Badak Air

Badak air (Jawi: ‏بادق اءير‎code: ms is deprecated ‎, nama saintifik: Hippopotamus amphibius) merupakan haiwan mamalia maun besar Afrika, satu dari dua spesies tambahan dalam pengelasan saintifik Hippopotamidae selain badak air kerdil.

Ia merupakan antara mammalia darat terbesar selain gajah dan sesetengah jenis badak sumbu tertentu.

Badak air
Badak Air
Badak Air
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Cetartiodactyla
Order:
Keluarga:
Hippopotamidae
Genus:
Hippopotamus
Spesies:
H. amphibius
Nama binomial
Hippopotamus amphibius
Linnaeus, 1758
Badak Air
Taburan badak air

Peristilahan

Nama saintifik yang diberikan untuk haiwan ini, hippopotamus, berasal dari bahasa Latin menyerap kata gabung bahasa Yunani iaitu ἱπποπόταμος hippopótamos menggabungkan kata ίππος íppos "kuda" dan ποταμός potamós "sungai" secara harfiah bererti "kuda sungai". Terdapat juga istilah "kuda nil" yang lebih dipakai di Indonesia menyerap dari Bahasa Belanda, nijlpaard, menggabungkan kata-kata Nijl "sungai Nil" dan paard "kuda" selari dengan penamaan saintifik ini.

Taksonomi

Badak Air 
Obaysch di Zoo London pada 1852.

Terdapat lima subspesies badak air yang dikenal pasti berdasarkan rupa bentuk tengkorak dan lokasi taburan geografi::3

  • badak air Nil, H. a. amphibius – dari Mesir (pada zaman dahulu, kini pupus) jauh selatan aliran sungai Nil ke Tanzania dan Mozambique
  • badak air Afrika Timur, H. a. kiboko – di kawasan pinggir Tasik Besar Kenya dan Somalia di Tanduk Afrika; dikenal pasti dari hidung pesek dan ruang antara mata berongga
  • badak air Tanjung atau badak air Afrika Selatan, H. a. capensis – dari Zambia ke Afrika Selatan, mempunyai tengkorak paling leper
  • badak air Afrika Barat atau badak air Tchad, H. a. tschadensis – serata Afrika Barat ke Chad, mempunyai muka kontot dan ruang antara mata menonjol
  • badak air Angola, H. a. constrictus – di Angola, selatan Republik Demokratik Congo dan Namibia

Anatomi

Badan badak air berukuran antara 2.90 hingga 5.05 meter panjang depan ke belakang, tinggi 1.30-1.65 m dari bahu ke kaki dengan ekor berukuran sekitar 35 hingga 56 sm. Purata berat dewasa adalah sekitar 1500 kg untuk jantan dan 1300 kg untuk betina, badak jantan boleh mencapai berat paling maksimum 2000 kg. Badan badak air berbentuk mirip tong dengan kaki kontot dan muncung panjang.

Kulit badak mempunyai ketebalan 6 sm mampu melindungi diri dari bahaman pemangsa sama kuat, lapisan lemak bawah kulit ia pula agak relatif nipis.:3 Bahagian atas badan badak kelabu keunguan atau biru kehitaman manakala bahagian bawahnya serta kawasan keliling telinga dan mata tampak perang kejambuan.:260

Gigi-gigi kacip dan taring masing-masing boleh memanjang sehingga 40 dan 50 sm, gigi-gigi ini digunakan sebagai senjata mempertahankan diri dari badak-badak lain yang menyerang merebut kawasan sendiri.:260

Habitat

Badak air banyak tertumpu di kawasan-kawasan savana dan hutan belantara. meluangkan kebanyakan masa di sungai-sungai dan tasik danau:3 yang cukup air untuk memandikan diri serta sesuai untuk tumbuhan makanan hidup subur. Badak-badak air hanya menaiki darat untuk makan pada waktu senja sehingga sejauh 15 km Sekawan badak air boleh mempunyai lebih seratus ekor.:50 Jantan-jantan dan betina-betina sering menjauhkan diri. Seekor badak akan memandakan kawasan sendiri dengan menyahtinja kawasan sekelilingnya.

Terdapat suatu kawanan badak air yang diperkenalkan di Colombia benua Amerika Selatan oleh Pablo Escobar yang membeli badak-badak ini New Orleans sebagai haiwan peliharaannya sendiri di estet Hacienda Nápoles milik beliau 100km jauh timur dari Medellín pada tahun 1980-an. Kawanan ini sukar dipindahkan selepas kematian Escobar sehingga terpaksa dibiarkan begitu sahaja; populasi badak ini meningkat sebanyak 16 ekor dan mula mencari makanan berdekatan sungai Magdalena.

Tabiat

Pemakanan

Badak-badak air memakan sepenuhnya rumput dengan sebilangan kecil aneka jenis tumbuhan akuatik. Usus badak yang baru lahir steril tanpa bakteria pencernaan yang diperlukan maka perlu diperoleh dari tinja induk semasa disusukan dan dibesarkan.

Pembiakan

Badak betina boleh mencapai akli baligh seawal 3-4 tahun sehingga 5-6 tahun.

Pengawanan berlaku sesama pasangan jantan betina dalam air di mana sang betina dibenamkan sepanjang tempoh ini:63 sambil berhenti seketika untuk mengambil nafas. Sang betina membunting selama lapan bula; apabila tempoh ini tamat, betina bakal induk ini mengasingkan diri untuk melahirkan anak. Kelahiran anak baharu ini cenderung berlaku masa bermulanya musim hujan.:60–61

Badak betina kembali kepada kawanannya selepas 10–14 hari, ia tidak akan menelurkan ovum lagi selama 17 bulan.

Hubungan dengan manusia

Badak Air 
Ukiran dari Kerajaan Baru Mesir, Dinasti ke-18/19, c. 1500-1300 SM, ketika badan air masih banyak di Sungai Nil.

Interaksi manusia dengan badak air terawal dicatat pada tinggalan tulang badak yang dikesankan pisau daging di Mendakan Bouri. Lembah Awash Habsyah seawal 160,000 tahun dahulu. Lukisan dan ukiran menggambarkan pemburuan badak turut dijumpai bertarikh 4,000–5,000 tahun dahulu pada dinding-dinding batu gua pergunungan Tassili n'Ajjer berdekatan Djanet tenggara Algeria.:1

Kepercayaan

Badak air dikaitkan masyarakat Mesir Purba dengan dewa gurun dan ribut Sutekh atau Set, pasangannya Taweret iaitu dewi kesuburan dan kehamilan turut digambarkan badannya separa haiwan ini.

Gigi badak merupakan alat upacara penilikan digunakan dalam kalangan masyarakat Yoruba.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Badak Air PeristilahanBadak Air TaksonomiBadak Air AnatomiBadak Air HabitatBadak Air TabiatBadak Air Hubungan dengan manusiaBadak Air RujukanBadak Air Pautan luarBadak Air

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Remy IshakAhmad Farhan FauziRukun IslamSyiahJam 12 jamGanjaBumiputeraSyed Saddiq Syed Abdul RahmanSolat hajatPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaNajib RazakTentera Udara Diraja MalaysiaKesan rumah hijauSifat-sifat AllahRadenNabila HudaGunung KinabaluPerikatan NasionalJawa MalaysiaGayatri Su-Lin PillaiRuhainiesKolej Islam Sultan Alam ShahAstro (syarikat)KristianNorlia GhaniOrang Melayu MalaysiaKhairulamingErma FatimaFardu KifayahKhairy JamaluddinBadmintonDaerah di SabahKata ganti nama (bahasa Melayu)Tanda dan gejalaUtusan MalaysiaP. RamleeNombor gubahanSiti NurhalizaKhunsa (siri TV)Bani IsraelSeks oralAedy AshrafAisha RetnoHantu rayaMaybankPersekutuan Pengakap MalaysiaPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaProton SagaNabil AqilSenarai pelakon lelaki MalaysiaSayu Yang SyukurMy Famous Ex-BoyfriendSejarah orang Yahudi di MalaysiaKerajaan PataniMaya KarinJerebuLencana pangkat TLDMBahasa ArabSyafiq YusofHang TuahBaju MelayuHari GawaiNabila RazaliPerang UhudSenarai SBP di MalaysiaKadazan-DusunMyKadBahasa MelayuMuhamad Akmal SalehPerodua KancilTanah Melayu BritishPendidikan di MalaysiaDaerah LangkawiAmir AhnafSistem pembiakan manusiaRozita Che WanBank RHBIbrahim Shah Abu Shah🡆 More