Katolik Paus

Paus merupakan gelaran yang diberikan kepada uskup Rom yang merupakan ketua kerohanian dalam badan Gereja Katolik Rom.

Pemegang gelaran ini juga merupakan ketua negara Kota Vatikan, sebuah negara kota terletak di tengah-tengah Rom, ibu kota Itali. Pejabat jawatan dipegang paus dipanggil Kepausan sementara kawasan kepaderiannya dipanggil Takhta Suci (Sancta Sedes, Holy See atau Apostolic See).

Uskup
Rom
اوسکوڤ روم
Pontifex Romanus
Katolik Paus
Katolik Paus
Katolik Paus
Penyandang
Fransiskus
sejak 13 Mac 2013
Gelaranbahasa Melayu: Yang Mulia, Sri Paus
bahasa Inggeris: His Holliness, "Yang Suci"
Anggota bagiHierarki Gereja Katolik Edit the value on Wikidata
Bidang kuasaGereja Roman Katolik, Vatikan dan Negeri-Negeri Paus Edit the value on Wikidata
InstitusiGereja Roman Katolik, Holy See, Diocese of Rome (en) Terjemah dan Roman Catholic Ecclesiastical province of Rome (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
KediamanIstana Paus
Penjawat sulungSanto Peter
DibentukAbad pertama
SenaraiSenarai Paus Edit the value on Wikidata
Tapak webBapa Suci
Twitter: Pontifex Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Katolik Paus
Paus Gregorius I yang Agung (c 540–604) yang menetapkan tema medieval di Gereja, dalam lukisan oleh Carlo Saraceni, sekitar 1610, Rom.

Paus gereja ini yang terkini adalah Paus Fransiskus yang ditabalkan semasa berusia 76 tahun pada 2013.

Etimologi

Istilah "paus" ini merupakan kata pinjaman bahasa Belanda daripada perkataan Yunani: πάππας pappas, 'bapa' melalui istilah bahasa Latin iaitu papa. Gelaran papa atau pappas ini pada awalnya digunakan semua uskup dan paderi kanan terutamanya di Timur ketika kurun-kurun awal agama Kristian. Ia kemudiannya dikhususkan pengunaannya kepada Uskup Rom pada abad ke-11.

Cara pemilihan

Pengundian

Paus asalnya dipilih paderi-paderi kanan yang mendiami kota Rom atau sekitarnya. Kelayakan para pengundi dihadkan kepada Kardinal-Kardinal Gereja Rom Suci pada 1059, manakala undian individu kesemua Pengundi Kardinal dikira sama rata pada tahun 1179. Para pengundi kini dihadkan dalam kalangan mereka yang tidak mencecah usia 80 tahun sehari sebelum kematian atau peletakkan jawatan Paus yang sebelumnya. Memandangkan Paus ini juga berperanan sebagai Uskup Rom, hanya mereka yang telah dilantik sebagai uskup sahaja dapat diundi, di mana sebarang penganut Katolik lelaki yang dibaptiskan layak dalam pemilihan ini.

Salah satu ciri utama kaedah pemilihan paus yang baru ini adalah cara pengundian diumumkan kepada orang ramai. Selepas kesemua kertas undi dikumpul dan diikat, bondolan tersebut dibakar dalam sebuah dapur khas yang didirikan dalam Gereja Kecil Sistine di mana asap pembakaran tersebut akan dilepaskan sebuah serombong kecil yang kelihatan dari Dataran Santo Peter. Undian yang tidak berjaya akan dibakar bersama sejenis bahan khas yang menghasilkan asap hitam (bahasa Itali: fumata nera) Undian yang berjaya pula akan dibakar sendirian menghasilkan asap putih (fumata bianca) seterusnya mengumumkan pengundian seorang Paus yang baharu.

Diakon Kardinal Kanan muncul dari beranda yang menghadap Dataran Santo Peter lalu membuat pengumuman: Annuntio vobis gaudium magnum! Habemus Papam! ("Saya mengumumkan dengan sukacitanya! Kami mempunyai seorang Paus kini!"). Paderi tersebut seterusnya mengumumkan nama pertama serta nama pemerintah Paus baru ini.

Kematian

Mengikut tradisi abad-abad kebelakangan ini, Kardinal Camerlengo ("Pengurus Rumah Tangga") mengesahkan kematian seseorang Paus selepas mengetuk lembutnya kepala beliau dengan sejenis tukul perak sambil memanggil nama asalnya sebanyak tiga kali, namun ia tidak diamalkan sewaktu kematian John Paul I dan John Paul II. Kardinal tersebut mengambil Cincin Nelayan lalu membelahnya di hadapan jemaah kardinal lain. Tera Paus ini dirosakkan agar ia tidak digunakan lagi sementara kediaman persendiriannya ditutup.[perlu rujukan]

Mayat si Paus yang mati ini dipamerkan untuk tujuan penghormatan terakhir selama beberapa hari sebelum dikebumikan dalam bilik bawah gereja atau katedral yang utama; kesemua paus yang meninggal pada abad-abad ke-20 dan ke-21 dikebumikan dalam Basilika Santo Peter. Suatu tempoh berkabung selama sembilan hari (novendialis) berlangsung selepas pengebumian ini berlaku.[perlu rujukan]

Peletakan jawatan

Kemungkinan seseorang Paus meletakkan jawatannya amatlah jarang. Benedict XVI merupakan Paus terkini yang melakukan demikian dengan penurunannya dari Takhta Suci pada 28 Februari 2013 selepas pengunduran Gregorius XII pada tahun 1415.

Lihat pula

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Katolik Paus EtimologiKatolik Paus Cara pemilihanKatolik Paus Lihat pulaKatolik Paus RujukanKatolik Paus Pautan luarKatolik PausGereja Katolik RomItaliKota VatikanRomTakhta SuciUskup

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Konsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaHidroterapiAwieKetupat palasMediaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaKuala Kubu BharuNicol Ann DavidPASKAL (filem)Senarai kaum di MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMYasmin AhmadPolis Diraja MalaysiaShakilla KhoririKuala LumpurJenis air untuk bersuci dalam IslamGeografi JohorSM Faliq SM NasimuddinPasukan bola sepak kebangsaan UzbekistanSumbang mahramMahmud Ali BashahTarian MelayuKata namaPeribahasaJambatan Pulau PinangPenjodoh bilangan bahasa MelayuKuala PilahProton Exora2024 di MalaysiaRicheese FactoryYasmin NapperPenggunaBukit TaburTatabahasa bahasa MelayuSosialJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaNadir Al-NuriTentang Hati DiaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaSenarai haiwanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaXPDCCristiano RonaldoShaheizy SamPerodua MyViJabatan Perangkaan MalaysiaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNabi Lut a.s.Kesan rumah hijauAngkatan Tentera Republik Islam IranSyatilla MelvinAeril ZafrelAbdul Rahman AhmadTengku Zafrul Abdul AzizAdi PutraOnn JaafarSerembanTanam paksaAziz M. OsmanPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Geografi MalaysiaHang TuahJean Retno AryaniKerenggaFadillah YusofPrivate BodyguardHarissa AdlynnTanah Melayu BritishGombakHero RemajaPeribahasa MelayuMurutBunga kertasKementerianRazarudin HusainSyamim FaridGayatri Su-Lin PillaiIbrahim Shah Abu Shah🡆 More