Kampung: Kawasan penempatan lebih kecil daripada kota dan terletak di luar bandar

Kampung (کامڤوع) atau desa (د ى سا) menurut takrifan universal, ialah sebuah penempatan manusia di kawasan luar bandar.

Biasanya ia lebih kecil daripada pekan.

Kampung: Pengelasan desa, Penggunaan, Lihat juga
Kampung kuno Hollókő, Nógrád, Hungary (Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Kampung: Pengelasan desa, Penggunaan, Lihat juga
Kampung Swiss Alps di Lembah Lötschental, Switzerland
Kampung: Pengelasan desa, Penggunaan, Lihat juga
Kampung puak Berber di Lembah Ourika, High Atlas, Morocco.

Pengelasan desa

Menurut Rouceck dan Warren, desa boleh dikelaskan berdasarkan berbagai-bagai kriteria:

  1. Luas wilayah
    • Kampung terkecil, antara 0-2 km² luasnya
    • Kampung kecil, antara 2 - 4 km² luasnya
    • Kampung sederhana, antara 4 - 6 km² luasnya
    • Kampung besar, antara 6 - 8 km² luasnya
    • Kampung terbesar, antara 8 - 10 km² luasanya
  2. Kepadatan penduduk
    • Kampung terkecil, dengan kepadatan penduduk di bawah 100 orang /km²
    • Kampung kecil, dengan kepadatan penduduk antara 100 - 500 orang /km²
    • Kampung sederhana, dengan kepadatan penduduk antara 500 - 1,500 orang /km²
    • Kampung besar, dengan kepadatan penduduk antara 1,500 - 3,000 orang /km²
    • Kampung terbesar, dengan kepadatan penduduk antara 3,000-4,500 orang /km²
  3. Tingkat perkembangan
    • Kampung kurang maju: Desa yang belum memanfaatkan potensi yang ada kerana keterbatasan kemampuan masyarakatnya
    • Kampung membangun: Desa yang baru memanfaatkan potensi yang ada tetapi kekurangan kewangan
    • Desa maju: Desa yang sudah memanfaatkan semua potensi yang ada secara maksimum.
  4. Mata pencarian
    • Kampung pertanian, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya hidup bergantung kepada sektor pertanian
    • Kampung perindustrian, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya bekerja dalam sektor perindustrian
    • Kampung perikanan, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya bekerja sebagai nelayan.

Penggunaan

Brunei

Di Brunei, kampung secara rasmi ialah pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan yang terakhir. Kampung merupakan sub-pembahagian mukim, yang mana mukim pula merupakan sub-pembahagian daerah. Komuniti kampung diketuai oleh ketua kampung. Biasanya kampung mempunyai kemudahan komuniti asas seperti sekolah rendah dan agama, masjid, dan balai raya atau dewan kemasyarakatan.

Malaysia

Di Malaysia, istilah kampung dirujukkan pada satu petempatan yang penduduknya kurang daripada 1,000 orang di sesebuah kawasan terutamanya di luar bandar atau mana-mana petempatan penduduk masih mengekalkan identiti asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi penduduknya. Dalam organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada Penghulu(ketua), Naib Penghulu, imam, bilal, setiausaha, bendahari dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut tugas dan peranannya dalam menentukan hal ehwal serta kebajikan penduduk terutamanya.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Kampung Pengelasan desaKampung PenggunaanKampung Lihat jugaKampung RujukanKampungPekan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PutrajayaPuchong, SelangorDaerah LangkawiSijil Tinggi Agama MalaysiaJawatankuasa Hubungan Antara KaumPerodua MyViTaman Negara MalaysiaNina JurenLatAsiaAbdul Rahman HashimHadisIntan NajuwaKerenggaLiga Super MalaysiaOrang Cina MalaysiaI.D.Abdul Taib MahmudMasam-Masam ManisEropahKL Special ForceJenis air untuk bersuci dalam IslamSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahHari BumiRiena DianaFunanPak Ketipak KetipungHantu dalam masyarakat MelayuSenarai saluran Astro NJOISenarai raja-raja MelayuTwitterRuhainiesProton WiraTerlanjur Cinta (drama web)Sistem pembiakan perempuanMahathir MohamadAbu Bakar as-SiddiqNadia BrianBatu Bersurat TerengganuJosiah HoganZizan RazakNabi Nuh a.s.Umie AidaBaba dan NyonyaKetupatA. Rahman HassanMohd Noor Helmy Abdul HalemSiksa NerakaNegeri-negeri Melayu BersekutuBukit AmanKhawarijTok JanggutIsteri-isteri Nabi MuhammadSekali Lagi Cinta KembaliCabang dan mazhab IslamHassan MaricanVaksin tetanusKobe Jae ChongWings (kumpulan muzik Malaysia)Syafiq KyleNabi Saleh a.s.Piala FA InggerisSemenanjung MalaysiaHukum Kanun MelakaSoffi JikanNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaAtikah SuhaimeUndang-Undang Laut MelakaKata sendi (bahasa Melayu)Nombor perdanaChinaParameswaraPeristiwa 13 MeiSarimah IbrahimYassin YahyaPerakTuanku Abdul RahmanNILAM🡆 More