Aweera

Nasharul Aweera Norhissham atau lebih dikenali sebagai Aweera merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.

Bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One in a Million musim ketiga terbitan 8TV pada tahun 2009.

Aweera
Aweera
Latar belakang
Nama lahirNasharul Aweera bin Norhissham
Juga dikenali sebagai
Aweera
Kelahiran (1991-08-24) 24 Ogos 1991 (umur 32)
Utan Aji, Perlis Perlis
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreModern rock
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
2009: Monkey Bone Records
2012 - 2014, 2022 - sekarang: KRU Records
2014 - sekarang: Sony Music
Pengkarya berkait
Amy Search, Dato' Awie

Latar belakang

Anak ketiga dari empat adik-beradik ini dibesarkan di Kangar, Perlis. Mula menyanyi sejak berusia 8 tahun dan meminati irama rock. Abang sulungnya, Acca juga aktif bermain muzik dan menganggotai kumpulan Koffin Kanser.

Sewaktu di tingkatan empat, Aweera bersama rakan sekolahnya menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal bernama Metronome dan masih wujud sehingga sekarang.

Beliau mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahirannya.

One in a Million 3

Aweera baru berusia 18 tahun dan merupakan antara peserta termuda sewaktu menyertai rancangan tersebut. Beliau juga telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan berjaya memenangi tempat ketiga di belakang Tomok (juara) dan Esther selaku naib juara.

Sepanjang pertandingan tersebut, lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh Aweera ialah:

Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
  1. "Aku Dah Bosan" (Amy Search)
  2. "She's Gone" (Steelheart)
  3. "Gemilang" (Jaclyn Victor)
  4. "Janjiku" (Sofaz)
  5. "Tiada Lagi" (Mayang Sari)
  6. "Enter Sandman" (Metallica)
  7. "Di Penjara Janji" (Awie)
  8. "Antara Anyer Dan Jakarta" (Sheila Majid)
  9. "Tak Ada Logika" (Agnes Monica) / "Emansipasi" (Republic of Brickfields)
  10. Medley "Sampai Syurga" (Faizal Tahir) / "My Baby You" (Marc Anthony) / "Hukum Karma" (Wings)
  11. "Ku Di Sini" (lagu baru ciptaan Lin Li Zhen / lirik: Pacha Osman)

Kerjaya

Selepas keluar dari OIAM3, Aweera kembali ke Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sehinggalah pada tahun 2012 beliau dipelawa oleh Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP).

Menerusi EP tersebut, Mojo meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012 manakala lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Juara Lagu 2012. Di peringkat antarabangsa, Aweera selaku vokalis Mojo pada ketika itu telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013, juga melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.


Seterusnya album EP kedua muncul pada tahun 2013 dan memuatkan lagu hit Romancinta. Lagu ini juga layak ke peringkat akhir Juara Lagu 2014.

Kemudiannya telah meninggalkan kumpulan tersebut dan bergerak solo.

Aweera telah digandingkan dengan kumpulan rock legenda, Lefthanded untuk mengadakan persembahan penutup tirai acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada 5 April 2015.

Pada tahun 2017 Aweera menyertai kumpulan yang ditubuhkan oleh bekas gitaris kumpulan Wings iaitu Joe Branko dengan kumpulan yang diberi nama Prime Domestic dan telah merakamkan Album yang diberi judul Prima Domestika. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album adalah Sedingin Pluto, Tekno Dewata, Satukan Impian dan Kurnia. Namun, Aweera tidak kekal bersama di dalam kumpulan tersebut dan terus bergerak secara solo dan pada tahun 2021, beliau menyertai Gegar Vaganza musim 8 dan mendapat tempat keenam

Gegar Vaganza 2021

Aweera terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Romancinta MOJO Ke-5
Minggu 2 Masih Aku Terasa Andai Ku Bercinta Lagi MOJO Ke-7
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Boneka Ernie Zakri Ke-6
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Bila Cinta Gio Ke-4
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain You Give Love A Bad Name Bon Jovi Ke-5
Minggu 6 Langkah Seiringan Setahun Sudah Berlalu (Duet Bersama Azmi Saat) Alleycats Ke-4
Minggu 7 Kelentang Kelentong Noktah Cinta Hafiz Suip Ke-7
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang Dia Qody Rany Ke-3
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Kerja Gila Amy Search Tempat Pertama
Fantasia Bulan Madu Search
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Beggin' The Four Seasons TEMPAT KEENAM
Sepi (Duet Bersama Liza Hanim) Aina Abdul
Bangun (battle Aliff Aziz) Aman RA

Diskografi

Album/Single solo

  1. Ku Di Sini (2009) - single
  2. Kecoh Betul (2010) - OST filem Kecoh Betul
  3. Aku Dia dan Lagu (2014) - single dari album Tribute to Saloma
  4. Terhakis (2015) - single

Bersama Mojo

  1. Mojo (2012) - EP
  2. Romancinta/Dark Cloud (2013) - EP

Bidang lakonan

Aweera membuat kemunculan sulung dalam bidang lakonan pada tahun 2012 menerusi filem berjudul Leftwings arahan Faisal Chal Ahmad.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Leftwings Ray Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Inikah Cinta Aizat TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Veteran Rock Johari TV9
2022 Cangkul Musa Astro Citra

Rujukan

Tags:

Aweera Latar belakangAweera One in a Million 3Aweera KerjayaAweera DiskografiAweera Bidang lakonanAweera FilemografiAweera RujukanAweera8TVMalaysiaOne in a MillionOne in a Million (Musim 3)Realiti TV

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

XPDCPuteri BalqisSultan Nazrin Muizzuddin ShahPanglima Angkatan TenteraMeerqeenPerang Dunia KeduaPiagam MadinahSistem SuriaSenarai gunung berapi di IndonesiaAzhar SulaimanKerana Dia SukaBatu PahatKhairy JamaluddinBumiAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamPerempuan Itu (drama)Hadha min fadhle RabbiAntipsikotikPerkhidmatan awam di MalaysiaPembahagian kuasaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPeribahasa MelayuKanun KeseksaanPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Jabatan Kemajuan MasyarakatYasmin AhmadCongkakPenjajahan Jepun di Tanah MelayuThe Original GangsterJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahIman TroyePasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaTunku Abdul RahmanKamal Affandi HashimTeluk IntanSelangorGeografi JohorRaja Zarith SofiahBulan Bahasa KebangsaanAzhan RaniKonfrontasi Indonesia–MalaysiaKartina AyoobFadhlina SidekLencana pangkat TLDMMonyetAmir NafisIppo HafizSenarai saluran Astro NJOIRedza RosliNabila RazaliBaju kurungSyed Mokhtar Al-BukharyMenteri Kesihatan MalaysiaJabatan Peguam Negara MalaysiaSurah al-BaqarahNur Fazura10 Briged ParaInspektor kesihatanSenarai Yang di-Pertuan AgongWan RajaRozie OthmanAsia TenggaraHuruf syamsiah dan qamariahMerdeka 118Roti canaiGanjaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Kadazan-DusunNabi Ya'akub a.s.Syafiq YusofPrivate BodyguardSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSekali Lagi Cinta KembaliTugu NegaraRahsia (filem 2023)Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahAsmidarNabi Sulaiman a.s.🡆 More