Banjir Malaysia 2021–2022: Banjir yang melanda beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia

Banjir Malaysia 2021–2022 merupakan kejadian banjir yang melanda kawasan Semenanjung Malaysia pada Disember 2021.

Banjir ini berlaku susulan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia berikutan lalunya sebuah lekukan tropika (nama rasmi Lekukan Tropika 29W) yang merentasi semenanjung dari Laut Cina Selatan. Di samping musim monsun serta kejadian air pasang, banjir mula terbit di beberapa negeri, secara ketaranya di kawasan Lembah Klang dan Pantai Timur.

Banjir Malaysia 2021–2022
Sebahagian daripada musim taufan Pasifik 2021
Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian
Keadaan di Kuantan semasa banjir.
Tarikh17 Disember 2021 – 19 Januari 2022
(1 bulan dan 3 hari)
LokasiSelangor (terutamanya Shah Alam, Klang, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Pahang dan Perak; Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Terengganu (terhad)
Juga dikenali sebagai
Banjir Shah Alam
JenisBanjir
PenyebabHujan lebat akibat Lekukan Tropika 29W (14-17 Disember 2021)
Hasil
  • Banjir di negeri-negeri Semenanjung Malaysia
  • Banjir terbitan ribut di Pahang
  • Penjarahan barangan
Kematian54
KecederaanTidak diketahui
Hilang2
Harta benda rosak
RM20 bilion (tak rasmi)
Dipindahkan~71,000 pada kemuncak
Nota: Angka kematian mungkin bertambah akibat mangsa-mangsa yang hilang.

Banjir di Lembah Klang merupakan banjir yang paling ketara memandangkan Lembah Klang lazimnya tidak menerima masalah banjir akibat monsun seperti kawasan Pantai Timur. Hal ini menyebabkan puluhan ribu orang awam terpaksa dipindahkan. Setakat 21 Disember, sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dengan beberapa orang hilang. Sifat banjir ini yang tidak terjangka, terutamanya di Lembah Klang disifatkan sebagai antara banjir-banjir terburuk dalam sejarah Malaysia moden, dan digelarkan sebagai "banjir seratus tahun" oleh pihak kerajaan. Banjir ini lazim dibandingkan dengan banjir Kuala Lumpur 1971 dan banjir Malaysia pada 2014.

Banjir ini mencetuskan darurat kemanusiaan yang besar yang dipikul melalui kerjasama daripada pihak kerajaan dan orang awam. Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan yang dilihat sambilewa, berat sebelah dan narsisistik mendatangkan kritikan pelbagai pihak. Respons yang lambat dan huru-hara ini telah membuka ruang kepada berlakunya kegiatan jenayah seperti penjarahan kedai barangan. Sementara itu, golongan pakar mengutarakan kejadian ini sebagai suatu cuaca ekstrem akibat perubahan iklim dunia yang semakin menjadi-jadi.

Fenomena cuaca

Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian 
Lekukan Tropika 29W (2021)

Banjir ini berlaku ketika tempoh angin monsun timur laut yang datang daripada pantai timur semenanjung. Pada masa yang sama, sebuah lekukan tropika terbentuk akibat sistem tekanan udara atmosfera yang rendah di Selat Melaka dan dinamakan secara rasmi sebagai Lekukan Tropika 29W. Fenomena ini mula terbit pada 14 Disember di perairan Laut Cina Selatan dan tiba di Semenanjung melalui kawasan Kemaman dengan halaju angin berkekalan sekitar 47 kilometer sejam. Fenomena angin ini kemudiannya bergerak ke kawasan utara Lembah Klang sebelum mereda pada 17 Disember. Walaupun begitu, ini menyebabkan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung pada 17 dan 18 Disember lalu mengakibatkan banjir yang luar biasa, termasuk di kawasan-kawasan yang tidak terjangka. Masalah ini diburukkan oleh fenomena air pasang di tempat-tempat seperti di Selangor. Pada Ahad (19 Disember), pihak meteorologi telah menamatkan amaran hujan lebat di Semenanjung Malaysia ketika situasi cuaca beransur reda.

Kejadian ini memecahkan rekod meteorologi di beberapa tempat. Stesen cuaca Sentul merakam jumlah taburan hujan harian 363 milimeter (14.3 in), bersamaan taburan hujan lazim selama sebulan. Rekod-rekod lain termasuk 273 milimeter (10.7 in) (Sungai Bonus Tun Abdul Razak), 258 milimeter (10.2 in) (Jinjang), dan 247 milimeter (9.7 in) (Gombak). Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebagai wakil kerajaan negeri mengesahkan bahawa Selangor telah merekodkan taburan hujan sebanyak 380 milimeter (15 in), dua kali ganda rekod sebelumnya.

Persediaan

Sebelum banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menyediakan RM1.3 juta bagi menghulurkan bantuan. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mensasarkan 5,731 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung lebih 1.6 juta mangsa di seluruh negara untuk tujuan kecemasan.

Pada 16 Disember, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jingga untuk semua daerah Kelantan dan Terengganu dan amaran kuning untuk Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sehingga 17 Disember. Pada hari yang sama, amaran banjir telah dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) kepada dua jajahan di Kelantan (Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Jeli). NADMA menasihatkan pengaktifan jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah berikutan amaran itu. MetMalaysia kemudiannya mengeluarkan amaran ambar untuk hujan berterusan di seluruh Lembah Klang. Amaran ini kemudiannya dinaikkan kepada amaran merah (tahap maksimum), dan diperluaskan ke negeri jiran, termasuk Pahang. Empangan Klang Gates mengeluarkan 25 peratus takungannya secara berperingkat selepas paras air melebihi julat yang boleh diterima. Menjelang 18 Disember, pusat operasi banjir telah diaktifkan di semua daerah di Kelantan. Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air, mengeluarkan kenyataan darurat meminta persiapan segera di Kuala Lumpur daripada banjir selepas melanda empat sungai utama di seluruh bandar. Terowong SMART telah diaktifkan di tengah-tengah kerpasan yang semakin meningkat, dan mencapai jumlah lencongan tertinggi rekod sebanyak kira-kira lima juta meter padu air banjir.

Kakitangan dan penduduk pusat pemindahan yang dipindahkan telah disaring secara berkala untuk COVID-19 bagi mengelakkan wabak daripada menular.

Amaran taburan hujan dikaitkan dengan Banjir Malaysia Disember 2021 (MetMalaysia)
Tarikh Masa Jenis amaran Kawasan
15 Disember 13:30 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan)
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar)
17 Disember 01:20 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan, Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Kuantan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar), Pahang (Lipis, Jerantut, Pekan)
07:10 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Terengganu (Kemaman), Pahang (Kuantan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan, Terengganu (semua daerah kecuali Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Jerantut, Pekan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah, Penang, Perak, Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera)
15:45 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan, Terengganu
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kedah (Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak, Pahang (semua daerah kecuali Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor)
22:45 WPM Perak (semua daerah kecuali Parit Buntar, Larut Matang dan Selama, Gerik), Kelantan, Terengganu, Pahang (semua daerah kecuali Rompin dan Pekan), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya
18 Disember 01:00 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perak (semua daerah kecuali Parit Buntar, Larut, Matang dan Selama, Gerik), Kelantan, Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Bera)
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan
12:00 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan (Gua Musang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak
Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan, Rompin), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka (Alor Gajah)
14:00 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Selangor (semua daerah kecuali Sepang), Kuala Lumpur
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Perak (Hilir Perak, Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan), Selangor (Sepang), Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (semua daerah kecuali Hilir Perak, Muallim), Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Raub, Temerloh, Bera, Pekan, Rompin), Negeri Sembilan (semua daerah kecuali Jelebu), Melaka (Alor Gajah)
22:30 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Pahang (Jerantut, Bentong, Kuantan), Selangor (semua daerah kecuali Sepang), Kuala Lumpur
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Perak (Hilir Perak, Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Temerloh, Maran, Pekan), Selangor (Sepang), Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (semua daerah kecuali Hilir Perak, Muallim), Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Bera, Rompin), Negeri Sembilan (semua daerah kecuali Jelebu), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat)
19 Disember 01:40 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan), Selangor (semua daerah kecuali Sepang), Kuala Lumpur
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kedah (Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Temerloh, Maran, Pekan), Selangor (Sepang), Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah (semua daerah kecuali Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Perak (Hulu Perak), Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Bera, Rompin), Negeri Sembilan (semua daerah kecuali Jelebu), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat)
11:30 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kedah (Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Penang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah (semua daerah kecuali Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu), Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan, Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor)
06:00 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan tidak dikeluarkan Melibatkan semua wilayah dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 11:30 WPM.
21 Disember 06:45 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama)
22:00 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan tidak dikeluarkan Melibatkan semua wilayah dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 06:45 MST.
Tiada amaran dikeluarkan antara 22 dan 23 Disember
24 Disember (dikeluarkan pada 27 Disember) 14:00 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Sabah (Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat)
Tiada amaran dikeluarkan antara 25 dan 27 Disember
28 Disember 14:00 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Amaran dilanjutkan sehingga 2 Januari 2022; diperluaskan ke Kelantan (semua daerah kecuali Gua Musang), Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing)
29 Disember 14:00 WPM Amaran diperluaskan ke semua daerah di Kelantan dan Johor
30 Disember 11:20 MST Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Kelantan (Jeli)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Rompin), Johor
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat)
13:25 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Kelantan (Jeli), Terengganu (Kemaman), Pahang (Kuantan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun), Pahang (Jerantut, Maran, Pekan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (semua daerah kecuali Kuantan, Jerantut, Maran, Pekan), Johor
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat)
15:50 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan (semua daerah kecuali Jeli, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (Cameron Highland, Lipis, Temerloh, Bera, Rompin)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Pahang (Raub, Bentong), Johor
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat)
31 Disember 04:45 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Berbahaya Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing, Kota Tinggi)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh, Bera), Johor (Segamat, Kluang)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling), Perak (Hulu Perak), Pahang (Raub, Bentong), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Sabah (Ranau, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan, Kudat)
12:30 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat)
20:50 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Bahru)
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat)
22:35 WPM Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Jempol), Johor (semua daerah kecuali Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Perak (semua daerah kecuali Kerian, Larut, Matang dan Selama, Gerik, Kuala Kangsar), Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Tampin), Melaka, Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan, Kudat)
1 Januari 02:30 WPM
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin), Melaka, Johor (semua daerah kecuali Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Jemerloh), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor), Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Sandakan, Beluran, Kudat)
06:30 WPM
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol, Tampin)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Rembau), Melaka, Johor (semua daerah kecuali Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kelantan, Terengganu, Pahang (Bentong, Temerloh), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson), Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Sandakan, Beluran, Kudat)
13:00 WPM
Amaran Hujan Lebat Berterusan Teruk Pahang (semua daerah kecuali Bentong, Temerloh), Negeri Sembilan (Rembau), Melaka, Johor (semua daerah Pontian, Kulai, Johor Bahru)
Amaran Hujan Lebat Berterusan Kelantan, Terengganu, Pahang (semua daerah kecuali Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh), Sabah (Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Sandakan, Beluran, Kudat); amaran dilanjutkan sehingga 4 Januari
Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson), Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru); amaran dilanjutkan sehingga 3 Januari

Kejadian

Pantai Timur

Gambar-gambar kawasan dibanjiri air di Kuantan.

Kelantan

Hujan lebat mula memperlihatkan bahaya dengan paras sungai-sungai utama Kelantan mula meningkat pada tahap bahaya menjelang 16 Disember. Pada 17 Disember, banjir mula terbit di beberapa daerah Kelantan, dengan jumlah terpindah mencecah 3,000 orang pada 19 Disember.

Terengganu

Hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa tempat di Terengganu, dengan beberapa ratus orang terpaksa dipindahkan.

Pahang

Banjir di Pahang menyebabkan sekitar 5,000 orang dipindahkan setakat pagi 19 Disember. Pada 17 Disember, Pahang mencatatkan korban banjir pertama akibat arus deras. Satu kejadian banjir lumpur di Bentong pula menghanyut lalu mengorbankan lima nyawa.

Lembah Klang

Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian 
Banjir di Kampung Labohan Dagang, Banting.

Kawasan Lembah Klang merupakan tempat yang terjejas dalam banjir ini terutamanya kawasan Klang, Shah Alam dan daerah Sepang. Berikutan faktor-faktor di atas, hujan lebat yang berterusan melanda Lembah Klang sejak 17 Disember dan hari keesokannya dengan pihak meteorologi negara meletakkan tempoh amaran bahaya hujan buruk hingga 19 Disember. Pada malam itu, sungai-sungai utama Lembah Klang mula melepasi paras bahaya. Selain itu, kapasiti air Empangan Klang Gates juga meningkat pada tahap yang membimbangkan lalu menyebabkan pihak pengurus terpaksa melepaskan air lebihan secara berperingkat. Terowong SMART juga diaktifkan untuk mengalir keluar air banjir di Kuala Lumpur dengan tahap keberkesanan yang baik sambil mencatat rekod tempoh pengaktifan lantas membolehkan kawasan Kuala Lumpur memperoleh dampak banjir minimum. Tatkala hujan lebat telah berhenti pada 19 Disember, kebanyakan kawasan banjir di Lembah Klang mula surut secara perlahan-lahan, meskipun ada beberapa tempat yang dilihat kekal tidak surut.

Menjelang 18 Disember, sekitar 4,000 orang terpaksa dipindahkan dengan puluhan pusat pemindahan sementara dibuka. Pada 19 hari bulan, kematian pertama dari Selangor direkodkan di Shah Alam akibat lemas. Angka itu kemudian bertambah kepada lebih 30 ribu orang pada 21 Disember.

Shah Alam

Kawasan perumahan Taman Sri Muda di Shah Alam menyaksikan 12 kematian, angka tertinggi dalam kalangan mana-mana tempat di negara. Kawasan tersebut banjir sepenuhnya dan menglami kerosakan ketara. Sebuah rumah pangsa di Shah Alam mengalami pelemahan struktur berikutan banjir sehingga disahkan tidak lagi selamat didiami.

Perak

Banjir di Perak pula menyebabkan beberapa ratus orang dipindahkan di daerah-daerah Hilir Perak dan Muallim.

Negeri Sembilan dan Melaka

Di Negeri Sembilan, beberapa daerah terlibat dengan banjir kilat lalu menyebabkan beberapa orang ratus terpaksa dipindahkan. Di Melaka pula, hampir 300 orang terpaksa dipindahkan akibat kemunculan banjir di beberapa tempat.

Sabah

Banyak bahagian di Sabah memulakan pemindahan apabila hujan terus mencurah-curah di kawasan seperti Kudat (2 Januari 2022), jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kira-kira 1,161 orang (dari Kota Marudu, Kudat, Paitan, Beluran, Telupid dan Sandakan).

Menurut laporan, Kota Belud, Tuaran dan Telupid dilanda hujan bertaburan.

Kesan

Mangsa

Kematian mengikut negeri
Negeri Korban
Selangor 25
Pahang 21
Kelantan 4
Sabah 3
Negeri Sembilan 1
Jumlah 54
Hilang 2
Mangsa yang dipindahkan
(anggaran NADMA pada 23 Disember 2021)
Negeri Ditempatkan
Pahang 33,353
Selangor 31,644
Kelantan 1,559
Kuala Lumpur 332
Negeri Sembilan 301
Perak 225
Jumlah 67,576

Setakat akhir Disember, sekurang-kurangnya 48 orang maut dalam banjir ini di seluruh Semenanjung, dengan lima orang lagi hilang. Di samping itu, pada kemuncak bencana, sekitar 71 ribu orang dipindahkan di lapan buah negeri.

Kerosakan infrastruktur

Banjir ini mendatangkan kerosakan infrastruktur yang ketara di tempat-tempat terjejas, dengan anggaran awal kerugian oleh pihak pakar mencecah RM300 juta. Banjir besar ini menyebabkan lebuh-lebuh raya di sekitar Lembah Klang terjejas menyebabkan terkandasnya orang awam di sekitar kawasan ini. Laluan-laluan yang terpaksa ditutup termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, jalan-jalan negeri, dan jalan-jalan ke lapangan-lapangan terbang utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Subang. Di samping itu, laluan-laluan kereta api juga terpaksa ditutup akibat kesan-kesan seperti landasan dinaiki air serta pokok tumbang yang merosakkan infrastruktur pengangkutan rel. Operasi Pelabuhan Klang selaku pelabuhan utama negara turut terjejas akibat halangan jalan keluar masuk, tetapi infrastruktur dan kontena di pelabuhan tidak terkesan.

Bekalan elektrik juga terpaksa dipadamkan tempat-tempat tertentu di beberapa negeri bagi tujuan keselamatan; terdapat laporan mengenai infrastruktur pengagihan elektrik yang musnah akibat ditenggelami air. Infrastruktur air Selangor juga terganggu tatkala loji-loji rawatan air terpaksa ditutup akibat kualiti dan paras air yang berbahaya.

Ekonomi

Para pengilang menjangka bahawa banjir ini telah memberi dampak buruk kepada sektor perkilangan akibat halangan jalan serta kerosakan kilang, dengan sektor-sektor terjejas termasuk sektor semikonduktor dan pergudangan.

Pendidikan

Sistem pendidikan negara juga sedikit sebanyak terganggu akibat banjir ini. Institusi-institusi pendidikan tinggi negara memberikan cuti kecemasan bagi para pelajar untuk memberi ruang kepada pelajar yang untuk memfokuskan diri mereka terhadap masalah banjir.

Cetusan kegiatan jenayah

Kes-kes penjarahan berlaku di kedai-kedai barangan pada 20 Disember, dan disahkan oleh pihak polis. Susulan itu, mereka yang terlibat telah ditahan, dan pos-pos kawalan ditubuhkan untuk menjaga keamanan di tempat kejadian. Sementara itu, pengarah pengurusan kedai terlibat, Ameer Ali Mydin (Mydin) bertindak memaafkan para penjarah yang dikatakan bertindak "atas desakan dan kelaparan."

Reaksi

Kerajaan persekutuan

Pada peringkat awal, kerajaan persekutuan memberi bantuan kecemasan sebanyak RM200 juta terhadap mangsa-mangsa banjir. Bantuan ini termasuk RM1,000 kepada setiap ketua keluarga terjejas. Tambahan pula, pihak kerajaan juga memberi kelonggaran kepada pihak mangsa seperti cuti kecemasan.

Kerajaan negeri

Beberapa kerajaan negeri telah menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada kerajaan Selangor yang terjejas teruk.

Antarabangsa

  • Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian  Arab Saudi - Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein pada 26 Disember menyatakan bahawa menteri kabinet Turki bin Faisal Al Saud telah meluahkan hasrat untuk memberi bantuan kepada usaha kemanusiaan di Malaysia.
  • Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian  Emiriah Arab Bersatu - Pertubuhan Bulan Sabit Merah UAE telah menghantar bantuan sukarelawan dan barangan asas, serta perubatan. Kementerian Luar UAE turut mengucapkan takziah atas peristiwa berkenaan.
  • Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian  Iran - Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) telah menawarkan pasukan mencari dan menyelamat serta bantuan lain ke arah usaha bantuan untuk banjir baru-baru ini. Dalam surat kepada MRCS, Presiden IRCS, Dr. Pir Hossein Kolivand telah menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.
  • Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian  Singapura - Pihak Persatuan Palang Merah Singapura telah memberi sumbangan kemanusiaan sebanyak AS$50,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk membantu menguruskan bantuan pascabanjir di samping bantuan kepada pihak Filipina susulan badai Taufan Rai yang melanda negara itu.
  • Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian  Brunei - Hassanal Bolkiahsultan Brunei, merakamkan ucapan takziah pada 24 Disember 2021 kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia atas kejadian banjir di wilayah itu. Baginda juga membuat mesej yang sama kepada kerajaan Filipina mengenai kemusnahan akibat Taufan Rai di negara itu.

Pertubuhan bukan kerajaan

  • Banjir Malaysia 2021–2022: Fenomena cuaca, Persediaan, Kejadian  - KPE Tim Cook daripada Apple Inc telah menjanjikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir ini dan Taufan Rai pada jumlah yang tidak didedahkan.

Media sosial

Dalam situasi banjir yang tak terjangka, terutamanya di kawasan Lembah Klang, media-media sosial telah menjadi platform utama pertukaran bantuan dan maklumat antara orang awam serta pihak mangsa. Di media sosial, tanda pagar (tagar) yang bertindak sebagai platform pemberian bantuan diterbitkan seperti #DaruratBanjir dan lain-lain.

Kritikan pengurusan

Pengurusan banjir ini oleh pihak kerajaan mendapat kritikan sesetengah pihak. Misalnya, sebuah laporan di Free Malaysia Today mengkritik kekurangan kesiapsiagaan oleh pihak kerajaan serta orang awam dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak dijangka. Sikap kerajaan yang tidak mengendahkan amaran-amaran pembentukan Lekukan Tropika 29W juga dipersoalkan.

Sikap kerajaan yang dilihat mempergunakan bencana itu untuk mempromosikan diri dan kerajaan mereka turut dikecam. Selain itu, kritikan juga diekspresikan kepada kerajaan persekutuan kerana tidak mengguna pakai sistem mesej pukal negara untuk mengutarakan maklumat-maklumat berkenaan banjir tersebut. Satu tulisan di Sinar Harian berpendapat bahawa koordinasi bantuan kemanusiaan sesama rakyat menerusi media sosial adalah jauh lebih baik berbanding pengurusan oleh kerajaan. Persepsi orang awam terhadap pengurusan oleh kerajaan juga dilihat negatif dengan muncul tagar-tagar antikerajaan di media sosial. Slogan "rakyat jaga rakyat" yang awalnya terbit dalam peningkatan kemarahan terhadap pengurusan kerajaan terhadap pandemik COVID-19 negara juga kembali menular.

Dengan persepsi negatif terhadap kerajaan yang memuncak, para penganalisis politik menjangka bahawa penerusan persepsi ini akan menjadi faktor utama penentu undian rakyat pilihan raya umum Malaysia ke-15. Di samping itu, para peguam pendukung alam sekitar pula ingin menyaman kerajaan Selangor atas persepsi pengabaian terhadap alam sekitar serta pembangunan melampau.

Hubungkait dengan perubahan iklim

Sebelum banjir, saintis dan organisasi termasuk Renard Siew, penasihat perubahan iklim kepada Pusat Tadbir Urus dan Kajian Politik, dan Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim telah memberi amaran bahawa kejadian cuaca ekstrem akan menjadi lebih biasa akibat daripada perubahan iklim, termasuk hujan lebat. Dalam temu bual dengan Channel News Asia, Renard berkata akibat perubahan iklim, adalah lebih sukar bagi pakar klimatologi untuk meramalkan cuaca dengan tepat, dengan alasan monsun timur laut yang biasanya menyebabkan banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia turut menjejaskan pantai barat. kali ini. Beliau juga tidak bersetuju dengan dakwaan kerajaan berhubung banjir 100 tahun itu, dengan menyebut bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banjir dahsyat yang disebabkan oleh perubahan iklim baru-baru ini berlaku di wilayah lain termasuk Eropah, China dan Amerika Syarikat. Kenyataan beliau kemudiannya disuarakan oleh pensyarah alam sekitar di Universiti Putra Malaysia, Haliza Abdul Rahman, di mana beliau menambah bahawa banjir ini dan banjir baru-baru ini di Turki akibat perubahan iklim. Beliau juga tidak bersetuju bahawa banjir itu dilabelkan sebagai "banjir 100 tahun", kerana peristiwa serupa juga boleh berlaku pada masa hadapan. Bagi mengurangkan isu ini, selain daripada menambah baik sistem pemantauan cuaca, pakar dan aktivis telah menggesa tindakan diambil untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Ini termasuk mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan pengangkutan awam dan pengumpulan kereta sebagai alat pengangkutan, menamatkan penebangan hutan dan menggalakkan kerjasama global untuk menangani perubahan iklim.. Selain itu, ini boleh melibatkan kajian semula pembinaan infrastruktur yang akan terjejas oleh ribut, banjir dan kenaikan paras laut, dan pemberian bantuan antarabangsa untuk membantu negara menghadapi perubahan iklim.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Banjir Malaysia 2021–2022 Fenomena cuacaBanjir Malaysia 2021–2022 PersediaanBanjir Malaysia 2021–2022 KejadianBanjir Malaysia 2021–2022 KesanBanjir Malaysia 2021–2022 ReaksiBanjir Malaysia 2021–2022 Kritikan pengurusanBanjir Malaysia 2021–2022 Hubungkait dengan perubahan iklimBanjir Malaysia 2021–2022 Lihat jugaBanjir Malaysia 2021–2022 RujukanBanjir Malaysia 2021–2022 Pautan luarBanjir Malaysia 2021–2022

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perempuan Itu (drama)Alam sekitarTaman Tasik TitiwangsaNitrogenPuteri KhareezaAyob Khan Mydin PitchaySenarai buahKamal Affandi HashimPuteri BalqisGajahMelisha SidabutarJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaBiokepelbagaianSenarai pelakon lelaki MalaysiaAzhar IdrusSharifah HanimAisyah AzizRaysha RizrosePertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuMasam-Masam ManisBella AstillahIsham JalilSepahtu Reunion Al-RayaAiman Hakim RidzaIndonesiaSenarai Sultan Empayar UthmaniyahSenarai gunung berapi di MalaysiaMenteri Pendidikan MalaysiaKarbon dioksidaKata ganti nama (bahasa Melayu)Etnik MelayuMasjid al-AqsaFardu KifayahKimpalanMia Sara ShaukiLiga Super MalaysiaPiala ThomasIsmail Mohamed SaidPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuMerdeka 118Daerah LangkawiAngkatan Tentera MalaysiaTanda-tanda KiamatElektroterapiIndeks Pembangunan ManusiaOrang Asli di MalaysiaAgama di MalaysiaMimi LanaBangladeshBuliAgama BuddhaSulfur dioksidaAmir MasdiPneumoniaPandemik COVID-19 di MalaysiaKata ganti diriRahsia (filem 2023)Bandaraya MelakaRemangEropahUnifi TVXXXTentacionTaufik HidayatPerkahwinan menurut IslamOrang India MalaysiaMakkahSungai BulohSenarai kata pinjaman bahasa MelayuIskandar ChempakaSistem pernafasanFalsafahShah Rukh KhanKaum DusunDoa IftitahAl-ArqamKaum-kaum di MalaysiaKhairulamingMinal 'Aidin wal-Faizin🡆 More