Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor: Isteri Tunku Mahkota Johor & Pemangku Sultan Johor

Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor (lahir Khaleeda binti Bustamam; (1993-07-16)16 Julai 1993) merupakan suri kepada Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.

Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor
Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota
Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor: Pendidikan, Kehidupan peribadi, Perkahwinan dan anakanda
Che’ Puan Mahkota Khaleeda pada 2020
Isteri Pemangku Sultan Johor
Tempoh28 Januari 2024 - kini
Didahului olehRaja Zarith Sofiah
Isteri Tunku Mahkota Johor
Tempoh24 Oktober 2014 - kini
Didahului olehRaja Zarith Sofiah
KeputeraanKhaleeda binti Bustamam
(1993-07-16)16 Julai 1993 (Umur 30 tahun, 9 bulan dan 2 hari)
Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganTunku Mahkota Ismail (k. 2014)
AnakandaYAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor)
YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim
YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah
Nama diraja
Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor
AyahandaBustamam bin Daud
BondaAziyah binti Abdul Aziz
AgamaIslam

Pendidikan

Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 hingga 2003), Sekolah St. George's Hanover Square, London (2003 hingga 2004), Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 hinnga Julai 2008) dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur (2010).

Kehidupan peribadi

Che' Puan Mahkota Khaleeda merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik iaitu dua perempuan dan dua lelaki kepada pasangan Encik Bustamam bin Daud dan Puan Aziyah binti Abdul Aziz. Mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur. Baginda juga khabarnya fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.

Perkahwinan dan anakanda

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg. Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Samsudin. Selepas diijab kabulkan, baginda dikurniakan gelaran Che' Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri Tunku Mahkota Johor yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa).

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang diputerakan pada 25 Jun 2016.. Baginda dikurniakan anakanda kedua dan putera sulung diberi nama DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) yang diputerakan pada 14 Oktober 2017. Baginda dikurniakan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada 16 Julai 2019. Baginda dikurniakan anakanda keempat dan puteri kedua diberi nama YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah yang diputerakan pada 21 April 2021.

Gelaran diraja

Jumaah Majlis DiRaja sukacita mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7 (2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berkuatkuasa serta-merta pada 7 Januari 2024.

Kerabat

YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda berkahwin dengan DYAM Tunku Ismail. Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang puteri dan dua orang putera.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia
Tunku Khalsom Aminah Sofiah
(2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 7 tahun, 9 bulan dan 24 hari
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
(2017-10-14)14 Oktober 2017 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 6 tahun, 6 bulan dan 4 hari
Yang Amat Mulia
Tunku Abu Bakar Ibrahim
(2019-07-17)17 Julai 2019 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 4 tahun, 9 bulan dan 1 hari
Yang Amat Mulia
Tunku Zahrah Zarith Aziyah
(2021-04-21)21 April 2021 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 2 tahun 11 bulan

Peranan dan penglibatan dengan masyarakat

Baginda merupakan Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton negeri Johor

Baginda telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 12 Julai 2021.

Baginda juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Negeri Johor.

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Che' Puan Mahkota Khaleeda
Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor: Pendidikan, Kehidupan peribadi, Perkahwinan dan anakanda 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Che' Puan Mahkota
  • 16 Julai 1993 - 24 Oktober 2014: Cik Khaleeda binti Bustamam
  • 24 Oktober 2014 - 15 September 2019: Yang Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
  • 15 September 2019 - 23 Mac 2021: Yang Amat Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
  • 23 Mac 2021 - 31 Disember 2023: Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam
  • 1 Januari 2024 - 7 Januari 2024: Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam
  • 7 Januari 2024 - kini: Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor

Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:

Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, D.K., S.P.M.J.

Darjah kebesaran

Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor telah dikurniakan:

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor PendidikanChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Kehidupan peribadiChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Perkahwinan dan anakandaChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Gelaran dirajaChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor KerabatChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Peranan dan penglibatan dengan masyarakatChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Panggilan dan gelaranChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Darjah kebesaranChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor RujukanChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Pautan luarChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorTunku Ismail ibni Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah SingapuraIbanDe FamQueen of TearsHantu Kak Limah Balik RumahPerodua KancilFrekuensi radio di PerakHujan asidNasi kerabuHutan hujan pergunungan Semenanjung MalaysiaAli bin Abi TalibZaman air batuVaksin tetanusSyahadahOrang BanjarKL Gangster 2Universiti Utara MalaysiaBeto KusyairyPontianak Harum Sundal Malam IIJosiah HoganFarah AhmadSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahGajahPerikatan NasionalMohd Ghazali Che MatAznil NawawiNungsari Ahmad RadhiBadarawuhi Di Desa PenariIsrak dan MikrajKamus DewanTV3Sistem pembiakan perempuanGas rumah hijauPiagam MadinahSiksa KuburAmyra RosliNombor dalam budaya CinaSolat subuhBumiputera di SabahPendidikan di IndonesiaMierul AimanGunung JeraiDaerah LangkawiDatuk (gelaran)Senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSlot AkasiaKerajaan MataramAnna JoblingPetaling JayaMilo (minuman)LGBT dalam IslamDewan Negeri PerakPerang PadriPak Ketipak KetipungKimpalanNajib RazakKadet Remaja Sekolah MalaysiaSolatBajauFalsafahBadmintonFrekuensi radio di TerengganuAlhamdulillahSenarai haiwanHannah DelishaRaghad Waleed AlkurdiRazarudin HusainUthman bin AffanInfrastrukturWhatsAppTaufik HidayatSheriff (filem)Tunku Abu BakarMega Movie (Slot TV3)Aedy AshrafAaron Aziz2024 di MalaysiaAziz SattarPasukan bola sepak kebangsaan Iraq🡆 More