Barbados

59°33′W / 13.167°N 59.550°W / 13.167; -59.550

Barbados ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di persempadan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Merangkumi salah satu daripada gugusan pulau Antillen Kecil, Barbados terletak di bahagian sebelah timur gugusan tersebut.

Barbados
باربادوس
Bendera Barbados
Jata Barbados
Bendera Jata
Cogan kata"Pride and Industry"
Kebanggaan dan Kerajinan
Lagu kebangsaan"In Plenty and In Time of Need"
Lokasi Barbados
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bridgetown
13°06′N 59°37′W / 13.100°N 59.617°W / 13.100; -59.617
Bahasa rasmibahasa Inggeris
Bahasa umum
yang diakui
Bahasa Kreol Barbados
Kumpulan etnik
(est. 2010)
  • 91% kaum hitam/Afrika
  • 4% kaum putih
  • 3.5% kaum kacukan
  • 1% kaum India
  • 0.5% lain-lain atau tidak dinyatakan
Agama
KerajaanRepublik berparlimen berkesatuan
• Presiden
Sandra Mason
• Perdana Menteri
Mia Mottley
Badan perundanganParlimen
Senat
Dewan Perhimpunan
Merdeka 
• Kedaulatan diwujudkan
30 November 1966
• Dimasukkan ke PBB
7 Disember 1966
• Republik ditubuhkan
30 November 2021
Keluasan
• Jumlah
439 km2 (169 bt2) (ke-183)
• Perairan (%)
Boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2019
287,025 orang (ke-182)
• Bancian Penduduk 2010
277,821 orang
660/km2 (1,709.4/sq mi) (ke-15)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
ASD5.398 bilion
$18,798
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
ASD5.207 bilion
$18,133
HDI (2019) 0.814
sangat tinggi · ke-58
Mata wangDolar Barbados ($)
(BBD)
Zon waktuUTC−4 (AST)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+1-246
Kod ISO 3166BB
DPT internet.bb today=

Barbados masyhur dengan industri pelancongannya dan dikenali sebagai Little England atau England Kecil bagi kepulauan Caribbean kerana pengaruh Britain yang kuat di pulau ini. Pulau Barbados terletak 2585 km (1610 batu) dari tenggara Miami, Florida di Amerika Syarikat dan 860 km (535 batu) dari Caracas, Venezuela.

Sejarah

Zaman prapenjajahan

Bukti-bukti arkeologi yang terhad membuktikan bahawa Barbados memiliki penghuni pada sekitar pertengahan alaf kedua SM. Penghuni Amerindia yang lebih kekal wujud di Barbados pada abad keempat hingga ketujuh Masihi. Penghuni-penghuni Arawak dan Kalinago dari Amerika Selatan mula menghuni di pulau ini sejak abad kesembilan Masihi.

Zaman penjajahan

Orang Portugis merupakan orang Eropah pertama menemukan dan mencatat kelibat pulau ini dalam pelayaran mereka dari Brazil Jajahan. Salah seorang peneroka ini, Pedro A. Campos menamakan pulau ini sebagai Os Barbados yakni "yang berjanggut". Nama ini dikatakan merujuk kepada pokok-pokok ara spesies Ficus citrifolia yang menjalar seakan janggut atau penampilan orang-orang asal yang menduduki pulau ini.

Barbados merupakan pulau yang lengang sebelum penjelajah British mula menetap di sini pada 1627. Kapten John Powell mendarat di Barbados pada 1625 dan mengisytiharkan pulau sebagai tanah jajahan British. Dua tahun kemudian, abangnya Kapten Henry Powell mendarat dengan 80 orang peneroka dan 10 orang hamba abdi. Kumpulan tersebut telah menubuhkan penempatan Eropah yang pertama di Jamestown di pantai barat, kini dikenali sebagai Holetown. Pada akhir tahun 1628 penduduk koloni ini bertambah menjadi 2,000 orang.

Pihak penjajah telah menebang kebanyakan hutan belantara dan menanam tembakau dan kapas. Pada 1640-an, mereka menanam semula ladang-ladang ini dengan tebu. Ladang-ladang ini ialah ladang tebu terbesar di kepulauan Caribbean, dan pengeluaran gula menghasilkan keuntungan lumayan bagi pihak penanam dan peneroka di Barbados. Oleh kerana permintaan gula yang tinggi, hamba-hamba abdi telah dibawa dari benua Afrika dan dikerjakan di ladang-ladang gula yang wujud hingga tahun 1834 apabila sistem perhambaan dihapuskan. Meskipun begitu, ekonomi Barbados masih bergantung kepada sektor gula, rum dan molases hingga kurun ke-20. Selepas Perang Dunia Kedua, industri gula mula merudum manakala sektor pelancongan telah meningkat naik.

Zaman pascakemerdekaan

Barbados telah mencapai status kerajaan dalaman sendiri pada 1961 dan mencapai kemerdekaan pada 30 November 1966 dengan Errol Barrow sebagai Perdana Menteri pertama. Pada awal 1990-an, pelancongan telah menjadi sektor terbesar di Barbados.

Pada 15 September 2020, pemerintah penguasai Barbados mengumumkan pelaksanaan membubarkan kuasa beraja sebagai suatu negara republik pada 30 November 2021, 55 tahun setelah negara itu merdeka dari jajahan British menggantikan dengan suatu Presiden ketua negara lantikan rakyat sendiri; Barbados masih akan kekal keanggotaan dalam Alam Komanwel. Suatu pemindaan kepada perlembagaan negara Barbados menyentuh hal ini diperkenalkan dalam Parlimen Barbados pada 20 September 2021 yang diluluskan pada 6 Oktober tahun sama. Pada minggu berikutnya tanggal 12 Oktober, Gabenor Jeneral terakhir negara tersebut, Sandra Mason dilantik dua-dua pihak pemerintah dan pembangkang parlimen sebagai Presiden pertama mereka sebelum disahkan dalam pilihan raya tanggal 20 Oktober.

Geografi

Barbados terletak di Lautan Atlantik dan merupakan pulau paling timur di Antillen Kecil serta Hindia Barat. Barbados merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan pusat tanah tinggi dengan puncak tertinggi ialah Gunung Hillaby (336 m). Pulau ini beriklim tropikal, dengan musim hujan di antara bulan Jun dengan Oktober. Musim keringnya pula adalah antara bulan Februari dengan Mei. Ibu negara Barbados ialah Bridgetown. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Holetown dan Speightstown.

Politik

Sistem politik Barbados ialah berasaskan sistem republik berparlimen berdasarkan sistem Westminster. Ketua negara Barbados ialah Presiden Barbados, kini dipegang oleh Dame Sandra Mason. Kuasa eksekutif masih terletak di tangan Perdana Menteri dan kabinetnya. Perdana Menteri lazimnya ialah seorang ketua parti politik yang menang dalam pilihan raya untuk 30 buah kerusi dalam Dewan Rakyat. Ahli-ahli dipilih setiap lima tahun. Ahli Senat atau Dewan Negara berjumlah 21 orang dan dilantik oleh Gabenor Jeneral. Daripada jumlah tersebut, 12 orang ahli dilantik atas nasihat Perdana Menteri, dua orang atas nasihat Ketua Pembangkang dan tujuh orang dipilih oleh Gabenor Jeneral.

Kariah

Barbados 
Peta kariah-kariah Barbados.

Barbados terbahagi kepada 11 kariah (parishes) seperti di bawah:

  • Christ Church
  • Saint Andrew
  • Saint George
  • Saint James
  • Saint John
  • Saint Joseph
  • Saint Lucy
  • Saint Michael
  • Saint Peter
  • Saint Philip
  • Saint Thomas

Ekonomi

Sejak dahulu, ekonomi Barbados bergantung pada penanaman tebu dan aktiviti berkaitan, tetapi beberapa tahun yang lalu, Barbados telah menerokai sektor pengeluaran dan pelancongan. Nilai keluaran dalam negara kasar negara setakat 2018 ialah $5.087 billion secara nominal dan $5.344 billion secara pariti kuasa beli. Laporan pada 2017 menunjukkan kira-kira 88% daripada sektor ekonomi negara adalah bersumberkan perkhidmatan.

Kewangan Persisiran Pantai dan perkhidmatan maklumat merupakan punca tukaran wang asing yang utama, dan juga sektor pengeluaran ringan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran, menggalakkan pelaburan asing, dan syarikat swasta masih dimilikki oleh syarikat milik kerajaan. Ekonominya telah menguncup pada 2001 disebabkan kelembaban di dalam perbelanjaan pelancongan dan pengguna.

Demografi

Bancian negara pada 2010 menetapkan jumlah penduduk negara pada 277,821 orang, yakni 133,018 orang lelaki dan 144,803 orang perempuan. Lebih 90% rakyat Barbados (dikenali juga sebagai Bajan) adalah berkulit hitam, dan kebanyakkan mereka adalah keturunan hamba abdi yang bekerja di ladang-ladang gula. Penduduk-penduduk yang lain ialah orang Eropah dan Asia. Bahasa rasmi Barbados ialah bahasa Inggeris, tetapi masyarakat lazimnya bertutur dalam suatu kreol yang dipanggil sebagai Bajan. Kebanyakkan rakyat negara beragama Kristian aliran Protestan (Gereja Anglikan) dengan peratusan kira-kira 40%. Namun begitu, agama Katolik, Hindu dan Islam juga diamalkan oleh segelintir rakyat Barbados.

Prasarana

Barbados 
Bangunan Kolej Codrington di St. John.

Pendidikan

Sistem pendidikan Barbados adalah menghampiri sistem pendidikan British. Barbados memiliki lebih 70 buah sekolah rendah serta lebih 20 buah sekolah menengah termasuk beberapa buah sekolah antarabangsa. Beberapa buah institut pengajian tinggi dibangunkan di Barbados untuk menyumbang kepada pendidikan tinggi penduduk negara. Kadar celik huruf masyarakat Barbados menghampiri 100%.

Pengangkutan

Lapangan Terbang Antarabangsa Grantley Adams ialah lapangan terbang tunggal Barbados yang menjadi hab pengangkutan utama kawasan timur Caribbean. Barbados tidak memiliki sebarang pengangkutan rel.

Budaya

Pengaruh Inggeris sangat ketara di Barbados berbanding dengan kepulauan lain di Hindia Barat. Salah satu contoh ialah sukan kebangsaan negara iaitu kriket. Barbados telah melahirkan ramai pemain kriket terkenal, termasuklah Garfield Sobers dan Frank Worrell.

Lihat juga

  • Komunikasi di Barbados
  • Pengangkutan di Barbados
  • Ketenteraan di Barbados
  • Hubungan Luar di Barbados
  • Senarai tokoh dari Barbados
  • Masjid di Barbados
  • Daftar negara

Rujukan

Laman web

Pautan luar

Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Kepulauan Grenadine
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika Syarikat ∙ Puerto Rico∙ Pulau Navassa ∙ Teluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen Belanda • British: Anguilla ∙ Kepulauan Cayman ∙ Kepulauan Turks dan Caicos ∙ Kepulauan Virgin British ∙ Montserrat •
Perancis: Guadeloupe & Martinique

Tags:

Barbados SejarahBarbados GeografiBarbados PolitikBarbados EkonomiBarbados DemografiBarbados PrasaranaBarbados BudayaBarbados Lihat jugaBarbados RujukanBarbados Pautan luarBarbadosSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Terapi fizikalSyafiq YusofLiberalismeKuantanNegeri-Negeri MelayuHantu rayaNusantaraKuala TerengganuSilatKhadijah binti KhuwailidSlot MegaDramaBahasa Melayu MalaysiaEkolokasi haiwanSiksa KuburSlot LestarySijil Tinggi Agama MalaysiaAzizulhasni AwangSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahSiti Khadijah HalimMustapha KamalTerengganuHinduismeAlif SatarSolat hajatKu FaridahLembah BujangAparteidIslam di IranMegat SharizalKamus DewanArif AimanMamat KhalidFarah AhmadMatlamat Pembangunan MampanAkut (perubatan)Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaBuah kerasAisha RetnoAeril ZafrelRiena DianaWan SharmilaKhaliq Mehtab Mohd IshaqTengkolokParsiFrekuensi radio di Johor7 Hari Mencintaiku (musim 3)Jean Retno AryaniYouTubeSyamsul YusofMyKadMediaMaria OzawaNegeri-Negeri SelatNabila HudaAngkatan Tentera MalaysiaPrivate BodyguardTahun Baru CinaTanda dan gejalaSurah Al-InsyirahPetaling JayaSyafiq KyleSumbang mahramIntan LadyanaHari Raya AidiladhaPerdana Menteri MalaysiaSultanah Nur Diana Petra AbdullahNadhir NasarAndai Itu TakdirnyaSarimah IbrahimLembah KlangLiga Juara-Juara UEFAKucingMustaqim BahadonIman TroyeIndiaRujukan kehormatSarafAina Abdul🡆 More