Adellea Sofea

Adellea Sofea merupakan sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2019 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz.

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 6 Disember 2019 menggantikan Setelah Ku Dimiliki.

Adellea Sofea
Genre
PenciptaNurul Halawati
Ditulis oleh
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tentang Rahsia" oleh Judika dan Shila Amzah
Lagu penutup"Syarat Bahagia" oleh Dinda Permata
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohamedin
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
Nik Faizal Raja Deraman
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal6 Disember 2019 – 14 Januari 2020
Kronologi
MengikutiSetelah Ku Dimiliki
Diikuti olehSeadanya Aku

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Adellea Sofea (Mira Filzah), seorang pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana yang amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Ungku Ismail Aziz) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami. Namun, tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia.

Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) yang sebenarnya ibu kepada Fir membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus dan dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Illya (Bella Dally) tidak bersetuju dengan perhubungan tersebut.

Illya menyimpan dendam kepada Fir, kerana ibunya, Dr. Fauziah sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya. Encik Izham (Roy Azman), bapa mereka, Ikram (Fizo Omar), sepupu mereka dan Illya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Kemudian, Firdhaus nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Sofea.

Dr. Fauziah gembira dengan hasrat anaknya kerana dia berkenaan Sofea menjadi menantunya manakala Encik Izham menerima keputusan itu supaya Suzie Tan (Jasmine Suraya Chin), rakan baik Fir yang dianggap sebagai perosak hidup Fir, tidak lagi mengganggu anaknya. Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Runut bunyi

Sambutan

Adellea Sofea mendapat sambutan daripada penonton sekaligus menjadi sohor kini No. 1 di Twitter.

Episod terakhir disiarkan pada 14 Januari 2020, mendapat sambutan daripada warganet yang terhibur dengan adegan Sofea bermain gitar untuk suaminya Firdhaus yang koma di hospital. Babak itu menarik perhatian netizen kerana dikatakan tidak menggunakan peralatan perubatan betul untuk pesakit koma, pengarahnya Shahrulezad Mohammeddin menjelaskan pihaknya telah mendapat kebenaran pihak hospital sebelum memulakan penggambaran babak tersebut.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Adellea Sofea SinopsisAdellea Sofea PelakonAdellea Sofea Runut bunyiAdellea Sofea SambutanAdellea Sofea RujukanAdellea Sofea Pautan luarAdellea SofeaMira FilzahSetelah Ku DimilikiShahrulezad MohameddinSlot AkasiaTV3Ungku Ismail Aziz

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Peribahasa MelayuKhawarijShuib SepahtuKhadijah binti KhuwailidJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaKota BharuMedia sosialApendiksSabahFrekuensi radio di JohorPendidikan di IndonesiaKerisNabi Isa a.s.Bahasa MaduraCabang dan mazhab IslamSultanah Nur ZahirahBabiIsraelCampaOrang Asli di MalaysiaMisteri Jalan LamaFrasaPuchong, SelangorTatabahasa bahasa MelayuDaun salamSenarai pelakon lelaki MalaysiaAzhar SulaimanMona FandeyFarali KhanDahlia RizalAbdul Razak Hussein6 JahanamImran AqilBarisan NasionalNabi Sulaiman a.s.Uqasha SenroseSepupuPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaGunung KinabaluBatu PahatAtikah SuhaimeSM Faliq SM NasimuddinBaba dan NyonyaUmar bin Al-KhattabTok JanggutHukum Kanun MelakaAisyah Abu BakarKuantanTamrin Abdul GhafarRobert Kuok Hock NienNasionalismeNadhir NasarJosiah HoganOrang LampungBella AstillahKesultanan Johor-RiauPiala ThomasSuka Menang, Karang Jaya, Musi RawasSabda KekasihAsia BaratHun HaqeemPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalBaju kurungParti Islam Se-MalaysiaKata kerja tak transitifSiti HariesaKesejahteraanColors HDHubungan seksZara ZyaWanita SyurgaNur FazuraSultanah Nur Diana Petra AbdullahPilihan raya umum Malaysia 2022Marga SangirJangan Menangis Cinta (drama)Adam CorrieTerengganu🡆 More