Jumaat: Hari keenam dalam seminggu, selepas hari Khamis

Jumaat (Jawi: ‏جمعة‎code: ms is deprecated ‎, bahasa Inggeris: Fridaycode: en is deprecated ; juga Jumat di Riau, Ind.) merupakan hari keenam dalam seminggu terletak antara Khamis dan Sabtu.

Etimologi

Perkataan "Jumaat" meminjam dari Arab: الجُمُعَة, rumi: al-jumu`ah dibentuk daripada akar ج م ع‎ yang memberi makna "menghimpunkan" atau "mengumpulkan", atau dalam tafsiran lainnya "menambahkan sesuatu bahagian kepada bahagian [lain]" (ضم الشيء بعضه إلى بعض‎)

Kata jumaat ini juga pernah digunakan untuk mengaitkan dengan suatu tempoh tujuh hari yang kini disebut minggu atau pekan ("sejumaat").

Kepentingan

Agama

Pada hari ini orang-orang Islam akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengah hari bagi menggantikan solat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.

Para penganut agama Kristian juga digalakkan beribadah pada hari ini terutamanya dalam kalangan beraliran Gereja Katolik, Anglikan dan Ortodoks Timur:

  • Para penganut Katolik tidak sahaja disyorkan berpuasa malah juga ditegah memakan daging merah
  • Penganut Ortodoks Timur pula ditegah makan semua jenis daging dan bahan sepuncanya termasuk ayam itik, tenusu dan ikan.

Ada juga satu perayaan penting disambut pada hari ini dalam minggu sama sebelum Paskah yang jatuh hari Ahad berikutnya, iaitu Jumaat Agung yang memperingati penyaliban Yesus Kristus.

Penganut agama Yahudi turut memulakan suatu "istirahat" mereka pada senja hari ini sampailah senja hari Sabtu dipanggil Shabbat di mana sebarang kegiatan bekerja yang ditetapkan dalam Mishnah ditegah sambil pembacaan kitab Taurah digalakkan

Budaya setempat

Ada sesetengah alam masyarakat Barat yang percaya tahayul bahawa bala dan malang akan menimpa pada hari Jumaat bertarikh 13 dalam sesebuah bulan.

Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Hal ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat ialah hari terakhir.

Rujukan

Tags:

Jumaat EtimologiJumaat KepentinganJumaat RujukanJumaatBahasa bahasa InggerisHariKhamisMingguSabtuTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Setelah Cinta Itu PergiPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaJenis-jenis ayat bahasa MelayuSurah al-BaqarahSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimYasmin NapperKelantanAziz M. OsmanKuantanMegat SharizalSenarai poskod di MalaysiaPerkahwinan menurut IslamMahathir MohamadFarajAbdul Rahman AhmadProton Holdings BerhadSingapura dalam MalaysiaJean Retno AryaniInsya-AllahMamat KhalidJawatankuasa Hubungan Antara KaumSenarai Surah Al-QuranNik Abdul Aziz Nik MatCik ManggisBola tamparSex Drive (filem)Kamal AdliSM Faliq SM NasimuddinKhalid Mohamad JiwaRicheese FactoryZizie EzetteAdi PutraSherry AlhadadSenarai saluran Astro NJOIIntan Ladyana@TeknologiNombor telefon di MalaysiaSepupuPemerintahan berajaLiberalismeRevolusi PerancisOne Cent ThiefBaba dan NyonyaUmmi NazeeraNadhir NasarDarurat Tanah MelayuKata ganti diriKata kerjaProton WajaCongkakShukri YahayaErra FaziraBarisan NasionalPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSifat-sifat AllahOrang Cina MalaysiaTuanku Ja’afarDaun salamBahasa InggerisBatik Air MalaysiaMarissa YasminYouTubeUniversiti Teknologi MARASerembanPeribahasa MelayuZahirah MacWilsonHubungan intimLuqman AbdullahTahun Baru CinaFunanCabang dan mazhab IslamSultan PerakNabi Isa a.s.Kaedah arkeologiHero RemajaSejarah Malaysia🡆 More