Filem Antara Dua Hati

Antara Dua Hati merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1988.

Filem Antara Dua Hati diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Antara Dua Hati
PengarahRosnani Jamil
PenulisRosnani Jamil
Dihasilkan olehRosnani Jamil
DibintangiRosnani Jamil
Sabree Fadzil
Raja Ema
Ridzuan Hashim
Shah Rezza
Sheila Lama
Diedarkan olehR J Filem Sdn Bhd
Tarikh tayangan
1988
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Antara Dua Hati mula ditayangkan pada 1988 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Rosnani Jamil, Sabree Fadzil dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Antara Dua Hati diarahkan oleh Rosnani Jamil pada 1988.

Ringkasan

Mengisahkan Jefri (Sabree Fadzil) yang mengalami kecederaan ringan selepas dilanggar dengan kereta oleh Datin Sharifah (Rosnani Jamil). Datin Sharifah ialah seorang janda selepas suaminya meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Shah (Ridzuan Hashim) dan Ina (Raja Ema). Perkenalan antara Sharifah dan Jefri telah sedikit sebanyak membuka pintu hatinya untuk mencari pengganti arwah suaminya. Tetapi dalam masa yang sama, Jefri pula berkenalan rapat dengan Ina tanpa pengetahuan Sharifah. Manakala Shah pula menyokong ibunya untuk berkahwin buat kali kedua agar kehidupan ibunya berubah dan tidak berasa sunyi lagi. Ina pula sanggup mengetepikan kekasih lamanya, Joe (Shah Rezza) yang menaruh hati terhadapnya sejak dari dulu lagi. Joe yang kecewa terus membawa diri ke London untuk menyambung pelajarannya. Perhubungan Jefri mulai berubah selepas dia mula menyanyangi Sharifah dari hari ke hari tetapi dia merahsiakan peehubungan ini kepada Ina sedangkan Ina sudah menganggap Jefri sebagai kekasih baharunya. Lama-kelamaan, Jefri sudah tidak tertahan dengan sandiwara ini, dia akhirnya meluahkan perasaannya kepada Sharifah. Sharifah pula tidak sanggup membalas cinta Jefri kerana terlalu sayangkan Ina. Dia sanggup berkorban cintanya demi kebahgiaan Ina. Keputusan Sharifah ini menyebabkan Jefri tidak berpuas hati lalu meluahkan perasaannya kepada Ina yang dia hanya sayangkan Ina seperti seorang abang terhadap adiknya manakala untuk hatinya, Sharifah yang sesuai untuk dijadikan suri hidupnya bukan kerana ingin hidup dalam kemewahan wang ringgit, pangkat dan nama. Ina yang kecewa kerana cintanya bertepuk sebelah tangan tidak dapat menerima hakikat dan bersangka buruk terhadap ibunya tetapi setelah dipujuk oleh Shah, baharulah Ina dapat merelakan pemergian Jefri dari lubuk hatinya. Dan akhirnya, Jefri berjaya juga memujuk hati Sharifah untuk berkahwin selepas hubungan mereka ini dipersetujui oleh kedua-dua orang anaknya.

Pelakon

Lagu

  • Bingkai Mimpi nyanyian oleh Sabree Fadzil
  • Antara Dua Hati nyanyian oleh Rima Rashidi
  • Jika Berpisah nyanyian oleh Shah Rezza
  • Kekasih nyanyian oleh Raja Ema
  • Manisku nyanyian oleh Sabree Fadzil
  • Melodi Cinta nyanyian oleh Raja Ema

Pencapaian

  1. Sabree Fadzil memenangi anugerah pelakon filem lelaki popular di ABPBH pada tahun 1988 menerusi lakonannya dalam filem ini.

Lihat juga

Pautan luar

  • [1] di Filemkita

Tags:

Filem Antara Dua Hati PengarahFilem Antara Dua Hati RingkasanFilem Antara Dua Hati PelakonFilem Antara Dua Hati LaguFilem Antara Dua Hati PencapaianFilem Antara Dua Hati Lihat jugaFilem Antara Dua Hati Pautan luarFilem Antara Dua HatiMalaysiaMelayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perodua AxiaPemancutan maniNashrudin EliasAlhamdulillahKulaiKejohanan Badminton AsiaMy Lovely DriverPerikatan NasionalGombakRahsia (filem 2023)Pasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaKerenggaPulau TiomanSejarah orang Yahudi di MalaysiaTengku Muhammad Fakhry PetraSemenanjung MalaysiaSultan KelantanAngkatan Tentera MalaysiaMarga SangirAku Yang BerhormatAdi PutraJam 24 jamIKIMfmCik SempurnaRazarudin HusainParit BuntarRawang, SelangorJambatan Pulau PinangNombor telefon di MalaysiaWikipediaButterworth, Pulau PinangNasi tangasSepupuKuala LumpurTapah, PerakAnita BaharomOrang LampungJajahan JeliMalek MccroneAl Nassr FCAmir AhnafPuchong, SelangorSungai PetaniAlyssa DezekHalim RadziPukimakKata adjektifAtikah SuhaimeNiezam ZaidiMelisha SidabutarMuhamad Akmal SalehAbdul Taib MahmudSari YantiTuanku MuhrizTabbyPasukan Gerakan AmToy Story 3ElyanaPerang Dunia KeduaKuala PilahPerodua MyViKitab suci IslamFrekuensi radio di MelakaMenara Berkembar PetronasFendy BakryBandar Kuala SelangorSiti Khadijah HalimTerlanjur Cinta (drama web)Sophia LianaSultanah Nur Diana Petra AbdullahOrang Melayu IndonesiaKL Gangster 2One Cent ThiefSolat Sunat NikahOktovia ManroseNajua NasirKelantan🡆 More