Abraham Lincoln

Abraham Lincoln (Jawi: ‏ايبريهم ليڠکن‎code: ms is deprecated ‎; 12 Februari 1809 – 15 April 1865) ialah seorang ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat ke-16.

Beliau berkhidmat sebagai presiden dari tahun 1861 hingga 1865, semasa Perang Saudara Amerika di mana bala tentera Kesatuan pimpinan beliau berjaya menumpaskan pihak Negeri-Negeri Gabungan memberontak enggan menghapuskan perhambaan di kawasan mereka selatan Amerika Syarikat. Namun, beliau dibunuh lima hari selepas kejayaan ini oleh seorang pelakon teater yang menyokong Gabungan itu - beliau merupakan presiden pertama yang dibunuh semasa tempoh penjawatannya.

Abraham Lincoln
ايبريهم ليڠکن
Abraham Lincoln
Presiden Abraham Lincoln pada November 1863
Presiden Amerika Syarikat ke-16
Dalam jawatan
4 Mac 1861 – 15 April 1865
Naib PresidenHannibal Hamlin (1861–1865)
Andrew Johnson (1865)
Didahului olehJames Buchanan
Digantikan olehAndrew Johnson
Ahli Dewan Perwakilan A.S.
dari daerah ke-7 Illinois
Dalam jawatan
4 Mac 1847 – 3 Mac 1849
Didahului olehJohn Henry
Digantikan olehThomas L. Harris
Ahli
Dewan Perwakilan Illinois
Dalam jawatan
1834–1842
Butiran peribadi
Lahir(1809-02-12)12 Februari 1809
Sinking Spring Farm,
dekat Hodgenville, Kentucky, A.S.
Meninggal dunia15 April 1865(1865-04-15) (umur 56)
Rumah Petersen,
Washington, D.C., A.S.
Sebab kematianDibunuh
Tempat persemadianMakam Lincoln, Perkuburan Oak Ridge Cemetery,
Springfield, Illinois, A.S.
Parti politikWhig (1834–1854)
Republikan (1854–1865)
Sekutu gabungan
politik lain
Kesatuan Kebangsaan (1864–1865)
Tinggi6 kaki 4 inci
PasanganMary Todd
(k. 1842)
Anak-anak
  • Robert
  • Edward
  • Willie
  • Tad
IbuNancy Hanks
BapaThomas Lincoln
ProfesionPeguam, ahli politik
TandatanganAbraham Lincoln
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanAbraham Lincoln Amerika Syarikat
Abraham Lincoln Illinois
Perkhidmatan/
cawangan
Illinois Militia
Tahun perkhidmatan3 bulan
(21 April 1832 – 10 July 1832)
Pangkat
  • Kapten
    (21 April 1832 – 27 Mei 1832)
  • Prebet
    (28 Mei 1832 – 10 Julai 1832)
OBS:. Dilepaskan dari perintahnya dan disenaraikan sebagai Prebet.
PertempuranPerang Black Hawk

Beliaun telah dikenang sebagai "Great Emancipator" kerana usahanya menghapuskan perhambaan se-Amerika Syarikat lalu memberikan peluang orang kulit hitam hidup setara dengan warga kulit putih di negaratersebut sebagai manusia yang merdeka.

Awal hidup

Lincoln dilahirkan di sebuah pondok kayu di pinggir Nolin Creek, Kentucky. Pondok itu mempunyai sebuah pintu, sebuah tingkap, sebuah cerobong, lantai lumpur dan luasnya besar sedikit sahaja daripada sebuah bangsal. Keluarganya sangat miskin. Bapanya, Thomas Lincoln adalah seorang peladang dan ibunya bernama Nancy Hanks. Bapanya ialah seorang yang peramah dan suka bergaul. Beliau ialah seorang petani miskin yang membanting tulang di bumi Kentucky untuk meraih hasil yang tidak menentu. Keluarga itu tidak tinggal lama di Nolin Creek. Tanah pinggir sungai di Knob Creek lebih subur lagi. Lantas keluarga Lincoln berpindah ke sana. Ketika Lincoln berusia tujuh tahun, mereka berpindah lagi, kali ini ke wilayah terbaru di Amerika Syarikat iaitu Indiana.

Pada tahun 1818, sewaktu Lincoln berusia sembilan tahun, keluarganya ditimpa bencana. Akibat hidup yang perit di perbatasan, ibunya meninggal dunia. Tanpa Nancy, keluarga tersebut lama-kelamaan menjadi kucar-kacir, kotor dan sengsara. Setahun kemudian, Thomas berkahwin dengan seorang janda bernama Sarah Bush Johnston atau nama panggilannya Sally. Sally sangat baik hati dan suka bergaul dengan Lincoln.

Abraham Lincoln kadang kala dipanggil Abe Lincoln atau "Abe Jujur" selepas beliau berlari beberapa batu untuk memberi seorang pelanggan jumlah wang kecil yang tepat. Nama panggilan "Abe Jujur" datang dari satu masa apabila beliau memulakan perniagaannya yang gagal. Daripada melarikan diri seperti orang ramai, beliau tinggal dan bekerja untuk membayar hutangnya.

Kerjaya awal politik

Lincoln memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1832 apabila beliau mencalonkan diri untuk perwakilan di Illinois, tetapi gagal dalam pilihan raya. Beliau berkhidmat sebagai kapten tentera semasa Perang Black Hawk, iaitu perang menentang kaum pribumi Amerika. Apabila beliau berpindah ke Springfield, beliau mula bekerja sebagai peguam. Tidak lama kemudian, Lincoln menjadi seorang peguam yang sangat dihormati di Illinois. Pada tahun 1837, sebagai ahli Perhimpunan Agung Illinois, Lincoln mengeluarkan protes tertulis mengenai laluan resolusi yang menyatakan bahawa perhambaan tidak dapat dimansuhkan di Washington, D.C. Pada tahun 1846, beliau menyertai Parti Whig, dan dilantik sebagai ahli Kongres selama satu penggal. Ketika perhambaan menjadi isu pada tahun 1854, Lincoln membantu menubuhkan Parti Republikan dan menjadi ketuanya bagi negeri Illinois. Pada tahun 1858, beliau mahu menjadi senator; walaupun ini tidak berjaya, perdebatan menarik perhatian kebangsaan kepadanya. Parti Republikan telah mencalonkannya untuk pilihan raya Presiden pada tahun 1860.

Presiden

Lincoln dipilih sebagai calon untuk pilihan raya pada tahun 1860 kerana alasan yang berbeza. Lincoln memenangi pilihan raya pada tahun 1860, dan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-16. Buat pertama kali, seorang presiden telah memenangi pilihan raya kerana sokongan besar yang diperolehnya dari negeri-negeri di Utara. Semasa kepimpinannya, Lincoln menjadi terkenal kerana topi stovepipe-nya yang besar. Beliau menggunakan topi tinggi untuk menyimpan kertas dan dokumen.

Semasa Perang Saudara

Lincoln menentang kuat sistem perhambaan dan usaha-usaha untuk mengembangkan perhambaan ke wilayah-wilayah persekutuan. Perdebatan-perdebatannya dengan Stephen Douglas, ketua Parti Demokrat, pada tahun 1858 memberikannya pendedahan sebagai ahli politik negara, dan sebagai seorang barat yang sederhana dalam politik, beliau memenangi pencalonan presiden pada tahun 1860. Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menyebabkan wilayah-wilayah paling selatan hilang sabar lalu tujuh buah negeri berpisah untuk membentuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan menawan kubu-kubu serta harta-harta yang lain dalam sempadannya. Kejadian inilah yang meyebabkan tercetusnya Perang Saudara Amerika.

Dalam usaha-usahanya sebagai pemimpin masa perang Lincoln sering menggunakan pujukan seperti dalam kenyataan-kenyataan umumnya, khususnya Ucapan Gettysburg, mentakrifkan persoalan-persoalan perang, dan membantu untuk mentakrifkan semula imej diri Amerika Syarikat. Beliau terbukti pintar menggantikan jeneral-jeneral yang sederhana dengan jeneral-jeneral yang lebih berupaya sehingga akhirnya, beliau menemui Ulysses S. Grant. Dalam kepimpinan Parti Republikan, Lincoln dapat mengelakkan perpecahan antara semua puak, dan menambahkan sokongan baru daripada ahli-ahli Demokrat yang menyokong peperangan, walaupun Copperhead, musuh-musuhnya yang merupakan puak Demokrat di Utara, kuat membidasnya sebagai diktator yang tiada belas kasihan. Lincoln terpaksa mendamaikan pemimpin-pemimpin Republikan yang radikal dan sederhana yang sering kali amat tidak bersependapat terhadap permasalahan yang diungkitkan dalam isu perhambaan. Lincoln sendiri menyelia usaha perang bersama-sama dengan Jeneral Grant (1864-65) yang berjaya mengalahkan Robert E. Lee pada April 1865.

Sifat-sifat kepimpinan Lincoln ternyata dalam cara menangani diplomasi terhadap negeri-negeri perhambaan di sempadan pada permulaan pertempuran, menewaskan cubaan Kongres untuk menyusun semula Kabinet pada tahun 1862, ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan yang membantu negeri-negeri utara bersiap sedia dan meredakan isu keamanan dalam kempen pilihan raya presiden pada tahun 1864.

Copperhead mengkritik Lincoln kerana tindakannya dianggap mencabuli perlembagaan negara, melampaui bidang kuasa eksekutif, enggan bertolak ansur terhadap pengabdian, mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung habeas corpus, mengarahkan penangkapan 18,000 orang penentang (termasuk pegawai-pegawai awam dan penerbit-penerbit akhbar), dan membunuh beratus-ratus ribu pemuda yang menyertai perang sebagai askar. Republikan Radikal mengkritiknya kerana terlalu lambat menghapuskan perhambaan, dan tidak cukup keras dalam menghadapi pihak selatan.

Lincoln memberi suatu ucapan terkenal selepas suatu pertempuran yang dahsyat mengorbankan banyak askar terkorban dari kedua-dua pihak ini pada 1863, di mana ucapan belsungkawa ini mengecam kegentingan dan keganasan hebat yang menimpa negara Amerika Syarikat kerana perpincangan fahaman sesama warga serta menegaskan perubahan yang bakal membangunkan semula Amerika Syarikat kepada suatu negara yang kembali utuh. Ia merupakan salah satu ucapan terkenal dan aling berpengaruh dalam jalan politik negara ini.

Penggal kedua dan pembunuhan

Lincoln dipilih semula pada 1864 dan dilantik semula pada 4 Mac 1865. Tidak lama selepas itu, kemungkinan besar Kesatuan akan memenangi Perang Saudara. Lincoln mencadangkan syarat-syarat untuk memulihkan kerajaan sendiri di negeri-negeri yang telah memberontak. Pada 9 April 1865, jeneral Gabungan terkemuka, Robert E. Lee, menyerahkan tenteranya. Pada 11 April 1865, Lincoln memberi ucapan di mana beliau mempromosikan hak mengundi untuk orang kulit hitam.

Abraham Lincoln 
Pembunuhan Abraham Lincoln. Dari kiri: Henry Rathbone, Clara Harris, Mary Todd Lincoln, Abraham Lincoln dan John Wilkes Booth

Pada 14 April 1865, Lincoln bertolak ke teater untuk menyaksikan persembahan "Our American Cousin". Ketika pengawalnya tiada, Lincoln duduk di tempat biasanya di balkoni tanpa menyedari Booth berada di belakangnya dan hanya menunggu adegan kelakar untuk membunuh presiden dengan harapan gelak ketawa di teater akan menenggelamkan bunyi tembakan. Saat ditunggu tiba, lalu Booth menembak Lincoln di kepala. Mejar Henry Rathbone cuba menangkap Booth tetapi tidak berjaya. Booth melompat dari atas pentas, kemudian menjerit Sic semper tyrannis! (bahasa latin: "Maka selalu (berlaku) ke atas pemimpin kejam) dan berjaya melarikan diri. Gerakan memburu Booth berlangsung selama 12 hari di bawah arahan Setiausaha Perang Edwin M. Stanton. Booth berjaya ditangkap di sebuah rumah reban di Virginia di mana dia ditembak mati.

Lincoln koma selama sembilan jam sebelum meninggal dunia akibat luka dialam. Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 7.22 pagi, 15 April 1865 ketika umurnya 56 tahun. Ada juga beberapa sumber yang mencatat keadaan pada waktu pagi selepas pembunuhan itu di mana beliau sempat menyedarkan diri untuk tersenyum lebar sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Pengaruh

Lincoln telah secara konsisten merupakan salah satu presiden A.S. yang paling hebat. and the public Beliau sering dianggap presiden terhebat untuk kepimpinannya semasa Perang Saudara Amerika dan kefasihannya dalam ucapannya seperti Ucapan Gettysburg.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Abraham Lincoln Awal hidupAbraham Lincoln Kerjaya awal politikAbraham Lincoln PresidenAbraham Lincoln PengaruhAbraham Lincoln RujukanAbraham Lincoln Pautan luarAbraham Lincoln12 Februari15 April18091865Angkatan Tentera KesatuanNegeri-negeri Gabungan AmerikaPembunuhan Abraham LincolnPerang Saudara AmerikaPerhambaanPresiden Amerika SyarikatSelatan Amerika SyarikatTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Taman Negara MalaysiaPenggunaTV3RendangPasukan bola sepak kebangsaan IraqBumiputeraSyasyaJohor Darul Ta'zim F.C.Perkahwinan menurut IslamEmelda RosmilaSijil Pelajaran MalaysiaSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukPenunggang AgamaHassanal BolkiahKota KinabaluJohan GhazaliPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaAliff AzizDarjah kebesaran MelayuSuruhanjaya Syarikat MalaysiaSuntikanPronoSheriff (filem)Amir MasdiPutri JannahSifat-sifat AllahMasam-Masam ManisMelisha SidabutarHantu Kak Limah Balik RumahPerang Dunia PertamaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakProton Holdings BerhadSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3JamrahAngel (penyanyi)Queen of TearsCibaiKementerian Kesihatan MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunTaman Tasik TitiwangsaCarles PuigdemontShah AlamSultan PerakPemerintahan berajaHantu Kak LimahNasi lemakNabi Nuh a.s.TauhidSenarai peribahasa (A–M)Bryan DomaniPerlembagaan MalaysiaAbang AdikDaerah LangkawiIntan NajuwaKasih Iris LeonaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailMega Movie (Slot TV3)Abang Long Fadil 3Menara Jam Condong Teluk IntanSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Siti Hasmah Mohamad AliPokok MambuSepahtu Reunion LiveJawatankuasa Hubungan Antara KaumMichael (malaikat utama)Slot SamarindaPak Ketipak KetipungMuhammad al-FatihAzhar SulaimanImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Peribahasa MelayuXPDCKhadijah binti KhuwailidNasi kerabuIpoh🡆 More