Philibert Tsiranana: Ahli politik Madagascar (1912-1978)

Philibert Tsiranana (18 Oktober 1912 – 16 April 1978) merupakan Presiden Madagaskar dari tahun 1959 hingga 1972.

Sebelum ini, beliau merupakan Perdana Menteri negara tersebut ketika ia masih di bawah naungan Komuniti Perancis tahun 1958 sehinggalah ia merdeka pada 1959.

Philibert Tsiranana
Philibert Tsiranana: Kehidupan awal, Kerjaya perguruan, Kerjaya politik
Philibert pada tahun 1962.
Presiden Madagaskar Pertama
Dalam jawatan
1 Mei 1959 – 11 Oktober 1972
Naib PresidenPhilibert Raondry, Calvin Tsiebo, Andre Resampa, Calvin Tsiebo, Jacques Rabemananjara, Victor Miadana, Alfred Ramangasoavina, Eugène Lechat
Didahului olehjawatan ditubuhkan
Digantikan olehGabriel Ramanantsoa
Perdana Menteri Madagaskar ke-7
Dalam jawatan
14 Oktober 1958 – 1 Mei 1959
Didahului olehjawatan ditubuhkan semula
Digantikan olehjawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir(1912-10-18)18 Oktober 1912
Ambarikorano, Madagaskar
Meninggal dunia16 April 1978(1978-04-16) (umur 65)
Antananarivo, Madagaskar
KerakyatanMadagaskar Madagascar
Parti politikParti Sosial Demokratik
PasanganJustine Tsiranana (k. 1933–1978; kematian Philbert)
ProfesionProfesor Bahasa Perancis dan Matematik

Pemerintahan beliau berada dalam keadaan sungguh stabil berbanding negara-negara sebenuanya serta mengalami perkembangan ekonomi yang sederhana sihat di bawah pelaksanaan berupa sosialisme pragmatik. Hal ini menjamin kemakmuran negaranya yang turut medapat nama "Pulau Bahagia" (Île heureuse) pada ketika itu. Walau bagaimanapun, proses pilihan raya penuh dengan isu-isu dan istilahnya akhirnya berakhir dalam siri tunjuk perasaan tani dan pelajar yang membawa kepada berakhirnya Republik Pertama dan penubuhan Republik Kedua yang secara sosialis.

Kehidupan awal

Beliau dicatatkan lahir pada 18 Oktober 1912 di Ambarikorano, kawasan Sofia timur laut Madagascar. Ibu bapanya Madiomanana and Fisadoha Tsiranana, merupakan peladang ternak lembu zebu Katolik etnik Tsimihety.

Philibert pada asalnya mahu menjadi peladang juga. Namun, kematian ayahnya tahun 1923 mendorong beliau bersekolah atas cadangan abangnya, Zamanisambo untuk memperbaiki hidup; beliau bersekolah di Anjiamangirana.

Beliau menjadi guru di kampungnya setelah menamatkan pengajiannya.

Kerjaya perguruan

Beliau memulakan pengajarannya di suatu sekolah menengah Tananarive tahun 1942. Beliau lulus ujian kelayakan pembantu guru pada 1945 yang membolehkan beliau bekerja sebagai seorang profesor. Beliau mendapat biasiswa ke École normale d'instituteurs di Montpellier, Perancis pada tahun berikutnya pada 1946, beliau berangkat ke sana pada 6 November.

Kerjaya politik

Semasa beliau bekerja sebagai gurulah beliau menyertai kesatuan guru pakar 1943. Sambil beliau melanjutkan pengajarannya, peluang beliau berpolitik terbuka dengan pembebasan peruntukkan diberikan kepada para warga jajahan Perancis setelah Perang Dunia Kedua berikutan pembentukan Kesatuan Perancis.

Beliau menyertai Persatuan Komunis Pelajar (Groupes d’études communistes, GEC) pada Januari 1946 atas cadangan mentornya Paul Ralaivoavy; beliau menjadi setiausaha persatuan tersebut. Perkenalannya dengan seberapa orang seperjuangan mendorong kepada pembentukan parti anti-penjajah Parti Warga Tidak Berwaris Madagaskar (Parti des déshérités de Madagascar, PADESM) pada Jun tahun sama dengan beliau sebagai pengasas parti.

Sebagai Perdana Menteri (1958-1959)

Sebagai Presiden (1959-1972)

Senja hidup

Rujukan

Tags:

Philibert Tsiranana Kehidupan awalPhilibert Tsiranana Kerjaya perguruanPhilibert Tsiranana Kerjaya politikPhilibert Tsiranana Sebagai Perdana Menteri (1958-1959)Philibert Tsiranana Sebagai Presiden (1959-1972)Philibert Tsiranana Senja hidupPhilibert Tsiranana RujukanPhilibert TsirananaKomuniti PerancisPresiden Madagaskar

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

ZUS CoffeeAngkatan Tentera MalaysiaSarafNabi Lut a.s.Piagam MadinahKuala Kubu BharuKamal AdliJam 24 jamArdell AryanaHukuman mati di MalaysiaDe FamKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)RasuahSurah al-FatihahSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamTok JanggutFunanTeknologiAyamPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaUniversiti MalayaPulau RedangAmelia HendersonWohnenNabi Sulaiman a.s.Khunsa (siri TV)SainsNajua NasirPerodua KancilSolat subuhCCTV (filem)Yasmin NapperPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 VietnamGerhana matahariKu FaridahSekularismeSenarai SBP di MalaysiaKumpulan Wang Simpanan PekerjaCibaiPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaFadhli MasootSejarah MalaysiaPenjodoh bilangan bahasa MelayuKata kerja tak transitifSarimah IbrahimBoBoiBoyKedahBank Negara MalaysiaProton SatriaJabatan Kastam Diraja MalaysiaWilayah PersekutuanAdellea SofeaSaifuddin Nasution IsmailGrup Gerak KhasIbrahim Shah Abu ShahPerang Dunia PertamaTentera Darat MalaysiaThe Original GangsterTanda dan gejalaPertanianYang di-Pertua Negeri SarawakAsia BaratMaria OzawaNabi Isa a.s.Sejarah bahasa MelayuAllahSherry AlhadadPakatan HarapanAedy AshrafNajis dalam IslamNadir Al-NuriAmyra RosliAlor SetarKetupatKulitKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaFrekuensi radio di JohorIndonesia🡆 More