gang Rizal TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Ceria Megastar: Surprise Sir Astro Ceria
2019 Ceria Megastar Ministar: Zap-in
2020 Ada Yang Ngikut Imran Astro Citra
2021 Angan-Angan Mat Jiman

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Ceria Popstar (musim 2) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ceria
2018 Ceria Megastar
Feel Good Show Tetamu jemputan ntv7
2019 Ceria Megastar Ministar Mentor Astro Ceria
2020 Dansa Dan Sing Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Chubb-E KerjayaChubb-E Kehidupan peribadiChubb-E DiskografiChubb-E FilemografiChubb-E Anugerah dan pencalonanChubb-E RujukanChubb-E Pautan luarChubb-ECeria MegastarMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuIsteri-isteri Nabi MuhammadDemokrasiHarumanisNora DanishBukan Kahwin PaksaSejarah MelakaCristiano RonaldoNombor telefon di MalaysiaDahlia RizalBryan DomaniTentang Hati DiaCibaiSlot SamarindaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaAkut (perubatan)Sabda KekasihOrang Melayu MalaysiaIntegritiSejarah IslamEpistemologiPitt HanifLee Chong WeiPerkara yang dilarang dalam IhramThe Original GangsterWadi AnnuarRobert Kuok Hock NienTentera Udara Diraja MalaysiaTempoh haram puasaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunSungai BulohBola tamparBanjaran TitiwangsaNoniswaraA FamosaMahmud Ali BashahNabil AqilMelancapJenis air untuk bersuci dalam IslamCerita Rakyat MalaysiaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSM Nasimuddin SM AminZizan RazakAgama BuddhaPASKAL (filem)Abdul Hadi AwangPertubuhan Keselamatan SosialPendidikan di MalaysiaFunanMelayuSemenanjung MalaysiaNabi Nuh a.s.Nasi tangasXXXTentacionPeristiwa 13 MeiPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuHantu Kak Limah Balik Rumah7 Hari Mencintaiku (musim 1)Azizulhasni AwangSolat jamakPerodua KancilBangladeshAisha RetnoSenarai SBP di MalaysiaKetupatMalaysiaRevolusi AmerikaMuhamad Akmal SalehHukuman mati di MalaysiaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaZul AriffinBurasUmar bin Al-KhattabSurah al-FatihahOrang YahudiPutri Jannah🡆 More