Batu Bersurat Telaga Batu

Batu Bersurat Telaga Batu ialah batu bersurat Srivijaya dari abad ke-7 yang ditemui di Sabokingking, 3 Ilir, Ilir Timur II, Palembang, Sumatera Selatan sekitar tahun 1950.

Batu bersurat ini kini dipamerkan di Muzium Nasional Indonesia, Jakarta, dengan nombor inventori D.155. Beberapa tahun sebelumnya, sekitar 30 batu bersurat berkenaan Siddhayatra telah ditemui di sekitar Sumatera Selatan, kebanyakannya menceritakan tentang perjalanan Siddhayatra Dapunta Hyang Sri Jayanasa, yang menurut Batu Bersurat Kedukan Bukit berlaku sekitar tahun 605 saka (683 M). Kini, kesemua batu bersurat Siddhayatra ini disimpan di Muzium Nasional Indonesia.

Batu Bersurat Telaga Batu
Batu Bersurat Telaga Batu

Batu bersurat ini dihasilkan dari batu andesit yang berukuran 118 cm tinggi dan 148 cm lebar. Bahagian atasnya dihiasi dengan tujuh kepala naga, dan pada bahagian bawahnya terdapat bentuk seperti cerat yang mengalirkan air, yang berkemungkinan dicurah ketika upacara ritual kesetian. Batu bersurat ini ditulis dengan tulisan Pallava dalam ([Bahasa Melayu Kuno])

Pentafsiran

Teks pada batu bersurat ini agak panjang, bagaimanapun isi kandungan utamanya hanya berkisar tentang sumpahan-sumpahan ke atas sesiapa yang menderhaka kepada kedatuan Srivijaya atau melanggar perintah dātu. Menurut Casparis, jenis-jenis orang, pekerjaan atau pangkat kedudukan yang disebut dalam batu bersurat ini dikategorikan sebagai berpotensi membawa bahaya dan berkemungkinan memberontak terhadap ketuanan Srivijaya. Bagi mencegah sebarang cubaan menderhaka, pemerintah Srivijaya mewajibkan mereka ini menyatakan kesetian, dengan ancaman akan disumpah jika tidak berbuat demikian.

Berikut adalah golongan-golongan dalam masyarakat yang disebut dalam batu bersurat ini: rājaputra (putera raja), kumārāmātya (menteri), bhūpati (pemerintah daerah), senāpati (panglima perang), nāyaka (pemimpin masyarakat setempat), pratyaya (bangsawan), hāji pratyaya (Raja bawahan), dandanayaka (hakim), tuhā an vatak (pengawas pekerja rendah), vuruh (buruh), addhyāksi nījavarna (penyelia rendah), vāsīkarana (tukang besi/pembuat senjata), cātabhata (askar), adhikarana (pegawai), kāyastha (pekerja kedai), sthāpaka (artisan), puhāvam (nakhoda kapal), vaniyāga (peniaga), marsī hāji (pelayan raja), hulun hāji (hamba raja).

Batu bersurat ini mengandungi senarai paling lengkap pegawai-pegawai kerajaan. Beberapa ahli sejarah berpendapat ibu kota Srivijaya sepatutnya terletak di Palembang, kerana kewujudan batu bersurat ini yang mengandungi pangkat-pangkat yang kompleks dan berstarata. Bagaimanapun, Soekmono berpendapat batu bersurat yang mengandungi sumpahan ini tidak wajar terletak di ibu kota kerajaan, kerana ia mengandungi sumpahan yang menakut-nakutkan kepada sesiapa yang derhaka kepada kedatuan, dan beliau yakin ibu kotanya terletak di Minanga (mungkin terletak sekitar Candi Muara Takus) seperti yang disebut dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit.

Rujukan

Tags:

Batu Bersurat Kedukan BukitJakartaPalembangSri JayanasaSrivijayaSumatera Selatan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jabatan Kemajuan MasyarakatKomunikasiAbu Bakar as-SiddiqJenis darahAgama di MalaysiaPasukan Gerakan AmNabila HudaHari DeepavaliProton WiraInflasiSumpahan JeruneiMat KilauPolis Diraja MalaysiaUniversiti Kuala LumpurAgama BuddhaSarah SuhairiSusukFardu KifayahIntan NajuwaHarumanisInfrastrukturMikroplastikKesultanan Johor-RiauPertubuhan Keselamatan SosialKumpulan advokasiYasmin NapperQueen of TearsMohamad SabuKitar semulaHadha min fadhle RabbiRukun IslamTerengganuPemberontakan India 1857Insya-AllahHutan hujan AmazonJawatankuasa Hubungan Antara KaumAngel (penyanyi)AtomSenarai negara mengikut keluasanJenis air untuk bersuci dalam IslamIbanSultanah Nur Diana Petra AbdullahPeristiwa 13 MeiKhalid bin al-WalidPerang PadriNabi Sulaiman a.s.Beto KusyairyAmy SearchBuah kerasFardu AinBaba dan NyonyaMustapha KamalJangan Menangis Cinta (drama)Doa IftitahPerang Dunia PertamaBahasa ArabSenarai Sultan Empayar UthmaniyahPeribahasa MelayuSejarah SabahPersekutuan Pengakap MalaysiaSiti SalehaKetupat palasTamadunSalasilah keturunan Nabi MuhammadGunung JeraiMega Movie (Slot TV3)Uthman bin AffanLabuanAmyra RosliHulu LangatNabi Adam a.s.Perang AhzabPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Kata ganti diri🡆 More